Pages

Sunday, May 19, 2013

Projek sekerat jalan

Satu hari, hasben saya kate:
Ada satu jabatan kerajaan mintak kita present satu demo sistem mudah untuk menguruskan dokumen mereka. (Agak lumayan harganya. Yes, good enough for us to pay our monthly commitmentsss)

Hasil daripada perbincangan dengan pihak jabatan tersebut, kami memutuskan bahawa kami perlu membangunkan satu sistem mudah menggunakan Database.

Jadi saya pun mula membangunkan sistem tersebut. Bermula dengan rekabentuk dan layout. Target pertama kami adalah untuk sesi Demo. Kami cuma ada 1 minggu untuk siapkan Demo Version!.

Lepas maghrib setiap malam saya akan mula menghadap komputer lagi..
Seminggu kemudian hasben saya ke pajabat tersebut untuk present.
We're not single candidate for that job. OK, takde masalah.

Alhamdulillah, demo tu cukup bagus untuk ke pusingan seterusnya..
Kali ni kami perlu siapkan semua keperluan sistem tersebut untuk present kepada ketuanya pulak.
Tapi, untuk siapkan, kami memerlukan sesuatu daripada jabatan tersebut.

Pertama kali mintak.. ok, nanti petang kami emailkan.
minggu seterusnya..nanti kami emailkan, sibuk dengan program sukan sekarang ni..
dan kali2 yang seterusnya...dan lagi..dan lagi..

dan akhirnye, senyap jek
memang bukan rezeki kitorg.. =)


No comments:

Post a Comment