Pages

Showing posts with label aktiviti bisnes. Show all posts
Showing posts with label aktiviti bisnes. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

kerja di hujung minggu

lama dah rasanya tak bercuti di hujung minggu kat rumah. minggu ni, memang dapat dok rumah tapi ada kerja yang nak dibuat. takpe, nak tambah pendapatan sket..

minggu ni punya plan, siapkan tempahan burger ikan keli. target : dalam 10 bungkus untuk pemborong tetap + 1 bungkus untuk hari kantin sekolah abah. tadi dah mula proses nampak macam dapat lebih daripada target. Alhamdulillah.. kalau sempat siapkan semua, kami ingat nak hantar esok. malas pulak nak jalan jauh malam2 hari kerja..penat.

minggu depan pula, siapkan tempahan gubahan coklat untuk hantaran pertunangan kawan Anita. nak tema warna putih + pink. barang2 dah siap beli. harap dapat mimpi idea yang chantek!!! hahaha.. boleh ke camtuh. alah, kira boleh lah.

dalam bulan nih, semua tempahan edible image terpaksa ditolak memandangkan 'printer' nak maintenance. harap semua para pelanggan bersabar ye.. bulan depan, kami akan buat semula, insyaAllah..

kali ni, saya nak tulis satu quote yang menarik, (takde kaitan dengan post saya pun):

"TEAM WORK is to give and take
GIVE too much without TAKE, you can be exhausted
TAKE too much without GIVE, you should feel useless "

Friday, March 11, 2011

minggu yang memenatkan

minggu ni kitorg sangat sibuk dengan macam² memang memberi cabaran mental & fizikal.

Isnin ~ Rabu siapkan 5 design & print edible image, hantar, beli barang untuk tempahan kuih

Rabu siang siapkan 150 biji apam cantik manis

Rabu malam gi ambik kunci rumah sewa baru

Khamis siang beli barang, siapkan 300 biji apam cantik manis

Khamis malam packing

Jumaat siang sediakan bahan² buat burger

Jumaat malam buat burger & packing

Sabtu pagi basuh rumah sewa baru

Sabtu malam hantar burger

ahad kemas barang² nak pindah


Perniagaan memang 9/10 daripada sumber rezeki, berkadaran dengan daya usaha kita!!!

Jadi, ini ucapan untuk diri sendiri :

Berusaha!!!

Tuesday, March 1, 2011

kisah apam tak naik

anda pernah makan apam? tak kira ape jenis apam pun, identitinya mesti sesuatu yang lembut dah sedap. ye, lembut!!! faktor penting untuk jadikan apam lembut adalah faktor "naik"

dalam sesuatu resepi apam, banyak kaedah dan bahan yang berbeza tapi mempunyai tujuan yang same, iaitu, supaya apam yang kita buat tu naik. bagi saya, apam juga jenis kuih yang agak sensitif, sesuai dengan kelembutan hasilnya. silap sukatan, bahkan berubah jenama bahan pun kadangkala boleh menyebabkan "tak menjadi"

kisah kali ini baru terjadi 2 hari lepas. seorang makcik dari kawasan kejiranan saya, atau lebih tepat lagi, makcik dari belakang rumah, telah menempah 2 jenis apam, yang setiap satu jenis 50 biji. apam cantik manis 50 biji, apam gula hangus 50 biji. di antara kedua-duanya, bagi saya, apam gula hangus lebih "manja" sifatnya.

saya mula membancuh apam cantik manis terlebih dahulu. kemudian suami saya akan menguruskan bahagian acuan dan mengukus. sementara tu, saya terus membancuh apam gula hangus.

apam cantik manis setakat ini, bukan masalah besar untuk kami. pengalaman kami selama 2 tahun lebih dalam membekalkan kuih muih ke sebuah resort percutian banyak membantu. bahkan suami saya cekap membancuh dan menguruskan si cantik manis ini seorang diri.

berbeza pula dengan apam gula hangus yang kaedah pembuatannya bermula beberapa jam sebelum membuat bancuhan yang sebenar. beberapa jam sebelum itulah cabaran mengekalkan kualitinya bermula. setiap kali penghasilan apam ini, jika tidak tahu apa trick nya, kebarangkalian "tak menjadi" atau pun rasa dan warna hasil akhir nya boleh berubah-ubah. selain faktor "naik", ciri² penting apam gula hangus atau pun bahasa modennye orang panggil karamel, adalah karamel @ gula hangus itu sendiri. rasa & warna amat bergantung pada hasil karamel yang kita buat, mungkin tak keterlaluan jika saya katakan perlu sedikit skill. tapi itu bukan cerita hari ini.

setelah berjaya membancuh adunan apam gula hangus, debaran mula terasa saat menuggu keputusan apam yang pertama. klakar kan, setiap kali mengukus apam gula hangus, setiap kali itulah saya rasa berdebar. mungkin juga kerana saya belum cukup expert. itu memang saya akui.

betapa kecewanya saya.. apam kukus 1st batch tak naik!!! oh tidaaaak!!!! .. saya terus call ummi kesayangan untuk merujuk. setiap langkah diperiksa. begitu juga bahan & kualitinya. semuanya OK, kecuali 1 perkara... KUANTITI!!??!!.

memandangkan kami baru berpindah ke selangor, operasi apam ini tidak dilakukan di Bengkel Pemprosesan Makanan Aflah Kitchen di pahang. alat penimbang digital tidak pula kami bawak, kononnya untuk kemudahan operasi di sana. jadi di sini, kami cuma menggunakan analog scale atau bahasa peliknya, saya gelarkan penimbang jarum². bagi bahan yang banyak, masalah ini kurang ketara. bagi bahan yang sedikit tapi penting seperti bahan penaik, saya sudah lihat apa kesannya dalam kes ini. nyata bahan penaik tidak cukup. saya menambahkan sedikit lagi bahan penaik, dan keputusannya, alhamdulillah!! sudah naik.

tapi harus diingat, bahan penaik adalah bahan yang dianggap sedikit tapi penting, kuantiti nya mestilah tepat. jangan dikurang, jangan pula terlebih, kerana jika berlaku kedua-duanya, nahas yang menanti hehehe. saya sudah faham yang ini. dan yang lebih penting dan kritikal, adunan yang sudah caca marba @ rosak, memang hampir @ tidak dapat diselamatkan langsung dan seterusnya akan mengunjurkan acara buang-bazir-rugi.

pengajaran yang penting kali ini, gunakanlah alat yang sesuai & untuk test, lain kali jagan kukus banyak, cukup buat 3-4 bijik jek. aduyai..

memandangkan adunan tak cukup, dan tak cukup masa nak beli bahan, kami gantikan kuantiti apam yang kurang dengan apam cantik manis. mintak maaf ye makcik aminah.. terima di atas sokongan anda!!

p/s : balik nanti ke pahang, saya akan berkursus set nasi minyak sedap & pelbagai jenis tart pula. persediaan musim kenduri dan raya. raya? hish.. hehe

Tuesday, August 31, 2010

cadangan projek baru & persiapan hari raya

Potensi besar, Plan baik tapi modal takde.
Kalaulah tetiba dapat modal baik punye..fuhhh...
InsyaAllah..
Erm.. sape nak bagi duit eh..???
Tempat pun dah survey.
Cobaan..

Memandangkan perancangan yang ni tak leh dijalankan lagi,
buat jelah mane yang ade dulu kan.

Yang penting tak menyusahkan sesape kan. amiin..

Sempena raya ni pulak, lemang² dah ade yang menempah. Khemah dah pasang, kayu api pun dah sampai. Makanya.. bersiap sedialah ahli² kontijen pembakar lemang!!!

Kekurangan dan kekangan yang dialami pada tahun lepas insyaAllah akan di atasi pada tahun ni. Harap² semua perjalanan aktiviti membakar lemang tahun ni akan lebih baik.

Tahun lepas rendang rusa. Tahun ni rendang ape pulak eh.. gulp..fuhh.. agak² tangkap jek kambing org yg berkeliaran kat sini tuh. geram tul, nak bela kambing, bela lah molek² ni tak, lepas jek merayau mkn tanaman orang. Kalau jual pon org tanak beli, kambing sumpahan orang. bila org bg tau tuan nye, tak ngaku plak. elok tangkap jek, wat kambing golek pastu bg kat tuan dia.. tengok sket ape dia nak kate.

Tapi satu menda yang tak berapa syok, bab memerah santan. adoyai.. rase macam nak cramp tangan. tangan udahler kecik noit, tak berapa kuat pulak. Harap² operasi tahun ni dapat lah alatan yang munasabah mahupun munasarawak.. ok boss??? hehe

Bab² kuih muih raye pulak, erm.. ummi jual kerepek. abah lead operasi lemang. kitorg berdua pulak.. ade operasi coklat & kek. makan kek jeklah raye nih. Yang klakarnye, aritu nonton TV, rancangan Chef Wan. tengok dia wat chocolate chip + almond cookies. mak aih, nampak sodaaaaaap sangat ah, maklumlah tgh hari di bulan pose. Esoknye terus ajak hubby gi beli bahan. tapi sampai harini tak buat² lagi cookies nya☺ sibuk sangat lah hehehe.. best tul alasan.

Buat masa ni dok sibuk siapkan tempahan coklat untuk cenderahati program. Nasib baiklah dapat hubby yang rajin nolong bab² dapur nih. Alhamdulillah.. kreatif pulak tu ☺ . Wife nye pun kretip jugak (nak gak angkat bakul gitu)

Dek kerana seboknya ngan criter coklat tuh, baju raye pon tak siap lagi. Baju raye dapat 2 tahun sekali jek, kunun² nak jimat bajet lah nih. Yang tempah ngan makcik dah siap, yang jahit sendiri tak sempat nak siapkan. Asalnye nak wat sepasang jek, ummi bagi kain kaler hijau, tinggal beli kain utk baju melayu jeklah. tetiba murah plak rezeki , mak mertua bagi kain sepasang lagi warna coklat pulak..(mentang² lah wat bisnes coklat hehe). Lalu kitorg pon gi lah ke Nilai 3 cari kain nak wat baju cik abe ni ha.. tapi tak buat ape pon lagi ha.. huhu.. Nanti ye kande hik hikhik..

Bebaru nih pagi² ade orang call tanye pasal produk. Rezeki awal pagi lah gamaknya.
Semalam baru hantar sample. Kalau ade rezeki besar adelah, kalau tak, takpe..
Yang penting dah usaha.

Petang semalam pulak, si PUT tanye pasal cavity box nak carik kat mane. hahaha.. boleh pulak tak tau. padahal slalu dah usha² menda tuh. takpe² belajar. WArdah, sekarang sudah tau kan itu menda namenye cavity box ok!!! OK!!! hehehe.. thanks ya. Citer ngn kande pon dia gelak kan jek, camner engineer kilang buleh tak tau cavity box.. ceh, pandang enteng btol. Yelah, name cam penyakit gigi jek. hehe..alasan² nak cover.

Saturday, May 22, 2010

al - cake
















kek lapis masam manis yang dah tak nampak lapisannya..
ni deko yang baru dipelajari..

Monday, May 17, 2010

Kursus Roti & Pastry

10-13 Mei yang lalu, saya ada mengikuti satu kursus Roti & Pastry di Mardi, Serdang. Semuanya berjalan lancar. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan komited, sememangnya memberi impak yang besar kepada kami, peserta² kursus. Majoriti peserta² yang hadir telah pun terlibat secara langsung dengan industri makanan dalam skala kecil mahupun besar, temasuk Chef Saiful Azli Suhaimi langsung tidak kedekut ilmu. Terima kasih banyak kepada beliau untuk tambahan maklumat secara percuma.

Sepanjang kursus tersebut, banyak juga yang saya dapat pelajari. Selain daripada isi kandungan kursus, pergaulan secara am sememangnya memberi kita ilmu dan pengalaman baru. Berbagai ragam manusia yang pelik pada fikiran saya. Asyik berfikir mencari rasional kenapa mereka begitu.

Ada insan yang bersifat " over-concern" pada pandangan saya. Terlebih mengambil berat pada perkara yang saya kira sangat remeh dan tidak penting. Bagi saya, hidup ini terlalu singkat dan sibuk untuk menjadi terlalu cerewet tak bertempat. Banyak tenaga diperlukan untuk memenuhi tuntutan ke'cerewet'an kita sedangkan kita boleh gunakan tenaga tersebut untuk perkara yang lebih penting dan besar. Saya cuba menjadi seorang pendengar yang baik, meneliti cerita² & masalah yang disampaikan, tapi di akhir cerita saya cuma ada satu soalan, "sebenarnya masalahnya apa"? mungkin saya tidak cekap atau kurang perasaan emphaty.

Namun ada pula segelintir insan lain yang terlalu ambil mudah atau pada saya, tidak wajar. Sesuaikah seorang pengusaha @ pengendali makanan menyimpan kuku panjang?. Kalau pun bukan taukey makanan, sebagai orang Islam, sudah jelas apa hukumnya menyimpan kuku panjang. Jangan jadikan alasan memakai sarung tangan kerana hampir semua sarung tangan yang digunakan akan koyak jika terkena benda tajam, termasuk kuku. Kuku tak tajam? Cuba garu @ guris kat muka, tengok apa jadi?. Itu kalau pakai sarung tangan. Macam mana pula kalau tak pakai sarung tangan..? Maaf saya katakan, saya sudah tau apa jenama produk mereka, dan saya tak akan rekemen apatah lagi membeli produk² tersebut.

Pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi daripada kursus selama 4 hari ini sangat berharga buat saya. Daripada pie, croissant, sweet bun, cream puff dan banyak lagi, semuanya saya suka..makan!! InsyaAllah saya akan cuba buat di kitchen saya sendiri. Mana tau program di awal bulan 6 nanti kami boleh buat jualan gerai pulak.


Wednesday, April 7, 2010

Bengkel Pemprosesan Aflah Kitchen a.k.a KITCHEN


Harini (7 - April 2010) telah dijalankan 1 gotong-royong membasuh premis hehe..

Alhamdulillah akhirnya siap jugak kilang kecik Aflah Kitchen. Tapi ni baru bengkel kosong jek, belum masuk ape² isi lagi. Tengah menunggu suntikan dana hehe..ntah bila ntah lah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Rancangannye di peringkat awal ni, majlis bacaan Yaasin sebagai permulaan sebelum "kitchen" kami mula beroperasi. InsyaAllah akan dirancangkan. Pekerja² yang ada baru bg borang, acik Yah depan umah yg sangat dedikasi + acik Nani yang banyak membantu selama ni. yang nak kerja ramai sangat, tapi kena lah pilih hati². Maklumlah, bisnes baru nak mengenal dunia nih. lagipun takdelah nak tawarkan gaji lumayan sebab tuan punya pun tak lumayan hehehe.. takpe², sekurang² dah boleh nak agih²kan rezeki kat orang lain kan.

nak carik pembantu kolam (lelaki) ngn pembantu dapur (pompuan). Yang ramai nak masuk kerja yang pompuan, makcik², akak² kat kampung nih. tapi yang laki belum jumpa calonnya. Belum buat iklan pon lagi hehe.. Kena dapatkan jugak assistant kolam tu, kesian kat cik awe donde kekandaku bekerja keras kat kolam tu sensorang. Harapkan tukang karang nih, sikit² boleh lah..hehe,..

Pas²ni nak g tempah papan tanda pulak. Meter elektrik & air dah pasang.. huh, tengok rate dia.. maklumlah kadar industri..fuh..berpeluh dingin

Sebenarnya dulu, kitorg tunggu bangunan industri (kilang) 4 pintu yg katanya dah plan nak bina kat kampung kitorg.. dah siap datang ukur tanah semua..pastu tunda sebab kata bajet hold, skali alih² rupe²nye dah dibina di Felda Chini,Pekan. Nasib baik lah kitorg tak tunggu sambil menangok. dalam kampung ni pon ade beberapa orang pengusaha yang menantikan bangunan tu, siap dah ura² tempah nak bahagi² lot yang mane. Yelah..bukan rezeki kita lah kot, sabar ye, pakcik, Memanglah kalau dah namanya usahawan, tidaklah kita menunggu² huluran tangan orang, tapi bila dah macam ye ye jek, mesti kita pon plan tanak lepaskan peluang kan..isk.. hahaha..

Biar pon kecik & tak secanggih mana, asalkan ade yang sendiri kira Alhamdulillah..dapat jugak beroperasi.

Saya dah bayangkan, Pagi², pakai cantik² kemas², panas enjin kereta selama 2 minit, pastu matikan semula, dan berjalan kaki ke kilang untuk memulakan kerja.. tiada traffic jammed, tiada bayaran tol hahaha... Indahnya duniaku <---- amiiin!!!!

Sijil Kursus Pengendali Makanan dah ade, tinggal nak g amik obat & buat kad kesihatan. Pastu boleh lah terima tempahan & kembali sibuk semula.

SOP dalam 80% siap, tunggu mesin² masuk dulu, surat tawaran kerja dah siap karang, lagi..dan lagi..dan lagi... <--- banyak jugak

Terima kasih jugak kat ex-employers dulu², banyak pengalaman yg boleh kitorg gunakan.
Terima kasih kat ummi & abah, (yg bab KPF tu nnti kira eh hehehe)