Pages

Tuesday, March 1, 2011

kisah apam tak naik

anda pernah makan apam? tak kira ape jenis apam pun, identitinya mesti sesuatu yang lembut dah sedap. ye, lembut!!! faktor penting untuk jadikan apam lembut adalah faktor "naik"

dalam sesuatu resepi apam, banyak kaedah dan bahan yang berbeza tapi mempunyai tujuan yang same, iaitu, supaya apam yang kita buat tu naik. bagi saya, apam juga jenis kuih yang agak sensitif, sesuai dengan kelembutan hasilnya. silap sukatan, bahkan berubah jenama bahan pun kadangkala boleh menyebabkan "tak menjadi"

kisah kali ini baru terjadi 2 hari lepas. seorang makcik dari kawasan kejiranan saya, atau lebih tepat lagi, makcik dari belakang rumah, telah menempah 2 jenis apam, yang setiap satu jenis 50 biji. apam cantik manis 50 biji, apam gula hangus 50 biji. di antara kedua-duanya, bagi saya, apam gula hangus lebih "manja" sifatnya.

saya mula membancuh apam cantik manis terlebih dahulu. kemudian suami saya akan menguruskan bahagian acuan dan mengukus. sementara tu, saya terus membancuh apam gula hangus.

apam cantik manis setakat ini, bukan masalah besar untuk kami. pengalaman kami selama 2 tahun lebih dalam membekalkan kuih muih ke sebuah resort percutian banyak membantu. bahkan suami saya cekap membancuh dan menguruskan si cantik manis ini seorang diri.

berbeza pula dengan apam gula hangus yang kaedah pembuatannya bermula beberapa jam sebelum membuat bancuhan yang sebenar. beberapa jam sebelum itulah cabaran mengekalkan kualitinya bermula. setiap kali penghasilan apam ini, jika tidak tahu apa trick nya, kebarangkalian "tak menjadi" atau pun rasa dan warna hasil akhir nya boleh berubah-ubah. selain faktor "naik", ciri² penting apam gula hangus atau pun bahasa modennye orang panggil karamel, adalah karamel @ gula hangus itu sendiri. rasa & warna amat bergantung pada hasil karamel yang kita buat, mungkin tak keterlaluan jika saya katakan perlu sedikit skill. tapi itu bukan cerita hari ini.

setelah berjaya membancuh adunan apam gula hangus, debaran mula terasa saat menuggu keputusan apam yang pertama. klakar kan, setiap kali mengukus apam gula hangus, setiap kali itulah saya rasa berdebar. mungkin juga kerana saya belum cukup expert. itu memang saya akui.

betapa kecewanya saya.. apam kukus 1st batch tak naik!!! oh tidaaaak!!!! .. saya terus call ummi kesayangan untuk merujuk. setiap langkah diperiksa. begitu juga bahan & kualitinya. semuanya OK, kecuali 1 perkara... KUANTITI!!??!!.

memandangkan kami baru berpindah ke selangor, operasi apam ini tidak dilakukan di Bengkel Pemprosesan Makanan Aflah Kitchen di pahang. alat penimbang digital tidak pula kami bawak, kononnya untuk kemudahan operasi di sana. jadi di sini, kami cuma menggunakan analog scale atau bahasa peliknya, saya gelarkan penimbang jarum². bagi bahan yang banyak, masalah ini kurang ketara. bagi bahan yang sedikit tapi penting seperti bahan penaik, saya sudah lihat apa kesannya dalam kes ini. nyata bahan penaik tidak cukup. saya menambahkan sedikit lagi bahan penaik, dan keputusannya, alhamdulillah!! sudah naik.

tapi harus diingat, bahan penaik adalah bahan yang dianggap sedikit tapi penting, kuantiti nya mestilah tepat. jangan dikurang, jangan pula terlebih, kerana jika berlaku kedua-duanya, nahas yang menanti hehehe. saya sudah faham yang ini. dan yang lebih penting dan kritikal, adunan yang sudah caca marba @ rosak, memang hampir @ tidak dapat diselamatkan langsung dan seterusnya akan mengunjurkan acara buang-bazir-rugi.

pengajaran yang penting kali ini, gunakanlah alat yang sesuai & untuk test, lain kali jagan kukus banyak, cukup buat 3-4 bijik jek. aduyai..

memandangkan adunan tak cukup, dan tak cukup masa nak beli bahan, kami gantikan kuantiti apam yang kurang dengan apam cantik manis. mintak maaf ye makcik aminah.. terima di atas sokongan anda!!

p/s : balik nanti ke pahang, saya akan berkursus set nasi minyak sedap & pelbagai jenis tart pula. persediaan musim kenduri dan raya. raya? hish.. hehe

No comments:

Post a Comment