Saturday, May 22, 2010
Monday, May 17, 2010
Kursus Roti & Pastry
10-13 Mei yang lalu, saya ada mengikuti satu kursus Roti & Pastry di Mardi, Serdang. Semuanya berjalan lancar. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan komited, sememangnya memberi impak yang besar kepada kami, peserta² kursus. Majoriti peserta² yang hadir telah pun terlibat secara langsung dengan industri makanan dalam skala kecil mahupun besar, temasuk Chef Saiful Azli Suhaimi langsung tidak kedekut ilmu. Terima kasih banyak kepada beliau untuk tambahan maklumat secara percuma.
Sepanjang kursus tersebut, banyak juga yang saya dapat pelajari. Selain daripada isi kandungan kursus, pergaulan secara am sememangnya memberi kita ilmu dan pengalaman baru. Berbagai ragam manusia yang pelik pada fikiran saya. Asyik berfikir mencari rasional kenapa mereka begitu.
Ada insan yang bersifat " over-concern" pada pandangan saya. Terlebih mengambil berat pada perkara yang saya kira sangat remeh dan tidak penting. Bagi saya, hidup ini terlalu singkat dan sibuk untuk menjadi terlalu cerewet tak bertempat. Banyak tenaga diperlukan untuk memenuhi tuntutan ke'cerewet'an kita sedangkan kita boleh gunakan tenaga tersebut untuk perkara yang lebih penting dan besar. Saya cuba menjadi seorang pendengar yang baik, meneliti cerita² & masalah yang disampaikan, tapi di akhir cerita saya cuma ada satu soalan, "sebenarnya masalahnya apa"? mungkin saya tidak cekap atau kurang perasaan emphaty.
Namun ada pula segelintir insan lain yang terlalu ambil mudah atau pada saya, tidak wajar. Sesuaikah seorang pengusaha @ pengendali makanan menyimpan kuku panjang?. Kalau pun bukan taukey makanan, sebagai orang Islam, sudah jelas apa hukumnya menyimpan kuku panjang. Jangan jadikan alasan memakai sarung tangan kerana hampir semua sarung tangan yang digunakan akan koyak jika terkena benda tajam, termasuk kuku. Kuku tak tajam? Cuba garu @ guris kat muka, tengok apa jadi?. Itu kalau pakai sarung tangan. Macam mana pula kalau tak pakai sarung tangan..? Maaf saya katakan, saya sudah tau apa jenama produk mereka, dan saya tak akan rekemen apatah lagi membeli produk² tersebut.
Pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi daripada kursus selama 4 hari ini sangat berharga buat saya. Daripada pie, croissant, sweet bun, cream puff dan banyak lagi, semuanya saya suka..makan!! InsyaAllah saya akan cuba buat di kitchen saya sendiri. Mana tau program di awal bulan 6 nanti kami boleh buat jualan gerai pulak.

Subscribe to:
Posts (Atom)