Pages

Sunday, July 17, 2011

keyboard seorang programmer?

baru² ni saya setup satu set PC. macam biasa, ada monitor, ada CPU, ada mouse dan pasti ada keyboard. wah, lega dah siap pasang semuanya.

saya pun ON.. wah best²..

tapi masalah mula timbul bila saya mula menaip. aduhai..keyboard..huruf² nya banyak yang tersangkut. terutamanya space-bar. permukaannya pun dah licin berkilat. sepanjang hidup ni belum pernah saya jumpa keyboard yang macam tuh.

hebatnya programmer² kat sini.. hehehe..

moralnye..

kata orang, biarlah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

macam jugak pilih pakaian, biar kena dengan tujuan. Beberapa minggu yang lepas, saya ditugaskan untuk buat soldering pada beberapa keping PCB. Masa tu kebetulan pakai baju berlengan besar kat hujungnya.

sekali tersangkut pastu dengan baju-baju skali kena solder. hangit baunya. nasib baik takde sapa perasaan hahaa.. hmm.. bahaya betul lah. kalau bos tau teruk saya kena. semenjak tu saya sudah insaf hehe, saya takkan pakai lagi baju berlengan besar untuk pergi kerja. yela, bahaya, kang ade jek wayar termasuk dalam lengan baju ke..kan tragis tuh.

kesimpulannya, pilih pakaian yang sesuai mengikut aktiviti, selagi memenuhi tuntutan syarak.

by the way, we are engineers after all, who need high heels???