"Kalau Melayu tak tolong Melayu, siapa lagi nak tolong..?" itulah antara ayat klise bila berurusan dengan "orang² yang berkenaan". Sekali dengar mungkin memang semacam ada kebenarannya, tapi kalau 2-3-4 dan berkali² diulang² saya mula berasa tak senang hati, kerana pada pendapat saya, ramai juga rasanya Melayu yang tak harus bahkan tak layak ditolong.
Mungkin akan ada yang mula berasa curiga dan menuduh saya tidak patriotik. Itu memang logik akal pada pandangan pertama.
Saya bukan menuduh atau sombong jauh sekali lupa daratan, cuma saya kurang setuju, mengapakah ayat ini sering digunakan oleh pihak² tertentu, ambil kesempatan pada budi pekerti Melayu semata-mata untuk meraih simpati dan menutup kelemahan (dan kemalasan untuk usaha keras) dalam menjaga kualiti kerja dan mencari jalan pintas. Tak salah bantu membantu, memang seharusnya begitu, tapi biarlah yang dibantu itu layak dengan usaha murni dan komitmen yang diberikan dan yang membantu pula biarlah secara telus tanpa ada sebarang agenda tersembunyi.
Apatah lagi bukan lagi rahsia bila ramai menceritakan kisah benar realiti di mana tahap kesanggupan tolong menolong dikalangan kita. Yang tolong menambahbaik (dengan ikhlas) tu jarang², tapi yang tolong meranapkan orang tu, bersepah².
berapakah harga secebis pertolongan..?
No comments:
Post a Comment