Pages

Sunday, January 26, 2014

Betapa kita sungguh berbeza

Sungguh kita berbeza. Yang lahir kembar seiras pun ade beza. Hebatnya ciptaan Allah..
Sebab tu, kita tak boleh sentiasa anggap dan harap orang lain berfikir dan bertindak macam kita.

Saya nak kongsikan satu contoh mudah. Haritu ada attended satu training - Neuro Linguistic Programming (NLP). 

Apelah dia ni.. asyik programming jek.. hahaha..owh.. tidak..tidak.. kali ni bukan skeptikal punye programming okay!

Saya bukan nak cerita pasal NLP. Cuma ade salah satu segmen dalam training tu, kami kena buat satu eksperimen mudah :

1. Ambik sekeping kertas A4. Recycle paper pun boleh.
2. Lipat 2
3. Lipat 2 lagi
4. Koyakkan bahagian atas-kanan ( tear off the upper-right)
5. Bukak semula kertas A4.

Tadaa........ jom tengok ape kami dapat. Antaranya :







Haa..Arahannya mudah jek, tapi hasilnya lain², mungkin ada banyak yang lain dari ini jugak. Saya  hasilkan yang nombor 4. Jangan tanya apa maksud setiap ni sebab saya pun tak tau hehe.. Trainer tu tak terangkan detail. Cuma ini menunjukkan betapa kita mempunyai cara pemikiran yang berbeza.
Menarik kan.

Bagi yang berminat berkenaan NLP, boleh carik kat internet.
Baca jugak berkenaan Visual-Auditory-Kinestethic Learning Style.
Kenali dan fahami jenis dan cara anak² belajar & memproses maklumat, insyaAllah dapat membantu mengoptimumkan potensi mereka =)

No comments:

Post a Comment