Pages

Monday, June 13, 2016

Summer 2016 ; Japan: Intro

Suhu
Musim panas di Jepun. Panas ke? Kalau nak tau pasal cuaca, boleh tengok kat sini:
Ramalan Kaji Cuaca

Setakat awal Jun, suhu paling tinggi, tengah hari, dalam lebih kurang 28 darjah celcius.
Untuk orang Malaysia, saya rasa, tahap macam ni, masih ok lagi.
Angin nye agak dingin, dan humidity nye rendah. Skin mosturizer diperlukan.
Kulit mudah kering dan gatal tau..

Malam pulak.. pasang aircond dengan suhu 25 darjah celcius lebih selesa daripada bukak tingkap ehehehe.. sejuk lah weh.. apatah lagi bila hujan.

Yup, musim panas ni byk hari hujan jugak..

Puasa
Musim panas bermakna siangnya lebih panjang.. Subuh - dalam lebih kurang 2.40 pagi dan Maghrib lebih kurang 7 malam.
Agak2 nak bangun sahur pukul berapa nih? hehehe.. bertabahlah

Kerja
Ok, tujuan ke Jepun ni sebenarnya untuk OJT - On Job Training, selama 10 minggu. Haruslah gi kerja kan,..pilihan yang ada.. jalan kaki dlm 25 minit atau naik bas dlm 10~13 minit.

Hari pertama sampai, kita jalan2 survey mcm mane jalan kaki ke tempat kerja, sambil melencong ke taman kejap.

Erm, tak sempat pulak ambik gambar sungai. eh tak pastilah sungai ke longkang besar, tapi airnye bersih & ade ikan besar2

 
 

Dorang kat sini memang suka jalan.. yg muda, yg tua, bebudak skolah.. yg jalan tegak, yg jalan bongkok.. semua pun ade..

Life in Japan.. bersambung..

No comments:

Post a Comment