Pages

Showing posts with label sweater. Show all posts
Showing posts with label sweater. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Red Cardigan - Part 2

Akhirnye!!.. Alhamdulillah siap sudah 

Ni masa tengah buat hood kepala, belum sambung bahagian lengan lagi..




Tadaa...!! 
Warnanya lain sket sebab satu ambik gambar siang, satu ambik gambar malam.

Ni bahagian Belakang & Depan...





Bahagian depan ni, biasenye orang letak butang atau zip, tadi memang tak nak butang, jadi letak macam "tali" jeklah..jahit dengan butang kancing yang besar diameter lebih kurang 1.5cm

Memandangkan ni pertama kali buat, saya rasa memang banyak perkara² yang boleh ditambah baik di masa akan datang, contohnye macam - pas ni kalau nak buat baju lain pulak, buat guna jarum yang lebih kecil, nampak lebih kemas dan cantik, kurang sket lubang²nye..
pastu boleh tambah lebih item mcm lebih byk cable atau motif² yang cantik.

Kata hasben saya, takpe,..ni kan first time, yg penting pasni dah tau macam mane nak buat.
Yes!, betul tu hehe ----> nak sedapkan hati

Pasni nak buat untuk "1st customer", sape lagi.. cik abe saye lah hehehe..

Wednesday, August 27, 2014

Red Cardigan - Part 1

Alkisahnya.. nak buat sweater/cardigan dengan mengait jarum dua - atau bahasa omputih nya- knitting

Kenapa warna merah? hmmm.. tu pilihan cik abang , senang nak carik kalau hilang dalam pasaraya kot? heee....

Ok, ni barang² keperluan (selain benang)



Ni pelan pembuatan - betul kot namanya

Ni baru pelan untuk bahagian badan sahaja, saiz saya erm.. S atau M lah kot.
Labuh baju ni kira² 23"
Untuk bahagian tangan, nanti bersambung bahagian kedua
Perkara penting dalam gambar ni adalah ukuran/saiz yang kita nak, dengan bilangan stitches (st)
 

bahagian depan baju. - nanti letak butang kat tengah²
setiap kiri dan kanan = 40 stitches

Yang tanda pangkah² tu konon²nya untuk buat cable.
Untuk bahagian depan ni, gunakan cara knit (K) dan purl (P)
Untuk buat cable, guna cara knit (K) , purl (P) dan Cable 8 Back (C8B) 

Mulakan dari bawah, 
1. 40 stitches
2. 13 rows - Knit (Front & Back) - ukur buat untuk 2"
3. Front = Knit, Back = Purl, C8B  -  ukur, buat untuk 14" dari atas 13 rows tadi

ni schematic block untuk cable:




map kan ke kiraan dalam gambar kat bawah ni, 2-8-2 


ok, 2 gambar kat bawah ni, adalah kiraan stitches untuk buat bahagian depan baju, kiri dan kanan.

Perhatikan,
2 - 8 - 2 ==> cable block 
Left side   =  13 - 2 - 8 - 2 - 15 
Right side = 15 - 2 - 8 - 2 - 13




 



bahagian belakang baju - yang ni buat simple jek, takde ape² corak atau cable
Cuma guna cara knit (K) dan purl (P)
Lain kali upgrade sket design =)


Mulakan dari bawah,
1. 80 stitches
2. 13 rows - Knit (Front & Back) - ukur, buat untuk 2"
3. Front = Knit, Back = Purl - ukur, buat untuk 14" dari atas 13 rows tadi

Untuk keseluruhan projek ni, gunakan benang 2 lapis macam ni:

Untuk saiz jarum,
Lagi kecik saiz jarum, hasilnya lebih cantik, halus dan kemas, tapi lambat siap.

Untuk projek ni, saya nak cepat siap =)
Guna jarum saiz ni:

Ni lah bahagian depan baju, kiri dan kanan.
Masih belum siap sepenuhnya.


Yang nampak macam berpintal² tu lah yang kita panggil sebagai cable
Bukan orang elektrik jek ade cable  ok! 

Sebenarnya ada banyak knitting cable pattern yang lain.
Yang ni kira paling mudah lah..

Jom buat sama² (",)