Pages

Monday, December 14, 2009

memancing di tasik


seminggu bercuti kat lenggeng (business trip sebenarnye hehe) sempat lah jugak gi memancing..

ni baru tunjuk sekor ikan.. ade 3 lagi yang tidak disiarkan.

cantik jugak kawasan tu, tasik pon luas, kalau agak² nak berkayak pon sesuai rasenye.

tertulis pasalkayak ni, bebaru ni, adik saya baru habis "misi" 4 tahun kat UMP, kira²nya pas ni g praktikal pastu konvolah..ape lagi, habis dia angkut penuh 1 kereta barang², dan termasuklah ade 3 pasang life jacket + padle kayak.

Saje jek..mintak 1 lifejacket sebab nampak mcm best jek.. dia tanye nak wat ape? kata saya nak bawak gi mandi sungai, dia kata mane ade orang gi mandi sungai pakai life jacket hahahaha...
eleh..kudukutlah tu huhuhu.. yelah mane tau nak gi tioman ke..karambunai ke..pulau sipadan ke kan hahaha.. jauhnye berangan, eh tu impian.

takpe², nanti kita beli siap ngan kaki itik skali baru tau heeeeee.........

Sunday, December 6, 2009

Melayu ; Tolong-menolong?

"Kalau Melayu tak tolong Melayu, siapa lagi nak tolong..?" itulah antara ayat klise bila berurusan dengan "orang² yang berkenaan". Sekali dengar mungkin memang semacam ada kebenarannya, tapi kalau 2-3-4 dan berkali² diulang² saya mula berasa tak senang hati, kerana pada pendapat saya, ramai juga rasanya Melayu yang tak harus bahkan tak layak ditolong.

Mungkin akan ada yang mula berasa curiga dan menuduh saya tidak patriotik. Itu memang logik akal pada pandangan pertama.

Saya bukan menuduh atau sombong jauh sekali lupa daratan, cuma saya kurang setuju, mengapakah ayat ini sering digunakan oleh pihak² tertentu, ambil kesempatan pada budi pekerti Melayu semata-mata untuk meraih simpati dan menutup kelemahan (dan kemalasan untuk usaha keras) dalam menjaga kualiti kerja dan mencari jalan pintas. Tak salah bantu membantu, memang seharusnya begitu, tapi biarlah yang dibantu itu layak dengan usaha murni dan komitmen yang diberikan dan yang membantu pula biarlah secara telus tanpa ada sebarang agenda tersembunyi.

Apatah lagi bukan lagi rahsia bila ramai menceritakan kisah benar realiti di mana tahap kesanggupan tolong menolong dikalangan kita. Yang tolong menambahbaik (dengan ikhlas) tu jarang², tapi yang tolong meranapkan orang tu, bersepah².

berapakah harga secebis pertolongan..?

Wednesday, November 18, 2009

Sape tau?



Sape tau resepi apam sarawak ngan apam sabah? (sebenarnya tak pernah dengar pon)

Developement Progress



Latest photos

JJ's trying to get in!!!!



Dont know what makes this kitty just came to our home, just appeared from nowhere.
Some people says that once u call a "name" then that kitty turns to u, then u can call that kitty with that particular name, so then we call this out-of-sudden" naughty-kitty as JJ, which is means Jibek Junior. Because just like a copy of Jibek, in colour i mean and tail design hehehe.. thinking this JJ is descentant of Jibek,,?erm...might be not but probably yes??? not sure if u really know who Jibek is!

Perhaps u already know who's Jibek. That "not-so-straight" cat originally not our pet. Came from neglected life (because d'ori owner is our neighbour, just move to another place), this shameless cat made our our house as him as well.

This photo below shown that JJ's trying to get into house but stucked between the sliding door muahahaha..u deserves that JJ!! So naughty. Jibek just do nothing because even he himself do not succeed to make it.

Last time can call Jibek as a kind-cat-being but lately this young guy changed!!! One of punishments : to be throw into pond.. but so stubbron this cat-being hah?? even actually i think he loves to be done like that what?

But Jibek has unique sound, instead of normal "meow", he said.." ee-oo" with pray-for-sympathy-face. Nyampah!!!

But just now i just saw a beautiful-face lady (cat). yeah, beautiful.. I want to tangkap her lah ahaks..

See yaa!!!

Tuesday, November 3, 2009

saat alam berbisik

manfaatkanlah seluruh pancainderamu, saat alam mula berbisik..

















dan saat makhluk Tuhan berbicara tanpa suara
















sesungguhnya sikap berdiam diri berserta pemerhatian yang halus orang yang berakal itu jauh lebih baik daripada bicara panjang oleh orang yang bodoh dan sombong

Dragon - The Myth?


ahaks.. tengoklah gambor nih. Agak² kenal tak ? erm... ni kategori mutasi gen ke kecacatan nih hah..? macam naga pon ade jugak hehe..

Tuesday, October 27, 2009

Antara Melayu dan Jawi

Kali ni cerita yang agak serius sikit. Isu Melayu dan tulisan Jawi.
Teringat pada satu insiden yang agak mencabar minda dan perasaan.

Mase tu masih lagi bekerja di Shah Alam, satu hari, ada sesi penerangan & perbincangan dengan manager (supplier) dari Hong Kong tentang produk baru. Sesi tu dihadiri oleh seorang wakil dari Hong Kong dan 4 orang wakil dari syarikat kami, dan saya adalah satu-satunya wakil perempuan merangkap satu-satunya Melayu. Jadi keseluruhan perbincangan berlaku dalam dwi-bahasa, Inggeris dan bahasa Cina. (yang pastinya saya cuma faham 1 channel hehe)

Seminggu selepas itu, giliran syarikat kami pula untuk menerangkan pada pelanggan. Sebelum pelanggan tiba, kami perlu buat "software-hardware-actual testing" atau yang biasa dalam buku kita panggil alpha-testing. Untuk tugasan tu, saya + seorang wakil dari pihak supplier akan bertanggungjawab.Memandangkan perisian tersebut masih lagi salinan yang asal, tulisan dalam bahasa cina, saya memilih untuk buat demo bahagian fungsi & aplikasi manakala menyerahkan tugas penerangan bahagian interface saya serahkan kepada teman sepasukan yang berbangsa cina.

Tapi katanya dia pun tak faham nak baca, kata saya, " haiyyaa... u kan chinese, takkan tak boleh baca tu.."? dan jawapannya begini.." i tak pandai baca, tulisan cina banyak suku-kata. ala, macam Melayu pun bukan semua pandai baca Jawi.." huh.. agak memalukan jugak lah rasenye kena sound direct camtuh. tapi pastu saya jawab smula " i know to read Jawi maaaaa.." hahaha..
last² kitorang masuk opis carik sesape yang buleh baca tulisan kat interface tuh

Friday, October 23, 2009


Ok sesuai ke baju nih? Macam ok, kaler purple , sesuai ngan logo nye yang bertemakan ungu-merah-kuning.
Sebenarnye tengah survey² nak carik baju untuk wat sut company, kasi taruk logo..

Ni "cuba-try-test-amik gambar" tapi tak beli pon hehehe..
sebab bajet haritu nak beli menda lain dulu. Window shoping lah kunun²...










macam logo yang nih, ni cubaan kali pertama sulam logo kat jaket lama.
not bad... handy-made, jimat belanja.

Tuesday, October 20, 2009

... dan tin kosong itu

...dan tin kosong itu
berdendang rentak sumbang,
canggung irama tak sekata,
bergema bingit di telinga

bukan gema sebarang gema,
gema tinggi sampai melangit,
gema meluas ke laut tujuh,
gema mendalam ke gaung bumi,
gema tak padan getaran tubuh,
gema sampai menusuk hati

...dan tin kosong itu
nampak gah bergaya kaku,
ntah untung ntah kan tidak,
siapa tahu nasib badan

Friday, October 16, 2009

Alahai Si Cantik Manis

Uish.. Awek mane pulak yang cantik manis nih..? Maaf ye, ni bukan page untuk promosi jalan cari² aweks ye.. (",)

Ni name sejenis makanan daripada spesis apam, Apam Cantek Manis
yang cantek dan manis. Tang cantik tu bergantung gaks kat kesenian orang yang buatnye tuh tapi yang boleh dijamin kemanisannya! yang sekadar jelah idaklah manis sangat,

Promosi ke ni? Erm terpulang lah pada yang membaca tapi sebenarnya niat di hati nak kongsi criter sket hehe.. ☻kali pertama rase trus menambah dari sebiji ke sebiji dan sebijik lagi dan lagi.
Yang klakarnya, dah siap kuantiti orang order tuh, cadang²nya yang apam lebih² nak hantar ke warung kat sini² sempena hari Jumaat lah kot? Lagipon nak hantar jual pon bukanlah banyak sangat dalam lebih kurang 20 bijik jek. Tapi bila dah sambil kira masuk ke bekas sambil kira masuk ke mulut..☻ yang masuk ke mulut tu pulak ramai .. selamat wassalam lah ☻

bila rase mcm sodap jek, mulalah nak "edit²". apetah lagi ade pakar² pengkritik.
Tapi yang pastinya, depends on ur tastebud sebab lain orang lain rekabentuk selera kan.
tapi kalau tanye orang kat umah ni, pantang sebut ayat "dah cukup" @ "yang ni reject" dan yang sewaktu dengannya, memang lah selamat si apam tuh hahaha..




yang ni belum masak, nak tunjuk deco².
selalu taruk 1 kaler jek tapi yang akhir² taruk jek sebab nak abiskan semua, senang nak basuh bekas












haa.. yang ni yang mencabar nih. yang dah masak. mase ni, selain warna² tu, yang lagi menikam kalbu adalah tang rekahan apam yang mendedahan kegebuan isi dalam apam tuh.. fuh..
ni kalau bagi Jibek pun suka nih.





Thursday, October 15, 2009

Keratan Akhbar

Erm... terkezut jugak tetiba di satu hari yang hening dapat SMS suh beli NST.
Ingatkan dah tak kluar citer tuh. Sebenarnya wawancara dengan 2-2 akhbar ni boleh dikira agak lama dulu jugaklah. Dulu memang wartawan tu takde bagi tau bila masuk, rase macam ok jek lah sebab ade gak harap² tak masuk sebab rase cam segan jek..teringat mase bertanding PR-MPP kat UTHM (formerly known as KUiTTHO) dulu. Rase cam ada batasan bila nampak poster² muka sendiri kat merata². Maklumlah pemalu + low profile hahaha..

Ni ade keratan dari 2 akhbar. Memang ade menda yang rase macam wajar diubahsuai kerana mungkin akan menyebabkan kekeliruan maklumat & keslitan di masa akan datang.

But for here, just take them as they are.


New Strait Times, 12 Oktober 2009
(Felda Generation)





















yang NST ni agak huru-hara jugak masa tuh sebab kami tak dimaklumkan lebih awal oleh Pengurus Felda. Masa tu kitorang keluar ke bandar, ada job, baiki komputer kat syarikat insurans. Masa tu jugaklah encik pengurus telefon² suruh balik sebab wartawan datang. But as priority defined, kena lah setelkan kerja yang dah berjanji nih dulu. Lama jugaklah dorang menunggu. Akhirnya dipendekkan cerita, kitorang sampai kat umah & wartawan sampai ke rumah dalam lebih kurang 2.00ptg kot. Tu lah pakai baju kerja tak macam penternak hahaha..
Tapi gambar yang bagi makan ikan tu pulak, hari lain pulak ade sorang jurugambar pulak datang tetiba pon tak tau lah. Masa tu tengah sibuk² siapkan order KeliBallz & Fillet. Oleh kerana tengah sibuk² selamba jek lah terus ke kolam tabur² makanan sket sudah, sambung semula operasi. Amacam. ok tak lakonan kitorang? Siap ABU & LAURA pon masuk paper beb!! Cayalah angsa omak den!!




Utusan Malaysia, 14 Oktober 2009
(Sisipan Mega - Jom Bisnes)



yang ni pulak .. tak sangka dalam banyak² gambar yang dihantar kat kakak wartawan, gambar selebet + klakar ni yang masuk hahaha.. ok lah tu, baru nampak low profile kan?
tapi yang paling kesian adalah kepada incik Rasdi + incik Amir Nazri hehehe sebab ade pulak nombor tipon dorang kat bunting Utusan tuh. Kesilapan teknikal ke? Just take it easy, take it as marketing perhaps..? hahaha.. mintak maaf ye

Friday, October 9, 2009

Dapur besar di hujung kampung

Arakian ceritera di hujung kampung..
Cewah.. ni ape kes plak klasik² ni tetiba ade gambar tali plak. nih..
Nilah tali tanda..di mana satu langkah ke arah kegemilangan empayar
akan terbina hahaha.. syhadu syahdan pulak dah.
















cerita yang sebonarnye.. asbab dek tempahan kuih-muih dan makanan
yang makin meningkat yang berterusan, tak sanggup rasenye nak dok mengemas umah berkecah sokmo. Lagi² ade future plan yang macam². Jadinye tokey besar dah setuju nak bukak kawasan untuk bina bengkel / daput bosar untuk memenuhi tempahan².
















maka keluar lah draf² plan² macam mane dapur besar nak dibina. sape tukang conteng²nya?
tak lain tak bukan.. Incik Amir Nazri vs. Si Wardah

















Tapi yang ni baru fokus untuk dapur besar makanan basah. Tak termasuk flowplan untuk frozen food department, yang tu confidential sebab dah cop & masuk dalam paperwork.
Harini pasir akan sampai.. InsyaAllah akan update nanti












Saturday, October 3, 2009

Lemang Fiesta

Sejak seminggu yang lepas, sibuk konco² Lemang Fiesta menyediakan bahan dan keperluan untuk menghasilkan lemang. Oh, lupa pulak nak cerita ape sebenarnya Lemang Fiesta. Sebenarnya Lemang Fiesta ni acara menyiapkan tempahan lemang oleh pihak resort di kawasan yang berhampiran. Jumlah semua sekali sebanyak 450 batang, tidak termasuk tempahan di saat akhir, 300 batang lagi. Dari operasi merancang, mencari buluh, pulut, kelapa dan sebagainya memang makan masa seminggu lebih jugaklah lah.
Kemuncaknya pada hari Khamis ( 1 Oktober 2009) lemang mula dibakar. Operasi menyedia dan memasak bermula seawal pagi lagi.














Ironinya, inilah kali pertama dalam hidup koi join dalam operasi lemang nih. Pergghh.... first time beb!!! Giller ah ding-dong... 4 barisan lemang, mula pasang api dari jam 4.30 petang dan siap semuanya lebih kurang jam 2 pagi. Tapi, kite sempat tunggu sampai kul 11.30 malam jek pastu.."pengsan" dah.



Banyak jugaklah dapat belajar daripada otai² macam mane nak sediakan semua nih. Agak² kalau buat sendiri jadi ke hah..? hehehe...
Yang paling klakar skali dalam sibuk² masak lemang nih, ade jugak pakcik yang suka interframe beria-ria suruh amik gambar.. pastu siap panggil wakil / wartawan akhbar Sinar Harian suh amik gambar & interview. memang dia ade datang, tapi tak tau lah masuk suratkhabar ke tak kan hahaha... tapi masing² memang posing lah.. termasuklah koi yang rase bangga buat pertama kalinye masak lemang nih. Selalu raya wat ketupat jek..pastu tunggu orang lain bawak/hantar lemang hehe..

dan yang ni acara kegemaran ramai orang..acara "mari merasa"..kalau dah ade lemang, musti mau ade rendangya kan.. ape lagi.. jalan² cari makan lah!!!
Sebenarnya, slot Lemang Fiesta ni cuma salah satu daripada siri² menyiapkan tempahan resort tersebut. Ada lagi yang lain macam buat wajik, karipap, pulut sekaya, apam cantik manis dan banyak lagi lah kalau nak tulis. Tapi sebab Lemang Fiesta nih yang paling meriah skali tu yang teruja lebih sket tuh ahaks...dah tau cara² nanti boleh buat lagi..yeeeehaa!!!!

Wednesday, September 30, 2009

Mencari Al-Yahya & Az-Zarafi





















Al-Fatihah buat Allahyarhamah nenda kesayangan, Siti Zedah binti Sheikh Mahmood Az-Zarafi & Allahyarham ami Syed Ibrahim bin Syed Ali bin Syed Yassin Al-Yahya ...(( Jun 2009))


Ilmu dan pengajaran yang bermanfaat sesungguhnya pelaburan yang tak tenilai.


Sebenarnya dulu, menurut cerita ummi saye, ade satu helaian salasilah keluarga yang merekodkan susur galur ahli keluarga, tapi sekarang dokumen tersebut ntah ke mana talanya.. Sebelum ni memang pernah ade hasrat nak buat semula, tapi belum ade kesempatan.

Adik saya ada mencadangkan supaya mengadakan perhimpunan keluarga, harap² rezeki tu akan sampai nanti, Amiin.

Sukar rasanya menjejak kaum keluarga, saudara mara bila sumber rujukan sudah tiada. Seandainya ada antara kawan², saudara-saudari yang berkaitan harap dapat menghubungi saya/kami.
setahu saya, ramai yang berada di seluruh Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan. mungkin kot 1 Malaysia..?
Yang jauh dekat²kan, yang dekat mesra²kan. Moga erat silaturrahim dan dirahmati selalu.

bahaya danger





tatau lah tangki air kat jalan menghala Bukit Sagu ni ape kes. Pecah kot..?

Pecopet Biologi


Ha!!!! inilah dia gerangan pencopet a.k.a penyerang hendap kat kolam ikan keli belakang umah haku ni. Berjaya diberkas oleh encik Amir Nazri di suatu hari ketika sedang membuat percubaan serang hendap. Saiznya seperti seekor ayam dewasa dan bersifat seperti pengganas kejam.
Setelah diberkas dan didera secara mental, pencopet ini telah dibebaskan semula kerana takleh nak dibuat lauk pon...kalau tak.. memang jadi lauk dah dia nih.

disabotaj!!


Papan tanda kat traffic light di simpang empat nak masuk ke kawasan Gugusan Panching, Kuantan Pahang. Sape lah yang "kreatif-negatif" sangat nih

Tuesday, September 22, 2009

Salam 'Aidilfitri

selamat hari raya 'aidilfitri!!! semoga lebaran kali ini memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup mungkin beraya dengan kereta baru.atau rumah baru..atau status sosial yang baru..atau dengan ahli keluarga yang baru.. atau di tempat yang baru.. atau berjumpa saudara-mara yang baru dikenali .. atau ape2 saje yang lain dari biasa.

tak kira lah sama ada yang kita rasakan macam baik atau kurang baik, pasti ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku. ceh.. sentimental pulak si Wardah nih eh..?? ahaks.

tapi bagi W-dah sendirik, apa yang baru yek.. erm.. mungkin beraya di kampung baru dan jumpa sedara mara yang tak pernah dikenali sebelum nih. hehe... yelah.. tak pernah jumpa lah katekan. kalau dah selisih bahu pon tak kenal agaknya. sementara ade orang2 veteran ni lah nak kenal.

erm.. pas raye bi kena mula bekerja semula lah. meneruskan misi penting. "bekerja sendiri" bukan alasan @ tiket untuk bersenang lenang dan cuti panjang. terlalu awal untuk semua tu. sabar..sabar..huhu..lagipun, baru2 ni baru terima kad raya dari orang penting bahagian usahawan Felda. Macam reminder pulak.

InsyaAllah raya ke-5 nak gi kenduri kawan kawen kat pekan. selamat pengantin baru kpd beliau!!! tahniah2!!

Sunday, September 6, 2009

Kisah kucing² dan kura²

Pada suatu hari, kucing² jumpa dengan kura².
Kucing² nak berkawan dengan kura²



















tapi kura² tanak kawan dengan kucing²






















kura² meninggalkan kucing².
Kucing berasa sangat sedih.





















Kura² berjalan tanpa menghiraukan kucing
yang cuba berkawan dengannya. Kucing tetap
tidak berputus asa.













"kura², kura² kenapa tanak kawan dengan saya?"
tanya si kucing.














Tiada jawapan dari kura²













Kucing² lain pun nak berkawan dengan kura².
Tapi kura² tak nak layan sebab kura² sibuk
nak cari kolam dan makanan sebab dia sangat
lapar.













Akhirnya kura² ditangkap oleh gergasi.
Gergasi itu baik hati. Dia membersihkan badan
kura² dan meletakkannya ke dalam kolam.













:::::::: tamat ::::::::

sungai ape yang....

Soalan :


Banyak-banyak sungai kat Malaysia nih,
sungai ape yang paling klaka?


Jawapannya ialah..


Friday, September 4, 2009

Ashajaratul Asma ul Husna

Projektori ke arah Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan, dari bawah naungan pokok besi yang dedaunan dan kelopaknya tertulis nama² Allah s.w.t.

Wednesday, September 2, 2009

dari dataran menjadi bukit



dulu ni kawasan tanah rata, tapi dah ditambak² tanah jadilah kawasan bukit buatan.. bagus ke tak..?ntah..












tapi kesan yang nyata..sungai ni airnya macam teh susu kedai mamak..
bagus ke tak..?
fikir² kanlah..

spesis baru ke?

















Nampak macam buah jambu air jek kan, cuma warna lain sket. tapi sebenarnya ni gambar cili. tak pastilah cili spesis baru @ cili mutasi gen-X.
Pokok² kat situ memang rapat² & bersilang² tapi tu memang buah daripada pokok cili. Tak percaya??? Percayalah..

sepatutnya apa ya..??

Tertulis di papan tanda ni "DILARANG LETAK KASUT DI SINI". ya iyya.. memang berkesan arahan ni sebab memang takde orang letak kasut kat ruangan tu. hahahaha... tapi takleh lah orang nak parking kereta. Ni ambik gambar kat satu masjid mase singgah nak solat, dalam perjalanan dari n9 ke pahang

Saturday, August 29, 2009

customer always right..???

do agree with that statement..? for me, not really.

harini haku dah hangin nih ngan sorang pakcik nih. customer ade hak, sebagai pengguna bukan sebagai orang gilak yang terjerit² marah² depan umah orang. secara peribadi, haku fikir orang tua layak untuk dihormati bila dia punyai ciri² yang selayaknya untuk dia dihormati. kerana tahap kematangan seorang manusia normal tak selalu dapat diukur dari kiraan umur. kalau ade yang tak kena @ lain pendapat biar lah kena caranye.. setuju ke tak? last² skali baru tau dia marah² sangat sebabnye dia nyer order belum sampai, dia nak tipon tanye, tapi tipon dia rosak pulak sebab kena kencing ngan anak dia ...haru biru jadinye.. hepon kena kencig ngn anak.. kitorang plak jadik mangsa..
dulu tu masalah ngn sorang makcik ni.. awal² order suruh hantar bila sampai mase delivery.. tetiba kate tak nak pulak...kalau menda kering takpe lah.. ni hantar menda hidup makcik oi...

tapi tulah asam garam pahit manis kehidupan orang berniaga. kalau kena yang pahit² masam tu, aduhai..

Friday, August 28, 2009

ironi..

ni ade satu papan tanda di satu kawasan pembangunan projek.. Nama & logo syarikat telah dihitamkan demi menjaga privasi syarikat tersebut..

MOralnya apa..? fikir² kan lah..

Tuesday, August 25, 2009

sesi " ready..action!!!"

17-19 ogos 2009, Felda Residence, Port Dickson. bebaru ni aritu aku pi kursus pemantapan usahawan kate dorang. Belajar smula buat akaun & kira² yang dari dulu tak pro² lagi. tapi bukan pasal kursus tu yg haku nak citer tapi orang² yg menyertai kursus tuh hahaha.. peserta dalam 25 orang, tu dah tolak yang tak hadir lah..


maklumlah masing² nak jadik usahawan berjaya ceritanya, mulalah kami ni setup networking + plan² future activity. haha.. klakar jugak kekadang rase macam masih kekanak riang jek tapi bila berhadapan dengan situasi korporat nih macam tak caye jek.. haku ke tu??? cayalah wardah!!!




bukan senang nak dapat berkumpul mcm ni selalu, jadinye selain waktu² serius yang tak berape nak serius tu, sempat gaks lah minah² ni berposing² kat tepi pantai tuh. jalan²..amik gambar..siap ade main tulis² name atas pasir..but the most unforgetable part for me... ade 3 orang minah nih dok wat video klip lagu Hips Dont Lie hahahaha.. yang ke-3 tu akulah tapi sebagai camera-girl (girl eh?) jek. scene tu patut siap dalam 5 minit lah kot tapi aku rase aku shoot dalam 3 minit jek sebab rase mcm nak tergolek² sakit perut gelakkan dorang. Bayangkan.. yg sorang tu, skali kena lempang ngan die, kompem tercampak, yg sorang lagi tu pulak skali aku jentik jek melayang hahaha.. jgn marah beb. tapi ape yg berlaku sebenarnye..? 3 minit yang haku shoot tu dapat save tak sampai 10 saat pon sbb awal² lagi memori dah penuh. haku jek tak perasaan...selamat dorang.. kalau tak haku upload masuk you-tube muahahaha..




semua foto² termasuk dialog² pelik dalam post haku ni di sponsor oleh cik syuhada, business nature dia wat bisnes fotografi ahaks.. ni dah kira tolong promosi nih


next² post haku tolong wat iklan tuk korang semua nyer company k, kalau haku tak keberatan lah hekhek

yang ada gambar dalam ni cuma 5 orang.. peserta² perempuan yang lain tengah mesyuarat lagi kot.. maklumlah wanita² korporat hehe..peserta² lelaki pulak dok main volley-ball diikuti oleh aktiviti terjun ke laut. -end-





iKLan Nor hARm

sempena Ramadhan-Aidilfitri 1430H ni, mari lawati laman blog ini:

www.aflah-kitchen.blogspot.com
untuk mendapatkan produk² makanan- produk hasilan daripada ikan keli, pelbagai jenis kerepek, biskut raya dan kek.


www.aflah-aquatech.blogspot.com
untuk mendapatkan bekalan ikan air tawar yang segar, makanan ikan, Effective Microorganism (EM), Probiotik dll..

Sunday, August 23, 2009