Minggu lepas, kami diminta pergi ke Simposium & Ekspo Usahawan FELDA. Erm.. name macam menarik tak secara peribadi ianya tidaklah memenuhi tanggapan mudah saya.
Saya kira program ni agak besar (seharusnya), tambahan pula dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, secara logiknya dan seharusnya program ini pasti dirancang awal, tapi saya pelik kenapa kami, peserta² dimaklumkan "last minute". Ni hasil cerita² ramai peserta lah: Itu jam baru bg tau kena gi program, itu jam baru tau suruh bawak produk (bukak meja jualan), kena pulak bayar RM350.00 (padahal kami² jek ade kat situ pon, takde org lalu lalang). Pastu yang lagi pelik, memandangkan program tersebut berjalan selama 2 hari, pihak penganjur telah menyediakan penginapan bagi peserta. Tapi malang bagi kebanyakan peserta, cuma tau yang penginapan disediakan setelah berada di dalam dewan seminar. Camner nak tidor kat situ..? beg baju takde bawak.. kalau peserta lelaki mungkin lah boleh kot..tapi kalau peserta pompuan dengan aneka mak nenek segala macam keperluan..? dan lebih penting, takkan tetiba telefon suami @ keluarga masing² kata tak jadi balik harini, tidor kat kuantan..tak ke jadi isu pulak pasni..? Jadi, ramai yang balik semula ke rumah masing² & datang semula esok hari, menyebabkan program lambat dimulakan, maklumlah sekarang Kuantan pun traffic jammed huhu.. Ktorg pun balik jugak sebab kebetulan persatuan belia ade nak buat program, kena belikan barang² keperluan + sediakan backdrop program.
Pada pendapat saya, program² yang diatur mestilah dimaklumkan awal kepada peserta. Sebagai golongan usahawan, logiknya kami punya perancangan aktiviti sendiri, janganlah kerana namanya bernaung di bawah 1 organisasi tersohor, maka semudahnya diarahkan ke sana-sini, ini bukan masalah cabaran berniaga, ini masalah pengurusan.
Ok dah melepaskan perasaan dah.
Secara amnya, pengisian program ini memang bagus,kira²nya memberi peluang dan ruang untuk bersemuka dengan agensi² terlibat. Selebihnya bergantung kepada cara penyampaian dan penerimaan setiap individu.
Yang bagusnya lagi, program ini akan terus dilaksanakan sebagai program tahunan. Harapnya mungkin akan ade penambahbaikan dari aspek pemilihan lokasi, barulah berbaloi nak wat jualan. Kesimpulannya, terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah melaksanakan program ini. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan, InsyaAllah.
Majlis Perasmian, dirasmikan oleh YB Dato' Tan Aminuddin
Antara ahli panel yang telah dijemput. Banyak memberi maklumat dan input berguna kepada semua peserta. Terima kasih kepada agensi² yang terlibat.
Peserta² SIMEX 2010
Perasmian penutup disempurnakan oleh Pengurus Besar Wilayah (Kuantan) Felda
No comments:
Post a Comment