Pages

Wednesday, April 7, 2010

Bengkel Pemprosesan Aflah Kitchen a.k.a KITCHEN


Harini (7 - April 2010) telah dijalankan 1 gotong-royong membasuh premis hehe..

Alhamdulillah akhirnya siap jugak kilang kecik Aflah Kitchen. Tapi ni baru bengkel kosong jek, belum masuk ape² isi lagi. Tengah menunggu suntikan dana hehe..ntah bila ntah lah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Rancangannye di peringkat awal ni, majlis bacaan Yaasin sebagai permulaan sebelum "kitchen" kami mula beroperasi. InsyaAllah akan dirancangkan. Pekerja² yang ada baru bg borang, acik Yah depan umah yg sangat dedikasi + acik Nani yang banyak membantu selama ni. yang nak kerja ramai sangat, tapi kena lah pilih hati². Maklumlah, bisnes baru nak mengenal dunia nih. lagipun takdelah nak tawarkan gaji lumayan sebab tuan punya pun tak lumayan hehehe.. takpe², sekurang² dah boleh nak agih²kan rezeki kat orang lain kan.

nak carik pembantu kolam (lelaki) ngn pembantu dapur (pompuan). Yang ramai nak masuk kerja yang pompuan, makcik², akak² kat kampung nih. tapi yang laki belum jumpa calonnya. Belum buat iklan pon lagi hehe.. Kena dapatkan jugak assistant kolam tu, kesian kat cik awe donde kekandaku bekerja keras kat kolam tu sensorang. Harapkan tukang karang nih, sikit² boleh lah..hehe,..

Pas²ni nak g tempah papan tanda pulak. Meter elektrik & air dah pasang.. huh, tengok rate dia.. maklumlah kadar industri..fuh..berpeluh dingin

Sebenarnya dulu, kitorg tunggu bangunan industri (kilang) 4 pintu yg katanya dah plan nak bina kat kampung kitorg.. dah siap datang ukur tanah semua..pastu tunda sebab kata bajet hold, skali alih² rupe²nye dah dibina di Felda Chini,Pekan. Nasib baik lah kitorg tak tunggu sambil menangok. dalam kampung ni pon ade beberapa orang pengusaha yang menantikan bangunan tu, siap dah ura² tempah nak bahagi² lot yang mane. Yelah..bukan rezeki kita lah kot, sabar ye, pakcik, Memanglah kalau dah namanya usahawan, tidaklah kita menunggu² huluran tangan orang, tapi bila dah macam ye ye jek, mesti kita pon plan tanak lepaskan peluang kan..isk.. hahaha..

Biar pon kecik & tak secanggih mana, asalkan ade yang sendiri kira Alhamdulillah..dapat jugak beroperasi.

Saya dah bayangkan, Pagi², pakai cantik² kemas², panas enjin kereta selama 2 minit, pastu matikan semula, dan berjalan kaki ke kilang untuk memulakan kerja.. tiada traffic jammed, tiada bayaran tol hahaha... Indahnya duniaku <---- amiiin!!!!

Sijil Kursus Pengendali Makanan dah ade, tinggal nak g amik obat & buat kad kesihatan. Pastu boleh lah terima tempahan & kembali sibuk semula.

SOP dalam 80% siap, tunggu mesin² masuk dulu, surat tawaran kerja dah siap karang, lagi..dan lagi..dan lagi... <--- banyak jugak

Terima kasih jugak kat ex-employers dulu², banyak pengalaman yg boleh kitorg gunakan.
Terima kasih kat ummi & abah, (yg bab KPF tu nnti kira eh hehehe)

SIMEX 2010

Minggu lepas, kami diminta pergi ke Simposium & Ekspo Usahawan FELDA. Erm.. name macam menarik tak secara peribadi ianya tidaklah memenuhi tanggapan mudah saya.

Saya kira program ni agak besar (seharusnya), tambahan pula dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, secara logiknya dan seharusnya program ini pasti dirancang awal, tapi saya pelik kenapa kami, peserta² dimaklumkan "last minute". Ni hasil cerita² ramai peserta lah: Itu jam baru bg tau kena gi program, itu jam baru tau suruh bawak produk (bukak meja jualan), kena pulak bayar RM350.00 (padahal kami² jek ade kat situ pon, takde org lalu lalang). Pastu yang lagi pelik, memandangkan program tersebut berjalan selama 2 hari, pihak penganjur telah menyediakan penginapan bagi peserta. Tapi malang bagi kebanyakan peserta, cuma tau yang penginapan disediakan setelah berada di dalam dewan seminar. Camner nak tidor kat situ..? beg baju takde bawak.. kalau peserta lelaki mungkin lah boleh kot..tapi kalau peserta pompuan dengan aneka mak nenek segala macam keperluan..? dan lebih penting, takkan tetiba telefon suami @ keluarga masing² kata tak jadi balik harini, tidor kat kuantan..tak ke jadi isu pulak pasni..? Jadi, ramai yang balik semula ke rumah masing² & datang semula esok hari, menyebabkan program lambat dimulakan, maklumlah sekarang Kuantan pun traffic jammed huhu.. Ktorg pun balik jugak sebab kebetulan persatuan belia ade nak buat program, kena belikan barang² keperluan + sediakan backdrop program.

Pada pendapat saya, program² yang diatur mestilah dimaklumkan awal kepada peserta. Sebagai golongan usahawan, logiknya kami punya perancangan aktiviti sendiri, janganlah kerana namanya bernaung di bawah 1 organisasi tersohor, maka semudahnya diarahkan ke sana-sini, ini bukan masalah cabaran berniaga, ini masalah pengurusan.

Ok dah melepaskan perasaan dah.

Secara amnya, pengisian program ini memang bagus,kira²nya memberi peluang dan ruang untuk bersemuka dengan agensi² terlibat. Selebihnya bergantung kepada cara penyampaian dan penerimaan setiap individu.

Yang bagusnya lagi, program ini akan terus dilaksanakan sebagai program tahunan. Harapnya mungkin akan ade penambahbaikan dari aspek pemilihan lokasi, barulah berbaloi nak wat jualan. Kesimpulannya, terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah melaksanakan program ini. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan, InsyaAllah.

Majlis Perasmian, dirasmikan oleh YB Dato' Tan Aminuddin












Antara ahli panel yang telah dijemput. Banyak memberi maklumat dan input berguna kepada semua peserta. Terima kasih kepada agensi² yang terlibat.










Peserta² SIMEX 2010














Perasmian penutup disempurnakan oleh Pengurus Besar Wilayah (Kuantan) Felda

Tuesday, April 6, 2010

ceritera di kampung

Semenjak terjebak dengan persatuan belia kat sini, maka saya pun telah kembali ke rutin seperti dolu² kala... apalagi kalau buka meeting @ mesyuarat. tak kiralah mesyuarat bulanan mahupun mesyuarat program. Program? hahaha.. masih menganjurkan program. Cuma mungkin genre nya agak berbeza, antara dulu dengan yang sekarang.

Dek kerana ahli² belia memang masing² ade komitmen kerja di waktu siang, makanya semua mesyuarat akan dijalankan pada waktu malam. Cuba bayangkan, kalau dah namanya pon mesyuarat, pasti ada yang suka bercakap² dan bercakap².. Fenomenanya sama kat mane² pon, gitulah. Kebanyakan mesyuarat akan tamat selepas waktu bergerak berganti hari. Syukurnya saya gi dengan bodyguard merangkap driver yg dedikasi huhuhu.. yang jugak terlibat secara langsung dengan pertubuhan ini.

Teringat satu ketika dulu bila mesyuarat tamat lebih kurang jam 3.00pagi. Aduhai rasa macam dah melayang², maklumlah cindelalok.. tepat jam 12.00 slalu dah tidor..tak kesah lah esok ade exam ke..presentation ke..

zaman kerja pulak lagi teruk.. kalau agak² takde rancangan menarik kat TV.. awallah berlayar. tapi bila dah kerja sendiri ni, memang tak tentu. Kalau kena ade order...siap lah.. tapi kira ok lah, takde org nk marah², agak² esok ngantuk sangat, tidor jelah hahaha..boleh gitu?

berbalik kpd criter persatuan, rupe² MBFM Cawangan Lepar hilir 2 ni ade pulak main BUkuMuka = Facebook, Tak sangka hehee.. de jugak yg rajin jd admin nak ambik hirau. Kalau harapkan si WArdah ni memang lah lambat lagi. ramia jugak dalam tu. Tapi alang² dah ade, saya bukak lah 1 topik dalam uh, kira ambik bahagian jugak lah.

Teringat masa mula² grad dulu, ade buat draf untuk bukak CC kat kampung ni, tapi mmg tak kesampaian sbb dok kerja jauh kan. sekarang ni rupenye dah ade yg ambik inisiatif ubtuk bukak CC, tahniah diucapkan. Baru² ni, tuan punye CC tu jugak merangkap AJK persatuan belia ade bertanya² pada kami, kalau² boleh menjadi tenaga pengajar kelas komputer. Pada kami, bukan 1 masalah yg besar, mmg boleh lah InsyaAllah.. tahun lepas kami jadi pembimbing kelas latih tubi untuk adik² UPSR. Alhamdulillah, dengar cerita % kelulusan menigkat sebanyak 17.74%. Not bad. ihak skolah pon semangat, jadik tahun ni, guru² skolah diminta mengajar kelas tambahan untuk tahun 5 & 6. tak semudah yang diceritakan. Kadang inspirasi & pandangan kita tak sama dengan orang lain, maka tersebarlah penyakit mulut berjangkit. Itu namanya cobaaaaan... memang tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Selagi perkara tu tak menyalahi syariat & undang².. pepandailah

Program yang terbaru, Kursus Pra-Perkahwinan Islam. Sambutannnye ok, cuma ape yg nk diceritakan adalah, peserta² semua mmg belum kahwin, majoritinya lepasan skolah. Bila penceramah² cerita..ade yang faham ade yg tak masuk kepala. Tapi bagi kami, AJK² yang sebilangannya dah berkahwin nih, memang tersengih² bila penceramah bercerita, maklumlah ade yang "terkena". kadang² memang ada masanya kita perlu ulangkaji, walaupun bukan perkara baru tapi sebagai peringatan dalam mengejar kebahagiaan hakiki.

Erm, banyak lagi nak diceritakan, maklumlah dah lame tak menulis blog. Coming next: pasal seminar @ SIMEX 2010

Saturday, April 3, 2010

mengumpul dana untuk membeli Al-Quran

Assalamualaikum.. sekarang saya sedang mengumpul kawan² yang ingin memberi sumbangan dana bagi membeli Al-Quran untuk kegunaan sekolah rendah saya, di Felda Lepar Hilir 2