Satu hari, hasben saya kate:
Ada satu jabatan kerajaan mintak kita present satu demo sistem mudah untuk menguruskan dokumen mereka. (Agak lumayan harganya. Yes, good enough for us to pay our monthly commitmentsss)
Hasil daripada perbincangan dengan pihak jabatan tersebut, kami memutuskan bahawa kami perlu membangunkan satu sistem mudah menggunakan Database.
Jadi saya pun mula membangunkan sistem tersebut. Bermula dengan rekabentuk dan layout. Target pertama kami adalah untuk sesi Demo. Kami cuma ada 1 minggu untuk siapkan Demo Version!.
Lepas maghrib setiap malam saya akan mula menghadap komputer lagi..
Seminggu kemudian hasben saya ke pajabat tersebut untuk present.
We're not single candidate for that job. OK, takde masalah.
Alhamdulillah, demo tu cukup bagus untuk ke pusingan seterusnya..
Kali ni kami perlu siapkan semua keperluan sistem tersebut untuk present kepada ketuanya pulak.
Tapi, untuk siapkan, kami memerlukan sesuatu daripada jabatan tersebut.
Pertama kali mintak.. ok, nanti petang kami emailkan.
minggu seterusnya..nanti kami emailkan, sibuk dengan program sukan sekarang ni..
dan kali2 yang seterusnya...dan lagi..dan lagi..
dan akhirnye, senyap jek
memang bukan rezeki kitorg.. =)
Sunday, May 19, 2013
Ucapan Pasca PRU-13
Barisan menteri dah dilantik.Alhamdulillah, saya dah berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia, mengundi!
Harapan saya semoga semua yang telah dilantik akan menunaikan janji & menjalankan urusan pentadbiran dengan penuh tanggungjawab. Anda adalah pemimpin & wakil rakyat di tempat anda, keseluruhannya. Ya, keseluruhannya, walaupun mereka bukan penyokong parti politik anda, bahkan kalaupun mereka tidak mengundi anda tempoh hari. Jangan sampai mengeluarkan kata2 atau tindakan yang menunjukkan anda tidak cerdik. Inilah masanya menunjukkan nilai diri anda, mana tau mereka boleh jadi penyokong tegar anda di masa hadapan =)
Sunday, November 4, 2012
2012 yang merangkak pergi
Sedar tak sedar, kita dah masuk ke bulan November, 2012. Lepas November, Disember pulak, maka akan berakhir lah tahun 2012. Awal Muharram pun dah tak lama lagi. Amacam azam tahun ni, berapa % yang dah tercapai agak²nya?
Sunday, February 19, 2012
pelangi selepas hujan
Lama jugak dah tak melawat ke sini. Sekali sekala teringat jugak tapi tak sempat nampaknya. Hari ni hari ahad, esok isnin, kerja!!!
Sewaktu mula2 melaporkan diri kat syarikat ni, saya memang berniat untuk menjadikan inilah tempat terakhir saya menjadi "employee". Tak mudah untuk saya melompat2 kerja. Susah nak maju. Lagipun saya suka jadi R&D Engineer.
Tapi bak kata pepatah, harapkan panas hingga ke petang.. Atas sebab2 yang tak dapat diselesaikan, atau dielakkan, saya memaksa diri untuk mengintai2 peluang ke tempat lain.
Melalui pengalaman2 yang lalu, saya menjadi lebih "pemilih" untuk mencari kerja baru. Tak semudah 1 "klik" di jobstreet.
Dipendekkan cerita, Alhamdulillah saya mendapat tawaran kerja dari satu syarikat multinasional yang selalu saya nampak dari tepi jalan. Terima kasih saya ucapkan pada seorang kawan sekelas masa training kat SHRDC dulu. Ada juga "saham" dia dalam kejayaan saya kali ini.
Selepas ini, saya akan menjadi Firmware Engineer, atau bahasa mudah faham, hardware programmer. Target saya sejak menyertai training program di SHRDC. Hardware & Software, what more can I ask for?

Sunday, December 11, 2011
Rumahku dilanda banjir
ahad minggu lepas, rumah saya telah dilanda banjir. Air naik dari dapur. Alhamdulillah banjir tak lama. tapi nak kena basuh rumah jugak lah nampaknya.
pagi isnin, saya terpaksa menagmbil cuti kecemasan separuh hari untuk membersihkan kawasan yand terlibat ngan banjir. maklum sajalah air banjir yang melimpah dari longkang. kalau tak dicuci segera.. memang sengaja mencari nahas lah.
sempena musim banjir nih, (sebenarnye takde kaitan pun!) saya telah mendaftar untuk menyertai kelas renang wanita UiTM Shah Alam. dah lama saya nak belajar berenang, dari zaman sekolah menengah. tapi dulu saya belum jumpa dengan kelas tertutup dah khas yang macam nih.
insyaAllah.. minggu depan kelas akan bermula. saya harap semuanya berjalan lancar. cepat mula, cepat habis hehe..
Tuesday, November 22, 2011
Linux driver : Awal bulan depan??
Sebelum balik petang tadi, bos rnd-software team ade tanye ngan saya, saya tau tak pasal "make file", "driver", "kernel", "image" dan beberapa perkataan yang sewaktu dengannya, mengingatkan saya pada kelas embedded system ngn mr.sam atau nama sebenarnye, shreyamsa. rasa teruja jek tiba².
katanya nak ajar & ajak sy join wat satu project ngn team dia. memandangkan saya daripada rnd-hardware, maka saya mintak dia tanye kan pada bos saya, bos rnd-hardware. nampak macam dia dah bagi lampu hijau. yes!!!
adakah ini bermakna sesuatu yang menarik sedang menanti pada awal bulan hadapan (yang tak lama lagi nak menjelang) cewah hehehe..
saya kata, saya tau sikit²..yelah kalau kate tau byk, tapi bila suruh buat tak reti kan carik nahas namenye??
tapi cuma macam mana dia tau saya macam minat nk buat menda² tu eh..? tetiba saya rasa seram.. adakah ..jeng ..jeng ..
Saturday, November 19, 2011
Yard Sales : the intro
Haa.. lame sungguh rase tak menaip kat sini..
mengemas2 barang kat rumah ni, banyak pulak rasanya barang elektronik/elektrik yang masih elok, boleh digunakan tapi terbiar jek. yelah, handphone dari zaman belajar kat U dulu pun masih elok tapi dah tak digunakan lagi dah. nak buang sayang, sebab masih elok, lagipun barang2 macam tu bukan boleh dibuang terus masuk tong sampah biasa macam sampah kat dapur tu..
terfikir nak jual, tapi ade ke orang nak beli barang yang dah dah masuk kategori outdated tu..? hmm.. bila ade orang bg cadangan buat YARD SALES, (credit to my cousin, Ijah) mungkin ade kebarangkalian orang nak beli kot? yelah, dah name pun YARD, dah tentu barang pun dari "yard" kan.
Mungkin ada keperluan kat situ. Contohnya saya sendiri, nak carik housing handphone model N82 yang murah, bukan semua kedai ada jual sekarang nih hahaha...
masih ada orang guna N82..? saya bukan anti-teknologi, cuma rasa belum sampai seru kot nak beli handphone trend terkini sekarang nih. kalau upgrade, sikit pun, saya nak N86.
mungkin minggu depan saya akan mula upload gambar barang2 lama yang nak dijual.. boleh lah tengok kalau2 menimbulkan minat, atau sekadar cuci mata & mengimbau nostalgia lame haha..

Subscribe to:
Posts (Atom)