Pages

Friday, February 18, 2011

INSEP Program

Mungkin pada pandangan sesetengah pihak, sudah agak terlambat untuk orang seperti saya masuk ke program INSEP. Mungkin ada benarnya. Tapi pandangan saya secara peribadi, semuanya terpulang kepada perkiraan yang perancangan masing² dan apa yang kita nak di akhirnya nanti. Bidang ini adalah impian saya sejak dulu. Cuma dulu saya tak tau kewujudannya. Kesian. Minat yang akhirnya diharapkan boleh jadi sumber pendapatan dalam perniagaan.

Tak dinafikan, persoalan kewangan memang menjadi topik utama & kritikal saat ini. Biarlah dianggap sebagai satu pelaburan yang berharga. Kita selalu merancang apa yang nampak terbaik di mata kita. Tapi Allah lah yang Maha Merancang & Menentukan. Takkan pernah pudar impian untuk membangunkan AFLAH. Atas dasar misi dan visi inilah segala perancangan kami laksanakan. Simpan dulu bab yang ini, kita cerita pasal program INSEP.

Dek kerana keinginan yang terlampau untuk mengikuti kursus ini, saya telah datang interview 2 kali di tempat yang berbeza. Yang pertama di sebuah syarikat glemer dalam bidang semiconductor.Konsepnya, jika terpilih akan dihantar berkursus ke SHRDC kemudian akan diserap masuk ke syarikat berdasarkan pencapaian & kekosongan jawatan. Tanpa menunggu keputusan interview yang pertama, saya terus memohon secara langsung ke SHRDC bagi interview yang kedua. Yang ini pula, konsepnya kursus, kalau ada syarikat yang panggil, boleh keluar. Rezeki saya pada interview yang kedua. Tiada siapa yang menjamin pekerjaan selepas tamat kursus. Saya tahu dan faham dan inilah risiko yang akan saya ambil. Biarpun ada tawaran kerja yang dibuka oleh rakan², saya ucapkan terima kasih, mungkin saya memerlukannya di masa hadapan. Saya tetap mahukan yang ini. Terima kasih kepada suami yang sangat memahami dan menyokong. Kami sedar risiko² nya, dan kami berdoa semoga dimudahkan segala urusan yang mendatang.

EMBEDDED SYSTEM DESIGN - begitulah tajuk kursus yang akan saya ambil. Jika tiada halangan, kelasnya akan bermula pada 14 Mac 2011 nanti. Melihatkan kemudahan di SHRDC, saya tambah yakin.


Sinopsisnye lebih kurang begini:

Students enrolled in this course will be educated and mentored with in-depth details on requirements of being a highly skilled specialist. The following subjects are being covered: Embedded Linux, C and Advanced C programming for Embedded Systems, Embedded Software Testing and the ARM 11 Microcontroller. Two practical hands-on projects include a mini ASRS systems with a 8-bit microcontroller (basic application) and a comprehensive development of a Touch Screen Driver for Mobile Applications on ARM 11 Processor (intermediate to advance level). In addition, students will undergo a PCB Design Technology process to introduce the hardware implementation phase. The latest PCB Allegro 16.3 will be included for demonstrating a PCB design process from schematic, layout, in-house fabrication and assembly to final testing of the build printed circuit board.

Jika ada yang bertanya: apa perlunya saya mengambil kursus ini dengan elaun seperti kurang mencukupi, risiko pekerjaan dan macam² sebab yang tak ketahuan,

saya yakin untuk mejawab: saya pasti ada gunanya nanti. (",) , kan kande?!!


Monday, February 14, 2011

Catatan perjalanan : Cameron Highland

Percutian bajet ciput ke Cameron Highland.

Perjalanan bermula pada hari Jumaat, 11 Februari 2011. Jam 8.30 malam kami bergerak ke Gombak untuk menghantar stok ikan keli salai kepada pemborong tetap.
Kemas barang² , macam² bawak. Maklumlah percutian bajet..

Ade dapur, periuk, beras, telur..macam² lagilah.. tapi yang paling special, siap bawak coklat untuk slot "strawberry & chocolate!!!" nanti.
















Memandangkan kami dah sampai ke Gombak, rasa macam rugi pulak kalau nak patah balik ke rumah. Tambahan pulak MR BOSS a.k.a driver pon dah penat & ngantuk, kami pon tido jek lah dalam kereta kat parking area kat Genting Sempah. Survival. Gaya hidup bakal jutawan yang tengah sengkek??

Esok paginye, 12 Februari.. siap² mandi & solat, kami pun memulakan perjalanan ke Cameron Highland, jam 6.30 pagi. Sejuk & gelap. Dari Genting Sempah, melalui lebuhraya Utara-Selatan, keluar ke susur BENTONG, RAUB, KUALA LIPIS.

Sampai ke RAUB, perut pon dah berdondang sayang, sarapan roti canai dan berehat setengah jam.
















Kemudian perjalanan diteruskan lagi. Secara umumnya, perjalanan mendaki ke Cameron Highland kali ni akan menggunakan laluan negeri Pahang : BENTONG-RAUB-KUALA LIPIS-CAMERON HIGHLAND. Bukan mendaki dari Tapah, Perak.
Jimat tol. (TOL: Tol Gombak : RM 5.00, Tol Karak : RM 3.00 )

Walaubagaimanapun, sepanjang perjalanan ini memang tak kelihatan sebarang papantanda bertulis CAMERON HIGHLAND. Mungkin catatan perjalanan ini berguna kepada traveller seperti kami.
















Anda akan menemui papantanda Bukit Fraser (promosi-lain kali boleh ke sini pula!). Perjalanan perlu diteruskan melepasi simpang ini. Jangan masuk!! Apabila memasuki Bandar Raub, boleh ikut papantanda ke arah SUNGAI KOYAN a.k.a FELDA SUNGAI KOYAN. Untuk makluman, Felda Sungai Koyan terletak dalam daerah Kuala Lipis (kalau tak silap lah). tapi jangan ikut papantanda kuala lipis secara terus sebab sungai koyan tu kat sempadan raub-kuala lipis jek.

















Setelah memasuki kawasan Felda Sungai Koyan, anda akan jumpa satu simpang ke kiri dengan papantanda POS BETAU. Ini bukan pejabat pos tapi satu kawasan perkampungan orang asli.

Untuk ke Cameron Highland, sila masuk ke simpang nih, dalam masa lebih kurang 1-2 jam (bergantung kepada kelajuan), anda akan sampai ke kawasan ULU RINGLET!!. Sepanjang perjalanan dari simpang ini ke ringlet, nanti jangan masuk mane² simpang, terus jek. kalau tak nanti bercuti di kampung "origin". Tapi menarik juga tuh.

Tips: Perjalanan mendaki bukit tentunya memerlukan bahan api yang agak banyak. Nasihat saya, lebih baik jika anda mengisi tangki minyak sebelum mula mendaki, kerana sepanjang perjalanan dari POS BETAU ke ULU RINGLET, memang tak jumpa stesen minyak. Untuk ke stesen minyak PETRONAS SG KOYAN, terus ke depan sket lepas jumpa simpang pos betau tu. Nanti patah balik masuk simpang tuh.
















Sampai ke ULU RINGLET, nanti ada simpang 3 & papan tanda, ikut ke arah BRINCHANG & TANAH RATA. Maka anda telah sampai ke CAMERON HIGHLAND!!. Kat simpang 3 ni pon ada stesen minyak, kalau tak silap BHP Petrol.

Keseluruhan perjalanan daripada Tol Gombak ke RINGLET mengambil masa lebih kurang 3-4 jam.

Jangan memandu terlalu laju, rugi!! & bahaya.

























<: TIPS & NOTA :>

1. Anda akan melalui kawasan Felda Lurah Bilut (penempatan FELDA pertama di MALAYSIA- juga telah difilemkan, pelakon utama : Rosyam Noor)

2. Isi minyak sebelum masuk simpang sg.koyan-pos betau

3. Jika ini kali pertama anda melalui jalan ni, elakkan perjalanan waktu malam / gelap sebab kebanyakan kawasan tiada lampu jalan.

4. Tanda Laluan : TOL GOMBAK - GENTING SEMPAH - BENTONG - RAUB - SUNGAI KOYAN - POS BETAU - RINGLET - TANAH RATA - BRINCHANG

5. Bagi kakitangan/pesara kerajaan, boleh menempah penginapan yang murah di