Pages

Showing posts with label ahaks... Show all posts
Showing posts with label ahaks... Show all posts

Friday, March 4, 2011

ceriter kalakar : wardah & lif

pasni nak terus ke uitm ke?

a'ah, nak potostet sijil² ni dulu.

ok, gud luck

tenkiu²

.....

bang, boleh potostet?

takdelah kak, orang jaga potostet tu kluar tadi, kejap lagi kot..

takpelah saya tunggu

...

kak, ni pototstetkan 1 salinan ye

ok, RM 1.90

kak, boleh tak saya guna stepler?

gunalah

time kasih kak
......

erm.. macam mane eh nak gi engineering complex nih?
encik, camane nak gi engineering complex?

erm.. bangunan S&T ke?

ntahler, agaknyelah kot

ok, awak straight pastu masuk kiri kat bas tu pastu nanti ke depan lagi masuk kiri

ok, terima kasih

encik, tumpang tanye, mane bangunan engineering complex?

tu, yang tinggi tu. tapi situ takleh parking. tapi kalau palang rosak, boleh lah awak masuk.

owh yeke.. takpe, terima kasih

...

uih.. palang rosak lah!!
eh ade pulak tempat kosong, alhamdulillah
betul lah nih, bangunan tinggi, prof tu duk tingkat 17..
...
naik lif..naik lif.. eh..pelik pulak lif nh.. cemane nak naik lif nih?
erm.. tunggu lah sesape nak naik jugak
...
eh tengok mamat ni buat..
owh.. tekan nombor tingkat yang kita nak gi rupenye..
hehe..17
...
haaa... sampai jugak tingkat 17. arm.. carik bilik nombar 10..
nombor 10..nombor 10...

Assalamualaikum Prof, saya Wardah yang email nak datang harini tuh

Waalaikumslaam, masuklah. kejap ye.

Ok, boleh saya duduk?

duduklah.

bla...bla..
bla...bla..

Ok Prof, teima kasih banyak² ye, Assalamualaikum
Waalaikumsalam

...

turun lif pulak.. hmm.. tekan 0
eh..apesal keluar "??" pulak. skali lagi, 1 pulak.. 1
"??" jugak? mungkin nak 2 digit kot? tekan 01
eh "??" jugak? tekan 2 pulak.. same jugak. alamak, macam mane nak turun nih??? takkan tangga kot, ni tingkat 17!!!

erm, cuba turun sket² lah.. tekan tingkat 11. eh, buleh lah..
ha.. berjaya sampai ke 11. syukur alhamdulillah. cuak gak haku nih.
turun lagi.. tekan 9 pulak..hmm.. lambat pulak pintu nih bukak

haaa!!! ape pulak prof nih buat dalam lif nih??? aduyai!! malu plak

hmm.. dah siap ke dokumen kamu?

aa,, dah..dah prof.. tinggal wang pos tu jek,

ha, jangan lupa wang pos tu

baik

.......fuh, nasib baik prof turun tingkat 10

kite sudah sampai tgkt 9, sila kluar untuk tekan² nombor
sekarang nak turun sampai 3 pulak..

tekan 3
eh boleh lah!!! yes, masuk dan kita akan sampai ke bawah
pintu lif nak terbuka dah, pasni nak turun berapa pulak eh?

eh???? ni tempat haku masuk tadi ni? maksudnye.. ni bukan tingkat 0 @ 1???

kompius... nasib baik tak turun ngan tangga

Monday, December 14, 2009

memancing di tasik


seminggu bercuti kat lenggeng (business trip sebenarnye hehe) sempat lah jugak gi memancing..

ni baru tunjuk sekor ikan.. ade 3 lagi yang tidak disiarkan.

cantik jugak kawasan tu, tasik pon luas, kalau agak² nak berkayak pon sesuai rasenye.

tertulis pasalkayak ni, bebaru ni, adik saya baru habis "misi" 4 tahun kat UMP, kira²nya pas ni g praktikal pastu konvolah..ape lagi, habis dia angkut penuh 1 kereta barang², dan termasuklah ade 3 pasang life jacket + padle kayak.

Saje jek..mintak 1 lifejacket sebab nampak mcm best jek.. dia tanye nak wat ape? kata saya nak bawak gi mandi sungai, dia kata mane ade orang gi mandi sungai pakai life jacket hahahaha...
eleh..kudukutlah tu huhuhu.. yelah mane tau nak gi tioman ke..karambunai ke..pulau sipadan ke kan hahaha.. jauhnye berangan, eh tu impian.

takpe², nanti kita beli siap ngan kaki itik skali baru tau heeeeee.........

Tuesday, November 3, 2009

Dragon - The Myth?


ahaks.. tengoklah gambor nih. Agak² kenal tak ? erm... ni kategori mutasi gen ke kecacatan nih hah..? macam naga pon ade jugak hehe..

Tuesday, October 27, 2009

Antara Melayu dan Jawi

Kali ni cerita yang agak serius sikit. Isu Melayu dan tulisan Jawi.
Teringat pada satu insiden yang agak mencabar minda dan perasaan.

Mase tu masih lagi bekerja di Shah Alam, satu hari, ada sesi penerangan & perbincangan dengan manager (supplier) dari Hong Kong tentang produk baru. Sesi tu dihadiri oleh seorang wakil dari Hong Kong dan 4 orang wakil dari syarikat kami, dan saya adalah satu-satunya wakil perempuan merangkap satu-satunya Melayu. Jadi keseluruhan perbincangan berlaku dalam dwi-bahasa, Inggeris dan bahasa Cina. (yang pastinya saya cuma faham 1 channel hehe)

Seminggu selepas itu, giliran syarikat kami pula untuk menerangkan pada pelanggan. Sebelum pelanggan tiba, kami perlu buat "software-hardware-actual testing" atau yang biasa dalam buku kita panggil alpha-testing. Untuk tugasan tu, saya + seorang wakil dari pihak supplier akan bertanggungjawab.Memandangkan perisian tersebut masih lagi salinan yang asal, tulisan dalam bahasa cina, saya memilih untuk buat demo bahagian fungsi & aplikasi manakala menyerahkan tugas penerangan bahagian interface saya serahkan kepada teman sepasukan yang berbangsa cina.

Tapi katanya dia pun tak faham nak baca, kata saya, " haiyyaa... u kan chinese, takkan tak boleh baca tu.."? dan jawapannya begini.." i tak pandai baca, tulisan cina banyak suku-kata. ala, macam Melayu pun bukan semua pandai baca Jawi.." huh.. agak memalukan jugak lah rasenye kena sound direct camtuh. tapi pastu saya jawab smula " i know to read Jawi maaaaa.." hahaha..
last² kitorang masuk opis carik sesape yang buleh baca tulisan kat interface tuh

Friday, October 23, 2009


Ok sesuai ke baju nih? Macam ok, kaler purple , sesuai ngan logo nye yang bertemakan ungu-merah-kuning.
Sebenarnye tengah survey² nak carik baju untuk wat sut company, kasi taruk logo..

Ni "cuba-try-test-amik gambar" tapi tak beli pon hehehe..
sebab bajet haritu nak beli menda lain dulu. Window shoping lah kunun²...










macam logo yang nih, ni cubaan kali pertama sulam logo kat jaket lama.
not bad... handy-made, jimat belanja.

Wednesday, September 30, 2009

Pecopet Biologi


Ha!!!! inilah dia gerangan pencopet a.k.a penyerang hendap kat kolam ikan keli belakang umah haku ni. Berjaya diberkas oleh encik Amir Nazri di suatu hari ketika sedang membuat percubaan serang hendap. Saiznya seperti seekor ayam dewasa dan bersifat seperti pengganas kejam.
Setelah diberkas dan didera secara mental, pencopet ini telah dibebaskan semula kerana takleh nak dibuat lauk pon...kalau tak.. memang jadi lauk dah dia nih.

Wednesday, September 2, 2009

spesis baru ke?

















Nampak macam buah jambu air jek kan, cuma warna lain sket. tapi sebenarnya ni gambar cili. tak pastilah cili spesis baru @ cili mutasi gen-X.
Pokok² kat situ memang rapat² & bersilang² tapi tu memang buah daripada pokok cili. Tak percaya??? Percayalah..

sepatutnya apa ya..??

Tertulis di papan tanda ni "DILARANG LETAK KASUT DI SINI". ya iyya.. memang berkesan arahan ni sebab memang takde orang letak kasut kat ruangan tu. hahahaha... tapi takleh lah orang nak parking kereta. Ni ambik gambar kat satu masjid mase singgah nak solat, dalam perjalanan dari n9 ke pahang