hari ni hari Rabu. Pagi Rabu.
Hari ke-3 saya kat Thailand..
Departure & Touch Down - Air Asia
Hari Isnin, jam 8.25 pagi - tu kalau mengikut jadual lah..
tapi the exact take off time lebih kurang kul 9 pagi. Sebab mula2 tu ade beberapa orang yang tak jadik naik kapal terbang, tapi beg dorang dah masuk kargo. Jadi nye krew2 kena keluarkan semula beg dorang. Dah ambik masa lebih kurang 15 minit.Pastu, kapal terbang kena beratur pulak untuk guna landasan - tambah lagi 15 minit.. Takpe.. saya pun takde nak kejar ape2 pun.
Rupa2nya saya tak berseorangan dalam trip ni. Ade beberapa orang lagi dari department lain. Alhamdulillah.. Dalam penerbangan ke Thailand, saya dihidangkan nasik lemak sedap. Terima kasih travel admin =) hehehe
Keseluruhan penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Errr.. nasib baik ..kalau lama lagi mungkin nasik lemk saya terkeluar smula. pening rasa nak muntah huhu.. maklumlah jarang sangat naik kapal terbang..
Sampai jek kat lapangan terbang Don Mueang, saya ikut jek orang lain carik laluan keluar.
Pastu nampak pakcik driver pegang signboard nama company. Alhamdulillah.. senang2..
Cuma peluang nak berkomunikasi ngan dorang kurang sket.
Terus masuk kerja
Dari lapangan terbang, kami terus dihantar ke kilang sekali dengan bag. Biaselah tu. SImpan dalam locker dan.. masuk lab. Sampai jek, kawan dari Thailand tanye, tak takut ke naik kapal terbang, maklumlah sekarang ni tengah hangat pasal MH370 yang masih belum dijumpai..sudahsebulan.
Makanan
Dalam lab tu, cuma ada seorang kawan yang beragama Islam. Jadi waktu makan dia lah yang tunjuk kat mane boleh dapatkan makanan halal. Penat, pening dan lapar, saya pilih menu paling mudah - Nasik Ayam. Tapi nasiknye rase manis!!!?? Supnyepun rase manis.
Saya tanya ngan dorang, memang macamni ke rasa nasik ayam kat Thailand. Dorang kata - tak, sila lupakan rasa ini,esok kami tunjukkan nasik ayam yang ok. (Yeah, memang dorang bawak ke tempat lain - nasik ayam "normal" pada hari ke-2)
Waktu malam saya ke shopping mall yang berdekatan. Beli roti dan susu jek, Alhamdulillah, cukup bagus. Makan..solat dan tidur. Secara keseluruhannya, kurang pilihan makanan halal di Bangkok. Atau mungkin saya tak pandai carik? hehe..
Solat
Waktu kat sini sejam awal dari Malaysia. Tapi suasana nya sama jek..
Contoh 7 pagi Thailand = 8 pagi Malaysia. Tahap matahari naik pun sama. Jadi, waktu solat akan awal sejam. Contohnye Maghrib di Malaysia - 7.30 malam, Thailand/Bangkok - 6.30 petang. Senang faham kan..?
Kat kilang saya kerja tu, Alhamdulillah ade disediakan tempat solat. Kalau nak yang besar kena jalan jauh sket ke bangunan lain. Kalau nak dekat, ade 1 bilik solat kecik yang kena guna gilir2, lelaki ngan perempuan. Takpe, boleh saje.
Tandas
Haaa... Setakat ni, nilah perkara yang perlukan major adjustment hahahah!!! Tandas duduk (yang ni biase mcm kat Malaysia) + tapi takde paip air langsung!!! errghhhhh!!!
hahaha.. kata kawan saya : That's included in 101 Travel Tips
Girls Night
Malam tadi saya keluar ngan salah seorang engineer kat sini. Kami berdua jek. Tujuan asal nak jalan2, makan,cuci mata kat shopping mall. Tapi asyik berborak dengan english yang "hebat", akhirnya sempat makan jek. Nanti malam ni saya gi tengok sendiri Naraya Handbag.
Ingat tak senarai yang saya tunjuk dalam post sebelum ni hehe..
Ann, khap kun ka.. for the treat and chit chat. I wish I can help you by show the right path - If only u know what I mean.. Your kindness and hospitality is great!
Oklah, masa untuk sarapan!.
InsyaAllah sambung nanti =)
-Wardah-
No comments:
Post a Comment