Pages

Showing posts with label kerja2. Show all posts
Showing posts with label kerja2. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

pelangi selepas hujan

Lama jugak dah tak melawat ke sini. Sekali sekala teringat jugak tapi tak sempat nampaknya. Hari ni hari ahad, esok isnin, kerja!!!

Sewaktu mula2 melaporkan diri kat syarikat ni, saya memang berniat untuk menjadikan inilah tempat terakhir saya menjadi "employee". Tak mudah untuk saya melompat2 kerja. Susah nak maju. Lagipun saya suka jadi R&D Engineer.

Tapi bak kata pepatah, harapkan panas hingga ke petang.. Atas sebab2 yang tak dapat diselesaikan, atau dielakkan, saya memaksa diri untuk mengintai2 peluang ke tempat lain.

Melalui pengalaman2 yang lalu, saya menjadi lebih "pemilih" untuk mencari kerja baru. Tak semudah 1 "klik" di jobstreet.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah saya mendapat tawaran kerja dari satu syarikat multinasional yang selalu saya nampak dari tepi jalan. Terima kasih saya ucapkan pada seorang kawan sekelas masa training kat SHRDC dulu. Ada juga "saham" dia dalam kejayaan saya kali ini.

Selepas ini, saya akan menjadi Firmware Engineer, atau bahasa mudah faham, hardware programmer. Target saya sejak menyertai training program di SHRDC. Hardware & Software, what more can I ask for?

Tuesday, November 22, 2011

Linux driver : Awal bulan depan??

Sebelum balik petang tadi, bos rnd-software team ade tanye ngan saya, saya tau tak pasal "make file", "driver", "kernel", "image" dan beberapa perkataan yang sewaktu dengannya, mengingatkan saya pada kelas embedded system ngn mr.sam atau nama sebenarnye, shreyamsa. rasa teruja jek tiba².

katanya nak ajar & ajak sy join wat satu project ngn team dia. memandangkan saya daripada rnd-hardware, maka saya mintak dia tanye kan pada bos saya, bos rnd-hardware. nampak macam dia dah bagi lampu hijau. yes!!!

adakah ini bermakna sesuatu yang menarik sedang menanti pada awal bulan hadapan (yang tak lama lagi nak menjelang) cewah hehehe..

saya kata, saya tau sikit²..yelah kalau kate tau byk, tapi bila suruh buat tak reti kan carik nahas namenye??

tapi cuma macam mana dia tau saya macam minat nk buat menda² tu eh..? tetiba saya rasa seram.. adakah ..jeng ..jeng ..

Sunday, July 17, 2011

keyboard seorang programmer?

baru² ni saya setup satu set PC. macam biasa, ada monitor, ada CPU, ada mouse dan pasti ada keyboard. wah, lega dah siap pasang semuanya.

saya pun ON.. wah best²..

tapi masalah mula timbul bila saya mula menaip. aduhai..keyboard..huruf² nya banyak yang tersangkut. terutamanya space-bar. permukaannya pun dah licin berkilat. sepanjang hidup ni belum pernah saya jumpa keyboard yang macam tuh.

hebatnya programmer² kat sini.. hehehe..

moralnye..

kata orang, biarlah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

macam jugak pilih pakaian, biar kena dengan tujuan. Beberapa minggu yang lepas, saya ditugaskan untuk buat soldering pada beberapa keping PCB. Masa tu kebetulan pakai baju berlengan besar kat hujungnya.

sekali tersangkut pastu dengan baju-baju skali kena solder. hangit baunya. nasib baik takde sapa perasaan hahaa.. hmm.. bahaya betul lah. kalau bos tau teruk saya kena. semenjak tu saya sudah insaf hehe, saya takkan pakai lagi baju berlengan besar untuk pergi kerja. yela, bahaya, kang ade jek wayar termasuk dalam lengan baju ke..kan tragis tuh.

kesimpulannya, pilih pakaian yang sesuai mengikut aktiviti, selagi memenuhi tuntutan syarak.

by the way, we are engineers after all, who need high heels???

Tuesday, June 14, 2011

kerja

Sehari selepas kelas Power Interview, saya telah hadir ke satu interview di Shah Alam. Niat saya nak cari tempat untuk OJT nanti.

Interview tu ada 2 sesi. yang pertama dengan technical team dan yang kedua dengan pihak pengurusan.

Sebelum interview, saya perlu menjawab soalan-soalan berkaitan hardware design dan C Programming. semua sekali ada 11 soalan, dalam masa 1 jam. Terima kasih pada instructor2 C Programming!!!

interview masa 1st round tu ok jek, terus sambung ke 2nd round, pun macam ok. Tiba2 interviewer tu tanya bila boleh mula kerja? o'o...

saya terangkan kepada beliau, saya masih menjalani kursus di SHRDC, dan masih ade main project yang belum saya buat. saya tunjukkan jadual kelas. saya sayang nak tinggalkan program INSEP sekerat jalan, sebab dulu pun saya sanggup resign sebab nak masuk INSEP. Tapi dalam masa yang sama, saya minat juga dengan offer nih. R&D Engineer.. post yang dah lama saya nak. Tapi macam yang Mdm Christine bagi tau, entry level mungkin susah nak masuk. Sekarang tawaran depan mata.

Saya dalam dilema...

Interviewer gi bincang dengan MD, dan keputusannya, mereka benarkan saya hadir ke kelas dengan syarat saya mesti lapor diri pada 6/6. Kalaulah saya ada jadual kelas sampai habis INSEP, mungkin kah akan dapat hadir lebih banyak kelas..? saya tak pasti..

mereka bagi saya masa untuk fikir dan buat keputusan. saya duduk dalam bilik inteview tu dan fikir.. nak terima ke tak..

banyak menda nak difikir dalam masa yang singkat..
tapi bila teringat kelas power interview, masa interview ngan kawan2,...
bukan senang juga orang nak terima marital status : married macam saya. pernah jugak kena reject!!
lagipun bidang kerja yang ditawarkan memang minat saya.
maka saya terima tawaran kerja nih..
dan surat tawaran kerja terus diserahkan pada saya.

keluar dari interview, saya terus ke SHRDC untuk selesaikan hal ni. saya nak minta jadual penuh dari penyelia program. tapi tak dapat lagi.. saya datang lagi esoknya tapi person incharge ada mesyuarat di luar kawasan. hari Jumaat, saya datang ke kelas dan jumpa terus dengan pengurus, Alhamdulillah dia benarkan saya hadir semula ke kelas.. terima kasih Ms.Soo Lan!! (fact : she said : you get the job? good!!)

sekarang masuk minggu kedua saya bekerja. HOD saya, datang dari China. baik & supportive. mengingatkan saya pada manager saya masa di kilang Jepun dulu. setiap Jumaat kami akan ada kelas / perbincangan. best!!!
kadang2 kita tak tau nak tanya apa walaupun kita tau yang kita tak berapa tau sangat, tapi kalau kita boleh tanya satu soalan yang mudah, jawapan & penerangan yang kita dapat.. memang banyak. macam cotoh, saya tanya kenapa ada lubang kecil kat bawah chip, penerangannya sehingga menguji litar dengan multimeter!!!

jumaat minggu ni, dorang2 akan ke Tioman, company's annual trip untuk tahun ni. saya tak pergi lah sebab baru masuk..

so far so good..