Pages

Sunday, January 26, 2014

Betapa kita sungguh berbeza

Sungguh kita berbeza. Yang lahir kembar seiras pun ade beza. Hebatnya ciptaan Allah..
Sebab tu, kita tak boleh sentiasa anggap dan harap orang lain berfikir dan bertindak macam kita.

Saya nak kongsikan satu contoh mudah. Haritu ada attended satu training - Neuro Linguistic Programming (NLP). 

Apelah dia ni.. asyik programming jek.. hahaha..owh.. tidak..tidak.. kali ni bukan skeptikal punye programming okay!

Saya bukan nak cerita pasal NLP. Cuma ade salah satu segmen dalam training tu, kami kena buat satu eksperimen mudah :

1. Ambik sekeping kertas A4. Recycle paper pun boleh.
2. Lipat 2
3. Lipat 2 lagi
4. Koyakkan bahagian atas-kanan ( tear off the upper-right)
5. Bukak semula kertas A4.

Tadaa........ jom tengok ape kami dapat. Antaranya :







Haa..Arahannya mudah jek, tapi hasilnya lain², mungkin ada banyak yang lain dari ini jugak. Saya  hasilkan yang nombor 4. Jangan tanya apa maksud setiap ni sebab saya pun tak tau hehe.. Trainer tu tak terangkan detail. Cuma ini menunjukkan betapa kita mempunyai cara pemikiran yang berbeza.
Menarik kan.

Bagi yang berminat berkenaan NLP, boleh carik kat internet.
Baca jugak berkenaan Visual-Auditory-Kinestethic Learning Style.
Kenali dan fahami jenis dan cara anak² belajar & memproses maklumat, insyaAllah dapat membantu mengoptimumkan potensi mereka =)

Thursday, January 23, 2014

INSEP @SHRDC

Entry kali ni saya tulis khas untuk menjawab pertanyaan dari seorang sahabat dari Pahang, berkenaan pengalaman saya mengikuti kursus INSEP di SHRDC Shah Alam.  Sebelum ini ada juga beberapa pembaca blog ini menanyakan soalan yang sama di email. Mungkin akan ada lagi di masa akan datang, jadi saya tulis jawapannya siap² kat sini .. (Mungkin saya patut mintak komisyen dari SHRDC hehe..)

salam wada
saya M dari pahang

saya ada baca blog pasal insep?boleh cite sikit pengalaman masa insep?
awak kos ape dulu

sy dilema nak gi ke tak sbb saya ni tak pandai IT.pastu ditawrkan ntworking atau fiber optic.
awak da tere pun masuk lg insep.belajar cane?pas abis belajar insep tu,tempat praktikal tu mohon macam kita mohon 
praktikal masa deg tu'/?

Okay, Cik M bukan nama sebenar.
Sebelum saya mengulas dengan lebih panjang, elok saya nyatakan disclaimer, apa yang akan anda baca adalah semata² pandangan saya secara peribadi, hasil dari pengalaman dan pengetahuan saya yang terhad. Saya tidak mewakili mana² organisasi. Okeh sedia...?? Jom!!!

INSEP - INdustrial Skill Enhancement Program, ada ditawarkan di beberapa pusat latihan di seluruh negeri yang mana kursus² yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pusat latihan.

Setakat kefahaman saya, program ni untuk enhance-upgrade skill yang ada kat para graduan. Ramai graduan yang dapat kelulusan yang baik, grade & pointer yang tinggi, tapi secara jujurnya tak semua boleh buat kerja. Agak kasar bunyinya, maaf. Tapi inilah respon dari kebanyakan syarikat, agak mengecewakan. Mungkin sebab kita sibuk menghafal buku berbanding cuba faham ape yang kita belajar. err.. lari tajuk pulak. okay, balik smula..


Dilema sama ada Cik M nak join ke tak INSEP, cuba pertimbangkan perkara² ni:

1. Pengetahuan asas yang berkaitan dengan course tu
Kenapa masuk training INSEP kena ada basic knowledge? 
Sebab, untuk upgrade sesuatu, kita sepatutnya ada asas, basic, baru boleh upgrade, betul tak. Kursus INSEP mengandungi modul² teknikal yang agak padat. Kalau masa INSEP ni baru nak belajar basic, susah rasanye..
Sebagai contoh, saya ambik course Embedded System Design, pengetahuan asas yang saya perlu ada - Programming -  C/C++, Assembly Language. Bayangkan kalau saya baru nak kenal apa itu data type "int, char".. susah saya nak belajar, susah jugak trainer nak ajar. Orang lain dah siap karangan, saya baru nak belajar ABC..?
Tapi tak perlu pengetahuan macam expert

Tapi kalau Cik M rase ni peluang untuk belajar benda baru, silakan.
Cuma kalau dah daftar, takleh berhenti sekerat jalan.

Sebab kena sign perjanjian - terms & conditions applied


2. Minat
Hmm.. yang ini..pun penting²
Apa pun yang kita buat, cuba buat apa yang kita minat. InsyaAllah kurang rasa stress.
With passion, everything is fun & enjoyable
Ada jugak kawan² yang ambik course sama saya tapi sebenarnya tak minat pun ngn programming, masa kursus susah nak buat tugasan, habis jek kursus, buat menda lain yang takde kaitan. Tak salah, langsung tak salah, tapi rugilah setengah tahun meluangkan masa untuk perkara yang takde faedah.. kalau dia buat menda yang dia minat, dah banyak manfaat dia dapat, dengan izin Allah.

3. Kesabaran
Kena sabar..nasihat biasa kita dengar. Sabar dengan apa yek..
Khas untuk training ni, sabar dari segi godaan kewangan hehe..
Masa training INSEP ni, student akan dapat elaun. Secara relatifnye, nilai elaun tu kecik jek berbanding ngan gaji basic kalau Cik M terus dapat kerja sebagai engineer. Jadi, kena tahan sabar dengan elaun yang kecik ni untuk beberapa bulan demi mendapat ilmu yang mahal.
Mahal nak bayar kursus INSEP ni kalau kita nak bayar sendiri. Alhamdulillah ade orang nak sponsor..Elaun yang kecik ni jugak antara sebab tak ramai graduan nak ambik INSEP.

Kenapa saya masuk INSEP?
Saya tak terer, tapi saya minat ngan programming. Dari zaman U lagi, cuma dulu tak berapa faham sangat. Minat ada, ilmu kurang mantap. Yang penting, minat ada.
Masa saya mula kerja, saya langsung tak tau pasal ade training ni..training tajuk lain ade, tapi saya tak minat, jadi saya tak ambik.
Saya dah kerja beberapa tahun, baru saya jumpa training ni kat JobStreet. Mase tu saya kerja ada kaitan ngan programming tapi ilmu & praktis kurang, agak susah nak buat kerja. Umur dah 28 masa tu, had umur terakhir untuk daftar INSEP. Saya tengok detail untuk course ni, apa yang akan saya belajar.. wow!!! teruja!. jadi saya mohon untuk daftar, datang interview dan..hantar surat berhenti kerja. beberapa bulan dalam INSEP mmg kena control budget. Semangat²!. Thanks to my my husband =)

Lepas saya habis INSEP, kerja semula, tapi kat tempat lain, much more better. Alhamdulillah.. Lepas tu, hasben saya pulak ambik turn masuk INSEP kat SHRDC.
Husband saya pun pernah join INSEP (course : PCB Design), abang saya & kawan saya (course : Safety Officer - tak tau nama betul course dia) dan ramai lagi kenalan saya. Tapi course yang berlainan lah & kat tempat lain.


Tempat praktikal
Untuk tempat praktikal, haritu ada 2 pilihan, kita pilih sendirik atau SHRDC tolong cari kan. Kalau nak puas hati dengan kriteria yang kita nak, baik kita pilih sendiri. Tapi dorang akan keluarkan surat. Lagipun SHRDC ada board member yang terdiri daripada banyak companies. Selalunya OK jek.


Kesimpulannya
Kesimpulannya..erm..ape yek
Secara peribadi, bagi saya dan suami, INSEP @SHRDC memang bagus, sebab kami minat ngan kursus yang diambil dan berusaha untuk dapatkan tempat untuk masuk INSEP. Kebanyakan trainer bahagian teknikal dipinjam dari industri, yang memang banyak pengalaman hands-on, bukan ikut buku semata². Sangat berguna bila kerja. - Berguna jugak kalau nak buat freelance, bisnes sendiri.


Tapi saya tak menjanjikan pengalaman yang indah² untuk semua orang yang masuk INSEP, lain orang kan lain kaedahnya. Ada jek kawan² yang berhenti sekerat jalan..ada yang tiba² terus dapat tawaran kerja, ada yang tak minat, tak tahan, lari dari kursus.
Akhir kata, buatlah keputusan dengan cara yang terbaik.
Kita cuma merancang =)

saya harap entry ni berguna untuk Cik M, kalau tak banyak, sikit pun jadilah hehe..

Sunday, January 12, 2014

2014: another counting up - variable value

Dah nak masuk pertengahan Januari 2014. Takpe, masih Januari. klise pulak ayat jenis macam tu.
Selamat datang 2014, semoga tahun ini lebih baik dari tahun² yang lepas.

Hmm.. apa plan untuk tahun ni yer.. Semestinya ada banyak. Antara yang paling penting adalah..

Percutian !!!.
Mesti mau plan and action ! Mesti 3x!!! Asyik tak jadik jek. Haritu hasben sy gi Jepun, sebab urusan kerja. Gi pun secara short-noticed. Tak dapatlah sy nak mengendeng² menumpang hehe..
8 hari di musim sejuk. Banyak jugak belajar kaedah² hidup orang sana katenye. Menarik²..
Tapi bila kira² bajet nak gi semula untuk vacation, tak jadilah.. macam tak berapa sesuai pulak.
Jadi, sila plan ke tempat lain ok!

Beli rumah
Hujung tahun 2013 yang lepas, kami ada booked satu rumah. Rumah 2nd-hand. Atau lebih tepat lagi, rumah lama. Saiznya kecil berbanding kebanyakan rumah² pattern  baru sekarang. Biliknya pun cuma ada 2. Alhamdulillah, cukuplah buat masa ni sebagai permulaan.

Mula² tu tak lah serius sangat nak beli, biaselah amalan tunda-menunda kan. Tapi mak ayah dah bagi sokongan padu, bersemangat lah cewah..

Tapi yang bermasalah sekarang ni bukan rumah tu, tapi proses jual beli nye yang saaaaaaaaangaaaat lembab. Lawyer tuan umah tu leceh sungguh. Kalau nak dibebelkan, memang panjang lah jadinye., Jadi, baik tak payah.
Tahun ni mesti seelesaikan, harap boleh cepat pindah umah, sebab tuan umah sewa skrg dah naikkan kadar sewa pulak. Tambah lagi RM100!

Kerja
Hmm.. pasal kerja ek..
kate bos : "u have good working attitude and initiative, bla..bla..bla.. but u need to be more aggresive" yelah tu..Cube bos kasik contoh sket =p
tengok tu..tengok tu..melawan bos pulak.
Tahun ni, kerja lebih efektif.

lain² hal
2013, banyak perkara yg berlaku. Secara umumnya ramai orang bodoh boleh jadi glemer dan ternama kat Malaysia nih. Penipu dan pencopet pun ramai. err... aman ke?

Harga barang naik, gaji tak naik <- biase="" br="" dengar="" nbsp="">

Lagi pasal isu kalimah Allah - ade doktor India cakap kat hasben saya : "Ini badan Tuhan Allah kasi mesti mau jaga, jangan ikut Sultan Lidah yang jahat, semua rakyatnya menderita" pastu uncle India depan umah kate "mintak lah sama Tuhan Allah kasik hujan turun, sejuk sikit"  Yup, ape pun niat dorang, saya rase, statement  dan penggunaan kalimah Allah dalam konteks ini adalah betul. Takkan kita nak kate, "hello brader, u tak layak guna itu kalimah Allah sebab u non-Muslim" - tentulah kita telah berdusta kerana sungguh benar Allah yang mencipta segalanya, termasuk tubuh badan kita, Dia yang menurunkan berbagai jenis rezeki, termasuk hujan.

Berbanding ade segolongan "pendaulat" kalimah Allah- katenye, berpakaian jeans ketat, mendedahkan aurat, membonceng motor laki-pompuan yang boleh diragui hubungannya ke sana-sini melaungkan hak eksklusif penggunaan kalimah Allah cuma untuk Muslim, pada saya itu lebih menghina  gayanya.
Tuhan itu Allah, sangat tepat, tiada Tuhan melainkan Allah. Tapi menyifatkan Allah dengan makhluk dan merpersekutukanNya dengan sesuatu itu salah & haram. Maka betulkanlah ape yang salah.
Kesucian nama Allah sangat penting, menurut perintah Allah pun sangat penting. Kalau kita ambik sebahagian, buang sebahagian yg lain, tak ke macam sama jek ngn dorang, guna nama Tuhan, nama Allah tapi tak mahu ikut arahan Allah, mengEsakan Allah, dan mengikut ajaran RasulNya.  huuh..


dan lagi fitnah yang berleluasa di TV, radio,media sosial, blog dan yang seangkatan dengannya. menjadi peringatan untuk sy supaya lebih berhati² bila berhadapan dengan apa jua berita dan cerita. Zaman fitnah..nampak macam betul tak semestinya benar. Semoga dengan rahmat Allah, kita sentiasa terlindung dari terjebak. Mungkin sebab tu rumah sy takde TV..? hehe alasan rasionalisasi

Jadi tahun ni, jaga hablumminAllah, supaya terpelihara hablumminannas.

Hmm.. tapi ni semua pengulangan dari resolusi tahun baru hijrah. Takpe².. tak ulang, tak ingat pulak kan. Berusaha!!