Pages

Showing posts with label just about. Show all posts
Showing posts with label just about. Show all posts

Sunday, December 6, 2009

Melayu ; Tolong-menolong?

"Kalau Melayu tak tolong Melayu, siapa lagi nak tolong..?" itulah antara ayat klise bila berurusan dengan "orang² yang berkenaan". Sekali dengar mungkin memang semacam ada kebenarannya, tapi kalau 2-3-4 dan berkali² diulang² saya mula berasa tak senang hati, kerana pada pendapat saya, ramai juga rasanya Melayu yang tak harus bahkan tak layak ditolong.

Mungkin akan ada yang mula berasa curiga dan menuduh saya tidak patriotik. Itu memang logik akal pada pandangan pertama.

Saya bukan menuduh atau sombong jauh sekali lupa daratan, cuma saya kurang setuju, mengapakah ayat ini sering digunakan oleh pihak² tertentu, ambil kesempatan pada budi pekerti Melayu semata-mata untuk meraih simpati dan menutup kelemahan (dan kemalasan untuk usaha keras) dalam menjaga kualiti kerja dan mencari jalan pintas. Tak salah bantu membantu, memang seharusnya begitu, tapi biarlah yang dibantu itu layak dengan usaha murni dan komitmen yang diberikan dan yang membantu pula biarlah secara telus tanpa ada sebarang agenda tersembunyi.

Apatah lagi bukan lagi rahsia bila ramai menceritakan kisah benar realiti di mana tahap kesanggupan tolong menolong dikalangan kita. Yang tolong menambahbaik (dengan ikhlas) tu jarang², tapi yang tolong meranapkan orang tu, bersepah².

berapakah harga secebis pertolongan..?

Wednesday, November 18, 2009

Friday, October 16, 2009

Alahai Si Cantik Manis

Uish.. Awek mane pulak yang cantik manis nih..? Maaf ye, ni bukan page untuk promosi jalan cari² aweks ye.. (",)

Ni name sejenis makanan daripada spesis apam, Apam Cantek Manis
yang cantek dan manis. Tang cantik tu bergantung gaks kat kesenian orang yang buatnye tuh tapi yang boleh dijamin kemanisannya! yang sekadar jelah idaklah manis sangat,

Promosi ke ni? Erm terpulang lah pada yang membaca tapi sebenarnya niat di hati nak kongsi criter sket hehe.. ☻kali pertama rase trus menambah dari sebiji ke sebiji dan sebijik lagi dan lagi.
Yang klakarnya, dah siap kuantiti orang order tuh, cadang²nya yang apam lebih² nak hantar ke warung kat sini² sempena hari Jumaat lah kot? Lagipon nak hantar jual pon bukanlah banyak sangat dalam lebih kurang 20 bijik jek. Tapi bila dah sambil kira masuk ke bekas sambil kira masuk ke mulut..☻ yang masuk ke mulut tu pulak ramai .. selamat wassalam lah ☻

bila rase mcm sodap jek, mulalah nak "edit²". apetah lagi ade pakar² pengkritik.
Tapi yang pastinya, depends on ur tastebud sebab lain orang lain rekabentuk selera kan.
tapi kalau tanye orang kat umah ni, pantang sebut ayat "dah cukup" @ "yang ni reject" dan yang sewaktu dengannya, memang lah selamat si apam tuh hahaha..




yang ni belum masak, nak tunjuk deco².
selalu taruk 1 kaler jek tapi yang akhir² taruk jek sebab nak abiskan semua, senang nak basuh bekas












haa.. yang ni yang mencabar nih. yang dah masak. mase ni, selain warna² tu, yang lagi menikam kalbu adalah tang rekahan apam yang mendedahan kegebuan isi dalam apam tuh.. fuh..
ni kalau bagi Jibek pun suka nih.





Saturday, October 3, 2009

Lemang Fiesta

Sejak seminggu yang lepas, sibuk konco² Lemang Fiesta menyediakan bahan dan keperluan untuk menghasilkan lemang. Oh, lupa pulak nak cerita ape sebenarnya Lemang Fiesta. Sebenarnya Lemang Fiesta ni acara menyiapkan tempahan lemang oleh pihak resort di kawasan yang berhampiran. Jumlah semua sekali sebanyak 450 batang, tidak termasuk tempahan di saat akhir, 300 batang lagi. Dari operasi merancang, mencari buluh, pulut, kelapa dan sebagainya memang makan masa seminggu lebih jugaklah lah.
Kemuncaknya pada hari Khamis ( 1 Oktober 2009) lemang mula dibakar. Operasi menyedia dan memasak bermula seawal pagi lagi.














Ironinya, inilah kali pertama dalam hidup koi join dalam operasi lemang nih. Pergghh.... first time beb!!! Giller ah ding-dong... 4 barisan lemang, mula pasang api dari jam 4.30 petang dan siap semuanya lebih kurang jam 2 pagi. Tapi, kite sempat tunggu sampai kul 11.30 malam jek pastu.."pengsan" dah.



Banyak jugaklah dapat belajar daripada otai² macam mane nak sediakan semua nih. Agak² kalau buat sendiri jadi ke hah..? hehehe...
Yang paling klakar skali dalam sibuk² masak lemang nih, ade jugak pakcik yang suka interframe beria-ria suruh amik gambar.. pastu siap panggil wakil / wartawan akhbar Sinar Harian suh amik gambar & interview. memang dia ade datang, tapi tak tau lah masuk suratkhabar ke tak kan hahaha... tapi masing² memang posing lah.. termasuklah koi yang rase bangga buat pertama kalinye masak lemang nih. Selalu raya wat ketupat jek..pastu tunggu orang lain bawak/hantar lemang hehe..

dan yang ni acara kegemaran ramai orang..acara "mari merasa"..kalau dah ade lemang, musti mau ade rendangya kan.. ape lagi.. jalan² cari makan lah!!!
Sebenarnya, slot Lemang Fiesta ni cuma salah satu daripada siri² menyiapkan tempahan resort tersebut. Ada lagi yang lain macam buat wajik, karipap, pulut sekaya, apam cantik manis dan banyak lagi lah kalau nak tulis. Tapi sebab Lemang Fiesta nih yang paling meriah skali tu yang teruja lebih sket tuh ahaks...dah tau cara² nanti boleh buat lagi..yeeeehaa!!!!

Wednesday, September 30, 2009

Mencari Al-Yahya & Az-Zarafi





















Al-Fatihah buat Allahyarhamah nenda kesayangan, Siti Zedah binti Sheikh Mahmood Az-Zarafi & Allahyarham ami Syed Ibrahim bin Syed Ali bin Syed Yassin Al-Yahya ...(( Jun 2009))


Ilmu dan pengajaran yang bermanfaat sesungguhnya pelaburan yang tak tenilai.


Sebenarnya dulu, menurut cerita ummi saye, ade satu helaian salasilah keluarga yang merekodkan susur galur ahli keluarga, tapi sekarang dokumen tersebut ntah ke mana talanya.. Sebelum ni memang pernah ade hasrat nak buat semula, tapi belum ade kesempatan.

Adik saya ada mencadangkan supaya mengadakan perhimpunan keluarga, harap² rezeki tu akan sampai nanti, Amiin.

Sukar rasanya menjejak kaum keluarga, saudara mara bila sumber rujukan sudah tiada. Seandainya ada antara kawan², saudara-saudari yang berkaitan harap dapat menghubungi saya/kami.
setahu saya, ramai yang berada di seluruh Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan. mungkin kot 1 Malaysia..?
Yang jauh dekat²kan, yang dekat mesra²kan. Moga erat silaturrahim dan dirahmati selalu.

bahaya danger





tatau lah tangki air kat jalan menghala Bukit Sagu ni ape kes. Pecah kot..?

Tuesday, September 22, 2009

Salam 'Aidilfitri

selamat hari raya 'aidilfitri!!! semoga lebaran kali ini memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup mungkin beraya dengan kereta baru.atau rumah baru..atau status sosial yang baru..atau dengan ahli keluarga yang baru.. atau di tempat yang baru.. atau berjumpa saudara-mara yang baru dikenali .. atau ape2 saje yang lain dari biasa.

tak kira lah sama ada yang kita rasakan macam baik atau kurang baik, pasti ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku. ceh.. sentimental pulak si Wardah nih eh..?? ahaks.

tapi bagi W-dah sendirik, apa yang baru yek.. erm.. mungkin beraya di kampung baru dan jumpa sedara mara yang tak pernah dikenali sebelum nih. hehe... yelah.. tak pernah jumpa lah katekan. kalau dah selisih bahu pon tak kenal agaknya. sementara ade orang2 veteran ni lah nak kenal.

erm.. pas raye bi kena mula bekerja semula lah. meneruskan misi penting. "bekerja sendiri" bukan alasan @ tiket untuk bersenang lenang dan cuti panjang. terlalu awal untuk semua tu. sabar..sabar..huhu..lagipun, baru2 ni baru terima kad raya dari orang penting bahagian usahawan Felda. Macam reminder pulak.

InsyaAllah raya ke-5 nak gi kenduri kawan kawen kat pekan. selamat pengantin baru kpd beliau!!! tahniah2!!