Pages

Thursday, June 30, 2011

kembali sekolah 2

3 minggu saya bercuti sambil belajar. kalau macam tu, bukanlah nama cuti kan?

Embedded Linux.

sebelum ni memang tak pernah guna Linux. Sekarang rasa macam 'best' pulak, walaupun nak jadi pakar tu lambat lagi lah.

Dapat pulak 'trainer' yang memang 'best'. Rugi kalau tertinggal kelas. Banyak yang nak kena belajar tapi masa sikit jek. Kalau jadik, fuhh!!!

Saturday, June 18, 2011

kerja di hujung minggu

lama dah rasanya tak bercuti di hujung minggu kat rumah. minggu ni, memang dapat dok rumah tapi ada kerja yang nak dibuat. takpe, nak tambah pendapatan sket..

minggu ni punya plan, siapkan tempahan burger ikan keli. target : dalam 10 bungkus untuk pemborong tetap + 1 bungkus untuk hari kantin sekolah abah. tadi dah mula proses nampak macam dapat lebih daripada target. Alhamdulillah.. kalau sempat siapkan semua, kami ingat nak hantar esok. malas pulak nak jalan jauh malam2 hari kerja..penat.

minggu depan pula, siapkan tempahan gubahan coklat untuk hantaran pertunangan kawan Anita. nak tema warna putih + pink. barang2 dah siap beli. harap dapat mimpi idea yang chantek!!! hahaha.. boleh ke camtuh. alah, kira boleh lah.

dalam bulan nih, semua tempahan edible image terpaksa ditolak memandangkan 'printer' nak maintenance. harap semua para pelanggan bersabar ye.. bulan depan, kami akan buat semula, insyaAllah..

kali ni, saya nak tulis satu quote yang menarik, (takde kaitan dengan post saya pun):

"TEAM WORK is to give and take
GIVE too much without TAKE, you can be exhausted
TAKE too much without GIVE, you should feel useless "

kembali ke sekolah!!!

Setelah masuk kerja 2 minggu, minggu depan saya akan kembali ke SHRDC untuk meghadiri kelas Friendly-ARM. Alhamdlillah pihak syarikat & SHRDC dah bagi kebenaran untuk saya masuk kelas.
Best!!!


Pengalaman kerja 2 minggu nih..
R&D Engineer
perlu berurusan dengan hardware & software. Memang menarik. Menulis source code ke uController. Harap kelas 3minggu nih akan memberi manfaat memandangkan saya telah diberi tugasan untuk menyertai projek baru yang menggunakan ARM.
Oh yeah!!

Tuesday, June 14, 2011

kerja

Sehari selepas kelas Power Interview, saya telah hadir ke satu interview di Shah Alam. Niat saya nak cari tempat untuk OJT nanti.

Interview tu ada 2 sesi. yang pertama dengan technical team dan yang kedua dengan pihak pengurusan.

Sebelum interview, saya perlu menjawab soalan-soalan berkaitan hardware design dan C Programming. semua sekali ada 11 soalan, dalam masa 1 jam. Terima kasih pada instructor2 C Programming!!!

interview masa 1st round tu ok jek, terus sambung ke 2nd round, pun macam ok. Tiba2 interviewer tu tanya bila boleh mula kerja? o'o...

saya terangkan kepada beliau, saya masih menjalani kursus di SHRDC, dan masih ade main project yang belum saya buat. saya tunjukkan jadual kelas. saya sayang nak tinggalkan program INSEP sekerat jalan, sebab dulu pun saya sanggup resign sebab nak masuk INSEP. Tapi dalam masa yang sama, saya minat juga dengan offer nih. R&D Engineer.. post yang dah lama saya nak. Tapi macam yang Mdm Christine bagi tau, entry level mungkin susah nak masuk. Sekarang tawaran depan mata.

Saya dalam dilema...

Interviewer gi bincang dengan MD, dan keputusannya, mereka benarkan saya hadir ke kelas dengan syarat saya mesti lapor diri pada 6/6. Kalaulah saya ada jadual kelas sampai habis INSEP, mungkin kah akan dapat hadir lebih banyak kelas..? saya tak pasti..

mereka bagi saya masa untuk fikir dan buat keputusan. saya duduk dalam bilik inteview tu dan fikir.. nak terima ke tak..

banyak menda nak difikir dalam masa yang singkat..
tapi bila teringat kelas power interview, masa interview ngan kawan2,...
bukan senang juga orang nak terima marital status : married macam saya. pernah jugak kena reject!!
lagipun bidang kerja yang ditawarkan memang minat saya.
maka saya terima tawaran kerja nih..
dan surat tawaran kerja terus diserahkan pada saya.

keluar dari interview, saya terus ke SHRDC untuk selesaikan hal ni. saya nak minta jadual penuh dari penyelia program. tapi tak dapat lagi.. saya datang lagi esoknya tapi person incharge ada mesyuarat di luar kawasan. hari Jumaat, saya datang ke kelas dan jumpa terus dengan pengurus, Alhamdulillah dia benarkan saya hadir semula ke kelas.. terima kasih Ms.Soo Lan!! (fact : she said : you get the job? good!!)

sekarang masuk minggu kedua saya bekerja. HOD saya, datang dari China. baik & supportive. mengingatkan saya pada manager saya masa di kilang Jepun dulu. setiap Jumaat kami akan ada kelas / perbincangan. best!!!
kadang2 kita tak tau nak tanya apa walaupun kita tau yang kita tak berapa tau sangat, tapi kalau kita boleh tanya satu soalan yang mudah, jawapan & penerangan yang kita dapat.. memang banyak. macam cotoh, saya tanya kenapa ada lubang kecil kat bawah chip, penerangannya sehingga menguji litar dengan multimeter!!!

jumaat minggu ni, dorang2 akan ke Tioman, company's annual trip untuk tahun ni. saya tak pergi lah sebab baru masuk..

so far so good..

Thursday, June 2, 2011

Power Interview Module

Power Interview - a very useful & nice module conducted by Christine Vaz, who is the person with passion in what she's doing. I like the module, I like the instructor, and for additional - i like her voice!. I'm strongly recommend her for effective and wonderful soft-skill trainings experiences.

This 3 days module conducted both in theoretical and practical approaches. How to build the power resume, how to handle interview session, groom for interview and so on. Final day activity was mock-interview. Of course it is literally a "mock" because we did it among classmate, but the feeling and experience can help us a lot in the real interview, with condition : if we really took part and made it with full-heart.

The next day after completed this module, I managed to arrange an interview. Power interview really burst the power after all.

I emailed her to inform the result and to encourage her passion further more.

here some personal profile about the instructor that i found on internet.

http://www.aimtsb.com/speakers.htm#Christine%20Vaz