Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah lah yang terbaik. Selalu kita fikir "kalau lah.." itu dan ini. Padahal Allah dah susun semuanya tapi mungkin kita tak nampak apa hikmahnya.
Dan kalau di persimpangan dilema. Apa yang berlaku tak mengikut perancangan, perlukah kita mengambil satu tindakan yang drastik dan besar dalam hidup? Doa kita setiap hari agar diberikan petunjuk jalan yang lurus, jalan orang² yang diberi nikmat bukan yang Allah murkai. Inikah jalan yang sebenarnya?
Banyak perkara yang telah difikirkan & ditimbang² dengan sewajarnya. Memang benar inilah jalannya. Tapi sudah pasti memerlukan keberanian & kekuatan untuk melaksanakannya serta bersedia menghadapi apa saja yang akan datang.
Saat kita berdoa memohon kuatkan iman, Dia kurniakan dugaan kerana ujian yang akan menentukan kuatkah iman kita. Dan kita memohon kejayaan, bersedialah kita menghadapi jalan² berliku supaya nanti kita dapat rasai nikmatnya sebuah kejayaan. Allah Maha Pengasih & Penyayang, tidak akan 'meninggalkan' kita selagi kita berpegang pada tali-NYA. Semoga dalam limpahan kurnia & rahmatNya ada petunjuk buat kita dalam menghadapi cabara hidup. Amin.
No comments:
Post a Comment