Pages

Thursday, October 15, 2009

Keratan Akhbar

Erm... terkezut jugak tetiba di satu hari yang hening dapat SMS suh beli NST.
Ingatkan dah tak kluar citer tuh. Sebenarnya wawancara dengan 2-2 akhbar ni boleh dikira agak lama dulu jugaklah. Dulu memang wartawan tu takde bagi tau bila masuk, rase macam ok jek lah sebab ade gak harap² tak masuk sebab rase cam segan jek..teringat mase bertanding PR-MPP kat UTHM (formerly known as KUiTTHO) dulu. Rase cam ada batasan bila nampak poster² muka sendiri kat merata². Maklumlah pemalu + low profile hahaha..

Ni ade keratan dari 2 akhbar. Memang ade menda yang rase macam wajar diubahsuai kerana mungkin akan menyebabkan kekeliruan maklumat & keslitan di masa akan datang.

But for here, just take them as they are.


New Strait Times, 12 Oktober 2009
(Felda Generation)





















yang NST ni agak huru-hara jugak masa tuh sebab kami tak dimaklumkan lebih awal oleh Pengurus Felda. Masa tu kitorang keluar ke bandar, ada job, baiki komputer kat syarikat insurans. Masa tu jugaklah encik pengurus telefon² suruh balik sebab wartawan datang. But as priority defined, kena lah setelkan kerja yang dah berjanji nih dulu. Lama jugaklah dorang menunggu. Akhirnya dipendekkan cerita, kitorang sampai kat umah & wartawan sampai ke rumah dalam lebih kurang 2.00ptg kot. Tu lah pakai baju kerja tak macam penternak hahaha..
Tapi gambar yang bagi makan ikan tu pulak, hari lain pulak ade sorang jurugambar pulak datang tetiba pon tak tau lah. Masa tu tengah sibuk² siapkan order KeliBallz & Fillet. Oleh kerana tengah sibuk² selamba jek lah terus ke kolam tabur² makanan sket sudah, sambung semula operasi. Amacam. ok tak lakonan kitorang? Siap ABU & LAURA pon masuk paper beb!! Cayalah angsa omak den!!




Utusan Malaysia, 14 Oktober 2009
(Sisipan Mega - Jom Bisnes)



yang ni pulak .. tak sangka dalam banyak² gambar yang dihantar kat kakak wartawan, gambar selebet + klakar ni yang masuk hahaha.. ok lah tu, baru nampak low profile kan?
tapi yang paling kesian adalah kepada incik Rasdi + incik Amir Nazri hehehe sebab ade pulak nombor tipon dorang kat bunting Utusan tuh. Kesilapan teknikal ke? Just take it easy, take it as marketing perhaps..? hahaha.. mintak maaf ye

2 comments:

  1. oit... ganas gila hang ni wardah!
    hang memang betui la.. generasi pelapis felda yang mantap!!! tahniah weh.. ;-)

    ReplyDelete
  2. arigato gozaimasu!! tang "ganas" tu masih boleh dipertimbangkan, tapi tang "gila" tu rejected awal² la ho =p

    tapi sebenarnya buka ade ape sangat pon, realiti selalunya begitu. doakan kami sentiasa tabah dan istiqamah dalam berusaha menjadi jutawan bahagia hahaha..

    ReplyDelete