Pages

Friday, February 18, 2011

INSEP Program

Mungkin pada pandangan sesetengah pihak, sudah agak terlambat untuk orang seperti saya masuk ke program INSEP. Mungkin ada benarnya. Tapi pandangan saya secara peribadi, semuanya terpulang kepada perkiraan yang perancangan masing² dan apa yang kita nak di akhirnya nanti. Bidang ini adalah impian saya sejak dulu. Cuma dulu saya tak tau kewujudannya. Kesian. Minat yang akhirnya diharapkan boleh jadi sumber pendapatan dalam perniagaan.

Tak dinafikan, persoalan kewangan memang menjadi topik utama & kritikal saat ini. Biarlah dianggap sebagai satu pelaburan yang berharga. Kita selalu merancang apa yang nampak terbaik di mata kita. Tapi Allah lah yang Maha Merancang & Menentukan. Takkan pernah pudar impian untuk membangunkan AFLAH. Atas dasar misi dan visi inilah segala perancangan kami laksanakan. Simpan dulu bab yang ini, kita cerita pasal program INSEP.

Dek kerana keinginan yang terlampau untuk mengikuti kursus ini, saya telah datang interview 2 kali di tempat yang berbeza. Yang pertama di sebuah syarikat glemer dalam bidang semiconductor.Konsepnya, jika terpilih akan dihantar berkursus ke SHRDC kemudian akan diserap masuk ke syarikat berdasarkan pencapaian & kekosongan jawatan. Tanpa menunggu keputusan interview yang pertama, saya terus memohon secara langsung ke SHRDC bagi interview yang kedua. Yang ini pula, konsepnya kursus, kalau ada syarikat yang panggil, boleh keluar. Rezeki saya pada interview yang kedua. Tiada siapa yang menjamin pekerjaan selepas tamat kursus. Saya tahu dan faham dan inilah risiko yang akan saya ambil. Biarpun ada tawaran kerja yang dibuka oleh rakan², saya ucapkan terima kasih, mungkin saya memerlukannya di masa hadapan. Saya tetap mahukan yang ini. Terima kasih kepada suami yang sangat memahami dan menyokong. Kami sedar risiko² nya, dan kami berdoa semoga dimudahkan segala urusan yang mendatang.

EMBEDDED SYSTEM DESIGN - begitulah tajuk kursus yang akan saya ambil. Jika tiada halangan, kelasnya akan bermula pada 14 Mac 2011 nanti. Melihatkan kemudahan di SHRDC, saya tambah yakin.


Sinopsisnye lebih kurang begini:

Students enrolled in this course will be educated and mentored with in-depth details on requirements of being a highly skilled specialist. The following subjects are being covered: Embedded Linux, C and Advanced C programming for Embedded Systems, Embedded Software Testing and the ARM 11 Microcontroller. Two practical hands-on projects include a mini ASRS systems with a 8-bit microcontroller (basic application) and a comprehensive development of a Touch Screen Driver for Mobile Applications on ARM 11 Processor (intermediate to advance level). In addition, students will undergo a PCB Design Technology process to introduce the hardware implementation phase. The latest PCB Allegro 16.3 will be included for demonstrating a PCB design process from schematic, layout, in-house fabrication and assembly to final testing of the build printed circuit board.

Jika ada yang bertanya: apa perlunya saya mengambil kursus ini dengan elaun seperti kurang mencukupi, risiko pekerjaan dan macam² sebab yang tak ketahuan,

saya yakin untuk mejawab: saya pasti ada gunanya nanti. (",) , kan kande?!!


No comments:

Post a Comment