Pada pendapat saya, dalam sesebuah syarikat, keluar masuk pekerja bukanlah satu hal yang terlampau amat peliknya. mungkin kerana faktor kesesuaian atau perubahan & mobiliti perlu diambil kira. tapi sekiranya, hampir semua perkerja membuat keputusan untuk berhenti secara serentak beramai², tentu ada sesuatu yang tak kena!! bukan pekerja, tapi ada yang tak kena dengan syarikat tersebut.
Jika tidak diteliti dan diubati, majikan sering menyalahkan pekerja dengan pelbagai tohmahan yang tentu tak enak didengar.
Memang tak dinafikan ada segelintir pekerja yang bekerja sambil lewa dan sering mengambil kesempatan. Tapi masih ramai yang bekerja dengan ikhlas dan berdedikasi tapi semakin hari merasakan dirinya semakin ditindas.
No comments:
Post a Comment