Pages

Tuesday, April 6, 2010

ceritera di kampung

Semenjak terjebak dengan persatuan belia kat sini, maka saya pun telah kembali ke rutin seperti dolu² kala... apalagi kalau buka meeting @ mesyuarat. tak kiralah mesyuarat bulanan mahupun mesyuarat program. Program? hahaha.. masih menganjurkan program. Cuma mungkin genre nya agak berbeza, antara dulu dengan yang sekarang.

Dek kerana ahli² belia memang masing² ade komitmen kerja di waktu siang, makanya semua mesyuarat akan dijalankan pada waktu malam. Cuba bayangkan, kalau dah namanya pon mesyuarat, pasti ada yang suka bercakap² dan bercakap².. Fenomenanya sama kat mane² pon, gitulah. Kebanyakan mesyuarat akan tamat selepas waktu bergerak berganti hari. Syukurnya saya gi dengan bodyguard merangkap driver yg dedikasi huhuhu.. yang jugak terlibat secara langsung dengan pertubuhan ini.

Teringat satu ketika dulu bila mesyuarat tamat lebih kurang jam 3.00pagi. Aduhai rasa macam dah melayang², maklumlah cindelalok.. tepat jam 12.00 slalu dah tidor..tak kesah lah esok ade exam ke..presentation ke..

zaman kerja pulak lagi teruk.. kalau agak² takde rancangan menarik kat TV.. awallah berlayar. tapi bila dah kerja sendiri ni, memang tak tentu. Kalau kena ade order...siap lah.. tapi kira ok lah, takde org nk marah², agak² esok ngantuk sangat, tidor jelah hahaha..boleh gitu?

berbalik kpd criter persatuan, rupe² MBFM Cawangan Lepar hilir 2 ni ade pulak main BUkuMuka = Facebook, Tak sangka hehee.. de jugak yg rajin jd admin nak ambik hirau. Kalau harapkan si WArdah ni memang lah lambat lagi. ramia jugak dalam tu. Tapi alang² dah ade, saya bukak lah 1 topik dalam uh, kira ambik bahagian jugak lah.

Teringat masa mula² grad dulu, ade buat draf untuk bukak CC kat kampung ni, tapi mmg tak kesampaian sbb dok kerja jauh kan. sekarang ni rupenye dah ade yg ambik inisiatif ubtuk bukak CC, tahniah diucapkan. Baru² ni, tuan punye CC tu jugak merangkap AJK persatuan belia ade bertanya² pada kami, kalau² boleh menjadi tenaga pengajar kelas komputer. Pada kami, bukan 1 masalah yg besar, mmg boleh lah InsyaAllah.. tahun lepas kami jadi pembimbing kelas latih tubi untuk adik² UPSR. Alhamdulillah, dengar cerita % kelulusan menigkat sebanyak 17.74%. Not bad. ihak skolah pon semangat, jadik tahun ni, guru² skolah diminta mengajar kelas tambahan untuk tahun 5 & 6. tak semudah yang diceritakan. Kadang inspirasi & pandangan kita tak sama dengan orang lain, maka tersebarlah penyakit mulut berjangkit. Itu namanya cobaaaaan... memang tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Selagi perkara tu tak menyalahi syariat & undang².. pepandailah

Program yang terbaru, Kursus Pra-Perkahwinan Islam. Sambutannnye ok, cuma ape yg nk diceritakan adalah, peserta² semua mmg belum kahwin, majoritinya lepasan skolah. Bila penceramah² cerita..ade yang faham ade yg tak masuk kepala. Tapi bagi kami, AJK² yang sebilangannya dah berkahwin nih, memang tersengih² bila penceramah bercerita, maklumlah ade yang "terkena". kadang² memang ada masanya kita perlu ulangkaji, walaupun bukan perkara baru tapi sebagai peringatan dalam mengejar kebahagiaan hakiki.

Erm, banyak lagi nak diceritakan, maklumlah dah lame tak menulis blog. Coming next: pasal seminar @ SIMEX 2010

No comments:

Post a Comment