Sehari selepas kelas Power Interview, saya telah hadir ke satu interview di Shah Alam. Niat saya nak cari tempat untuk OJT nanti.
Interview tu ada 2 sesi. yang pertama dengan technical team dan yang kedua dengan pihak pengurusan.
Sebelum interview, saya perlu menjawab soalan-soalan berkaitan hardware design dan C Programming. semua sekali ada 11 soalan, dalam masa 1 jam. Terima kasih pada instructor2 C Programming!!!
interview masa 1st round tu ok jek, terus sambung ke 2nd round, pun macam ok. Tiba2 interviewer tu tanya bila boleh mula kerja? o'o...
saya terangkan kepada beliau, saya masih menjalani kursus di SHRDC, dan masih ade main project yang belum saya buat. saya tunjukkan jadual kelas. saya sayang nak tinggalkan program INSEP sekerat jalan, sebab dulu pun saya sanggup resign sebab nak masuk INSEP. Tapi dalam masa yang sama, saya minat juga dengan offer nih. R&D Engineer.. post yang dah lama saya nak. Tapi macam yang Mdm Christine bagi tau, entry level mungkin susah nak masuk. Sekarang tawaran depan mata.
Saya dalam dilema...
Interviewer gi bincang dengan MD, dan keputusannya, mereka benarkan saya hadir ke kelas dengan syarat saya mesti lapor diri pada 6/6. Kalaulah saya ada jadual kelas sampai habis INSEP, mungkin kah akan dapat hadir lebih banyak kelas..? saya tak pasti..
mereka bagi saya masa untuk fikir dan buat keputusan. saya duduk dalam bilik inteview tu dan fikir.. nak terima ke tak..
banyak menda nak difikir dalam masa yang singkat..
tapi bila teringat kelas power interview, masa interview ngan kawan2,...
bukan senang juga orang nak terima marital status : married macam saya. pernah jugak kena reject!!
lagipun bidang kerja yang ditawarkan memang minat saya.
maka saya terima tawaran kerja nih..
dan surat tawaran kerja terus diserahkan pada saya.
keluar dari interview, saya terus ke SHRDC untuk selesaikan hal ni. saya nak minta jadual penuh dari penyelia program. tapi tak dapat lagi.. saya datang lagi esoknya tapi person incharge ada mesyuarat di luar kawasan. hari Jumaat, saya datang ke kelas dan jumpa terus dengan pengurus, Alhamdulillah dia benarkan saya hadir semula ke kelas.. terima kasih Ms.Soo Lan!! (fact : she said : you get the job? good!!)
sekarang masuk minggu kedua saya bekerja. HOD saya, datang dari China. baik & supportive. mengingatkan saya pada manager saya masa di kilang Jepun dulu. setiap Jumaat kami akan ada kelas / perbincangan. best!!!
kadang2 kita tak tau nak tanya apa walaupun kita tau yang kita tak berapa tau sangat, tapi kalau kita boleh tanya satu soalan yang mudah, jawapan & penerangan yang kita dapat.. memang banyak. macam cotoh, saya tanya kenapa ada lubang kecil kat bawah chip, penerangannya sehingga menguji litar dengan multimeter!!!
jumaat minggu ni, dorang2 akan ke Tioman, company's annual trip untuk tahun ni. saya tak pergi lah sebab baru masuk..
so far so good..
No comments:
Post a Comment