Pages

Sunday, June 30, 2013

jeng jeng jeng.. memperkenalkan logo baru, Aflah Innovation!
Memang saje jek letak kecik tu.

Macam biaselah, bab² creative design ni, obviously not me =p
sape lagi kalau bukan cik abe nan seorang ni.
Sebab kalau saya yang buat design, ade jek komplen nye, warna tak cantik lah, bentuk tak menarik lah, apelah, tu pasal saya tanak buat interface. Saya buat source code yang di belakang tabir jek. Tak cantik, takde kaler, sape pun tak kesah, janji jalan! =p. ala, sama macam baju ngn tudung saya, kaler takleh masuk, takde hal. hahaha..tunggu raya nanti saya carik yang sedondon.

pada asalnye takde niat pun nak bukak sub-Aflah yang baru, sebab selama ni pun buat kerja style freelance jek. Buat design logo, name card, website, blog, jam dinding..jam tangan, errr.. macam² design lagi lah..design PCB pun ade. Tapi macam yg saya tulis kat atas tu, bukan saya yang buat design tu.

tapi alkisahnye, ingat tak projek "sistem" yg pernah sy citer haritu?
haa... yg tulah, dorang nak bayar atas nama syarikat pulak dah. Itulah sebabnye.
Bab² sistem ni, saya ok hehe. System flow, logic & algorithm design, saya boleh kawan. Tapi bab GUI, bagi semula kat cik abe tu.

Saya buat sistem, hasben saya tukang test. Developer vs Tester aka Destroyer. Memang tak kasi can punyelah. Nasib baik dah ade matlamat yang jelas, kalau tak memang rase nak jentik jek telinga nye hahaha.. Dah name pun alpha-test-mode. Kalau beta-test-mode, yang mane akan di"test" oleh customer, tu lagilah banyak nak diubah.

The good things are : Semua komplen²/feedback tu saya kena betulkan semula, sebelum sampai kepada customer.

Alamak, panjang pulak bebel nye.. ok chow chin chow..


Windows 7 Starter

Dalam post saya yang lepas, saya katakan yang kami tidak berjaya mendapatkan projek tersebut. Tapi nampak gayanya ianya telah berubah!. Rezeki Allah nak bagi..
Pihak pejabat betul² memerlukan khidmat kami. nampak gayanya , "BERUSAHA!!"

hmm.. buat programming dengan monitor laptop yg tak berapa besar memang tak menarik & kurang menyeronokkan. jadi saya minta hasben belikan monitor lagi satu. Tambahan 1 monitor untuk dia, dan 1 monitor untuk saya. Wow! rasa macam kat lab tempat saya kerja pulak. Hmm... monitor dah ade, tapi kena setup dulu baru boleh gunakan 2² monitor tu dalam mode EXTENDED DISPLAY.

Setting punye setting..punye setting.. upgrade driver..bla..bla..bla...
Incik abang baik hati ni lah yg sambung setup kan sbb saye dah lelap. esok pagi nye,
Cis!!! rupe² OS saya, Windows 7 Starter, memang tak support feature extend display..
Kuciwa betul..grrrr!

Jeling menjeling jelah kat "member" belakang saya ni.. ala.. hasben sy guna Window XP. jeles pulak nengok dia drag Apps dia jap ke kiri, jap ke kanan. eleh.. eksyen pulak dia hahahaha..

oleh kerana saye memang kena buat kerja harini jugak, saya tukar mode SINGLE DISPLAY jeklah..
at least tengok kat monitor besar lebih baik daripada kat monitor laptop tu..
nak sedapkan hati jek ni hehe..

*p/s : pernah tak tengok drama bersiri Jepun, Rich man, Poor Woman, memang best! inspirasi.
tapi part paling best, saya nak set monitor macam tulah sebenarnye...  mane tau kot cik abe nak sponsor ; )  hehe


Sunday, May 19, 2013

Belajar bawak motor

saya takde lesen motor. saya tak pandai bawak motor..
baru2 ni saya mula belajar bawak motor. skuter, takde gear, saya suka hehe

baju ngn tudung tak sepadan? memang biase macam tu, takde hal hahaha

Projek sekerat jalan

Satu hari, hasben saya kate:
Ada satu jabatan kerajaan mintak kita present satu demo sistem mudah untuk menguruskan dokumen mereka. (Agak lumayan harganya. Yes, good enough for us to pay our monthly commitmentsss)

Hasil daripada perbincangan dengan pihak jabatan tersebut, kami memutuskan bahawa kami perlu membangunkan satu sistem mudah menggunakan Database.

Jadi saya pun mula membangunkan sistem tersebut. Bermula dengan rekabentuk dan layout. Target pertama kami adalah untuk sesi Demo. Kami cuma ada 1 minggu untuk siapkan Demo Version!.

Lepas maghrib setiap malam saya akan mula menghadap komputer lagi..
Seminggu kemudian hasben saya ke pajabat tersebut untuk present.
We're not single candidate for that job. OK, takde masalah.

Alhamdulillah, demo tu cukup bagus untuk ke pusingan seterusnya..
Kali ni kami perlu siapkan semua keperluan sistem tersebut untuk present kepada ketuanya pulak.
Tapi, untuk siapkan, kami memerlukan sesuatu daripada jabatan tersebut.

Pertama kali mintak.. ok, nanti petang kami emailkan.
minggu seterusnya..nanti kami emailkan, sibuk dengan program sukan sekarang ni..
dan kali2 yang seterusnya...dan lagi..dan lagi..

dan akhirnye, senyap jek
memang bukan rezeki kitorg.. =)


Ucapan Pasca PRU-13

Barisan menteri dah dilantik.Alhamdulillah, saya dah berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia, mengundi!

Harapan saya semoga semua yang telah dilantik akan menunaikan janji & menjalankan urusan pentadbiran dengan penuh tanggungjawab. Anda adalah pemimpin & wakil rakyat di tempat anda, keseluruhannya. Ya, keseluruhannya, walaupun mereka bukan penyokong parti politik anda, bahkan kalaupun mereka tidak mengundi anda tempoh hari. Jangan sampai mengeluarkan kata2 atau tindakan yang menunjukkan anda tidak cerdik. Inilah masanya menunjukkan nilai diri anda, mana tau mereka boleh jadi penyokong tegar anda di masa hadapan =)