Pages

Wednesday, September 30, 2009

Mencari Al-Yahya & Az-Zarafi





















Al-Fatihah buat Allahyarhamah nenda kesayangan, Siti Zedah binti Sheikh Mahmood Az-Zarafi & Allahyarham ami Syed Ibrahim bin Syed Ali bin Syed Yassin Al-Yahya ...(( Jun 2009))


Ilmu dan pengajaran yang bermanfaat sesungguhnya pelaburan yang tak tenilai.


Sebenarnya dulu, menurut cerita ummi saye, ade satu helaian salasilah keluarga yang merekodkan susur galur ahli keluarga, tapi sekarang dokumen tersebut ntah ke mana talanya.. Sebelum ni memang pernah ade hasrat nak buat semula, tapi belum ade kesempatan.

Adik saya ada mencadangkan supaya mengadakan perhimpunan keluarga, harap² rezeki tu akan sampai nanti, Amiin.

Sukar rasanya menjejak kaum keluarga, saudara mara bila sumber rujukan sudah tiada. Seandainya ada antara kawan², saudara-saudari yang berkaitan harap dapat menghubungi saya/kami.
setahu saya, ramai yang berada di seluruh Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan. mungkin kot 1 Malaysia..?
Yang jauh dekat²kan, yang dekat mesra²kan. Moga erat silaturrahim dan dirahmati selalu.

bahaya danger





tatau lah tangki air kat jalan menghala Bukit Sagu ni ape kes. Pecah kot..?

Pecopet Biologi


Ha!!!! inilah dia gerangan pencopet a.k.a penyerang hendap kat kolam ikan keli belakang umah haku ni. Berjaya diberkas oleh encik Amir Nazri di suatu hari ketika sedang membuat percubaan serang hendap. Saiznya seperti seekor ayam dewasa dan bersifat seperti pengganas kejam.
Setelah diberkas dan didera secara mental, pencopet ini telah dibebaskan semula kerana takleh nak dibuat lauk pon...kalau tak.. memang jadi lauk dah dia nih.

disabotaj!!


Papan tanda kat traffic light di simpang empat nak masuk ke kawasan Gugusan Panching, Kuantan Pahang. Sape lah yang "kreatif-negatif" sangat nih

Tuesday, September 22, 2009

Salam 'Aidilfitri

selamat hari raya 'aidilfitri!!! semoga lebaran kali ini memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup mungkin beraya dengan kereta baru.atau rumah baru..atau status sosial yang baru..atau dengan ahli keluarga yang baru.. atau di tempat yang baru.. atau berjumpa saudara-mara yang baru dikenali .. atau ape2 saje yang lain dari biasa.

tak kira lah sama ada yang kita rasakan macam baik atau kurang baik, pasti ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku. ceh.. sentimental pulak si Wardah nih eh..?? ahaks.

tapi bagi W-dah sendirik, apa yang baru yek.. erm.. mungkin beraya di kampung baru dan jumpa sedara mara yang tak pernah dikenali sebelum nih. hehe... yelah.. tak pernah jumpa lah katekan. kalau dah selisih bahu pon tak kenal agaknya. sementara ade orang2 veteran ni lah nak kenal.

erm.. pas raye bi kena mula bekerja semula lah. meneruskan misi penting. "bekerja sendiri" bukan alasan @ tiket untuk bersenang lenang dan cuti panjang. terlalu awal untuk semua tu. sabar..sabar..huhu..lagipun, baru2 ni baru terima kad raya dari orang penting bahagian usahawan Felda. Macam reminder pulak.

InsyaAllah raya ke-5 nak gi kenduri kawan kawen kat pekan. selamat pengantin baru kpd beliau!!! tahniah2!!

Sunday, September 6, 2009

Kisah kucing² dan kura²

Pada suatu hari, kucing² jumpa dengan kura².
Kucing² nak berkawan dengan kura²



















tapi kura² tanak kawan dengan kucing²






















kura² meninggalkan kucing².
Kucing berasa sangat sedih.





















Kura² berjalan tanpa menghiraukan kucing
yang cuba berkawan dengannya. Kucing tetap
tidak berputus asa.













"kura², kura² kenapa tanak kawan dengan saya?"
tanya si kucing.














Tiada jawapan dari kura²













Kucing² lain pun nak berkawan dengan kura².
Tapi kura² tak nak layan sebab kura² sibuk
nak cari kolam dan makanan sebab dia sangat
lapar.













Akhirnya kura² ditangkap oleh gergasi.
Gergasi itu baik hati. Dia membersihkan badan
kura² dan meletakkannya ke dalam kolam.













:::::::: tamat ::::::::

sungai ape yang....

Soalan :


Banyak-banyak sungai kat Malaysia nih,
sungai ape yang paling klaka?


Jawapannya ialah..


Friday, September 4, 2009

Ashajaratul Asma ul Husna

Projektori ke arah Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan, dari bawah naungan pokok besi yang dedaunan dan kelopaknya tertulis nama² Allah s.w.t.

Wednesday, September 2, 2009

dari dataran menjadi bukit



dulu ni kawasan tanah rata, tapi dah ditambak² tanah jadilah kawasan bukit buatan.. bagus ke tak..?ntah..












tapi kesan yang nyata..sungai ni airnya macam teh susu kedai mamak..
bagus ke tak..?
fikir² kanlah..

spesis baru ke?

















Nampak macam buah jambu air jek kan, cuma warna lain sket. tapi sebenarnya ni gambar cili. tak pastilah cili spesis baru @ cili mutasi gen-X.
Pokok² kat situ memang rapat² & bersilang² tapi tu memang buah daripada pokok cili. Tak percaya??? Percayalah..

sepatutnya apa ya..??

Tertulis di papan tanda ni "DILARANG LETAK KASUT DI SINI". ya iyya.. memang berkesan arahan ni sebab memang takde orang letak kasut kat ruangan tu. hahahaha... tapi takleh lah orang nak parking kereta. Ni ambik gambar kat satu masjid mase singgah nak solat, dalam perjalanan dari n9 ke pahang