Pages

Sunday, February 19, 2012

pelangi selepas hujan

Lama jugak dah tak melawat ke sini. Sekali sekala teringat jugak tapi tak sempat nampaknya. Hari ni hari ahad, esok isnin, kerja!!!

Sewaktu mula2 melaporkan diri kat syarikat ni, saya memang berniat untuk menjadikan inilah tempat terakhir saya menjadi "employee". Tak mudah untuk saya melompat2 kerja. Susah nak maju. Lagipun saya suka jadi R&D Engineer.

Tapi bak kata pepatah, harapkan panas hingga ke petang.. Atas sebab2 yang tak dapat diselesaikan, atau dielakkan, saya memaksa diri untuk mengintai2 peluang ke tempat lain.

Melalui pengalaman2 yang lalu, saya menjadi lebih "pemilih" untuk mencari kerja baru. Tak semudah 1 "klik" di jobstreet.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah saya mendapat tawaran kerja dari satu syarikat multinasional yang selalu saya nampak dari tepi jalan. Terima kasih saya ucapkan pada seorang kawan sekelas masa training kat SHRDC dulu. Ada juga "saham" dia dalam kejayaan saya kali ini.

Selepas ini, saya akan menjadi Firmware Engineer, atau bahasa mudah faham, hardware programmer. Target saya sejak menyertai training program di SHRDC. Hardware & Software, what more can I ask for?

No comments:

Post a Comment