Pages

Tuesday, September 7, 2010

Rahmat Allah Tuhan Sekalian Alam

Ramadhan semakin meninggalkan kita.. Mungkinkah masih ada peluang untuk kita bertemu Ramadhan skali lagi..?

Semalam, ada ceramah pendek diantara solat terawih di masjid kampung saya. Qadhi dari daerah Maran datang, sekaligus sama² dalam majlis khatam Al-Quran pada sebelah petangnya.

Antara isi ceramah semalam, tentang hak² dan tanggungjawab isteri kepada suami. Kata ustaz, ada suatu ketika, Rasulullah pernah bersabda seandainya seorang isteri merawat kaki suaminya yang bernanah dengan lidah sekalipun, masih belum lagi memenuhi hak seorang suami. Subhanallah..

Wahai kawan² perempuan & lelaki, suami² & isteri²..
Mari kita sama² fikirkan apakah hikmah sebenarnya disebalik semua ini. Kepada isteri², janganlah bersedih hati, dan para suami, jangan cepat berbangga diri.

Dalam Al-Quran sememangnya ada menyatakan bahawa lelaki² adalah pemimpin kepada kaum perempuan atas apa yang telah dibelanjakan. Fikirkan sejenak..

Sebaik sahaja bergelar isteri, sememangnya tanggungjawab & ketaatan (selain perkara maksiat & dosa) seorang wanita hanya untuk suaminya. Ketaatan yang tidak berbelah bahagi itu nanti adalah suatu pemberian sebagai pertukaran dengan apa yang akan seorang isteri terima dari suaminya.

Seringkali kita mendengar, saat isu² begini didebatkan, maka akan keluar lah amaran bahawa isteri derhaka tidak akan cium bau syurga. Betul, memang betul. Tetapi, jangan sampai ianya ditafsir dengan mudah mengikut nafsu kerana Islam itu adil.

Tak perlu ada sebarang perdebatan, siapa yang hebat dan berkuasa atau siapa yang tertindas dalam hal ketaatan 100% dari isteri kepada suami, dari pengikut kepada pemimpin. Saya bimbang, kita selalu memandang keingkaran para pengikut semata² tanpa mengambil kira tanggungjawab seorang pemimpin.

Kepada isteri²,
Jangan berfikiran negatif, Allah tidak merendahkan kita kerana kewajipan mentaati itu. Setiap manusia ada tugasan mengikut fitrah dan kejadian masing². Banyak rahmat, kemudahan & kelebihan yang Allah peruntukkan khas buat wanita² kalau kita belajar & faham. Betul.

Kepada suami²,
Ketaatan dari isteri bukan lah satu pengabadian yang hakiki & bukan juga satu alasan mudah untuk golongan suami berbesar hati & bersenang-lenang. Luangkan sedikit masa untuk kita sama² fikir, apakah hikmah Allah mengurnikan darjat KETUA KELUARGA kepada sorang lelaki..?

Sebagai ketua, adalah menjadi tanggungjawab suami memelihara kaum keluarganya daripada api neraka. Saya kira itu bukan satu tugasa yang mudah, lagi² untuk melaksanakannya secara amali. Sekiranya ketua rela ahli keluarganya yang melakukan maksiat, ketua pun akan dapat sahamnya sekali. Kalau isteri & anak² tak solat, tak menutup aurat dan sebagainya, wajarkah seorang suami masih berasa senang hati..? Lautan api sanggup direnangi katanya. Ingat, sunnah Rasulullah s.a.w bukan hanya dalam bab poligami.

Begitu juga dalam soal nafkah & harta. Ketua wajib memberikan nafkah zahir & batin. Tidak berhak seorang suami mengambil harta milik isteri tapi isteri punyai hak pada bahagian harta suami. Kerana itu juga lah mengapa pembahagian harta pusaka dalam Islam di antara lelaki & perempuan ada bezanya, kerana ADIL itu bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. Perlu diperhatikan juga adalah selain nafkah lahiriah (nafkah zahir), suami jugak bertanggungjawab dalam memberikan nafkah batin yang mana juga meliputi bab² pendidikan. Kalau isteri & anak² tak pandai solat, suami kena ajar. tapi kalau 2-2 tak pandai...? belajarlah dengan yang arif. Memukul isteri sewenang² juga bukanlah hak seorang suami. Mendidik perlu ada adabnya, bukankah Islam itu indah..?

Jika seorang suami keluar berjihad, berusaha & bekerja (yang betul² punye), dan isteri redha akan hal itu, insyaAllah, isteri pun boleh dapat pahala suaminya tu. Cantik kan..?

Terlalu banyak perkara² timbal balik di antara suami & isteri. Give & take gitu.

Buat sahabat²ku wanita & isteri solehah, marilah kita sama² berusaha untuk taat kepada ALLAH, RASUL & SUAMI, sesungguhnya ada syurga yang dijanjikan insyaAllah..

Buat sahabat² lelaki & suami soleh yang mendambakan redha Allah & Rasul, ketaatan dari isteri bukanlah sofa empuk yang melenakan tetapi lebih kepada amanah & tanggungjawab yang berat. Takkan ada benda yang kita dapat percuma tanpa perlu memberikan sesuatu. Keruntuhan ummah sejagat bermula dari keruntuhan sebuah organisasi kecil yang bernama keluarga, dan andalah ketuanya.

tidak dijadikan wanita itu dari kepala untuk menguasai
dan bukan pula dari kaki untuk ditindas
bahkan dijadikan dari rusuk sebelah kiri
yang dekat di tangan untuk dilindungi
dan dekat dihati untuk disayangi

No comments:

Post a Comment