Pages

Thursday, January 23, 2014

INSEP @SHRDC

Entry kali ni saya tulis khas untuk menjawab pertanyaan dari seorang sahabat dari Pahang, berkenaan pengalaman saya mengikuti kursus INSEP di SHRDC Shah Alam.  Sebelum ini ada juga beberapa pembaca blog ini menanyakan soalan yang sama di email. Mungkin akan ada lagi di masa akan datang, jadi saya tulis jawapannya siap² kat sini .. (Mungkin saya patut mintak komisyen dari SHRDC hehe..)

salam wada
saya M dari pahang

saya ada baca blog pasal insep?boleh cite sikit pengalaman masa insep?
awak kos ape dulu

sy dilema nak gi ke tak sbb saya ni tak pandai IT.pastu ditawrkan ntworking atau fiber optic.
awak da tere pun masuk lg insep.belajar cane?pas abis belajar insep tu,tempat praktikal tu mohon macam kita mohon 
praktikal masa deg tu'/?

Okay, Cik M bukan nama sebenar.
Sebelum saya mengulas dengan lebih panjang, elok saya nyatakan disclaimer, apa yang akan anda baca adalah semata² pandangan saya secara peribadi, hasil dari pengalaman dan pengetahuan saya yang terhad. Saya tidak mewakili mana² organisasi. Okeh sedia...?? Jom!!!

INSEP - INdustrial Skill Enhancement Program, ada ditawarkan di beberapa pusat latihan di seluruh negeri yang mana kursus² yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pusat latihan.

Setakat kefahaman saya, program ni untuk enhance-upgrade skill yang ada kat para graduan. Ramai graduan yang dapat kelulusan yang baik, grade & pointer yang tinggi, tapi secara jujurnya tak semua boleh buat kerja. Agak kasar bunyinya, maaf. Tapi inilah respon dari kebanyakan syarikat, agak mengecewakan. Mungkin sebab kita sibuk menghafal buku berbanding cuba faham ape yang kita belajar. err.. lari tajuk pulak. okay, balik smula..


Dilema sama ada Cik M nak join ke tak INSEP, cuba pertimbangkan perkara² ni:

1. Pengetahuan asas yang berkaitan dengan course tu
Kenapa masuk training INSEP kena ada basic knowledge? 
Sebab, untuk upgrade sesuatu, kita sepatutnya ada asas, basic, baru boleh upgrade, betul tak. Kursus INSEP mengandungi modul² teknikal yang agak padat. Kalau masa INSEP ni baru nak belajar basic, susah rasanye..
Sebagai contoh, saya ambik course Embedded System Design, pengetahuan asas yang saya perlu ada - Programming -  C/C++, Assembly Language. Bayangkan kalau saya baru nak kenal apa itu data type "int, char".. susah saya nak belajar, susah jugak trainer nak ajar. Orang lain dah siap karangan, saya baru nak belajar ABC..?
Tapi tak perlu pengetahuan macam expert

Tapi kalau Cik M rase ni peluang untuk belajar benda baru, silakan.
Cuma kalau dah daftar, takleh berhenti sekerat jalan.

Sebab kena sign perjanjian - terms & conditions applied


2. Minat
Hmm.. yang ini..pun penting²
Apa pun yang kita buat, cuba buat apa yang kita minat. InsyaAllah kurang rasa stress.
With passion, everything is fun & enjoyable
Ada jugak kawan² yang ambik course sama saya tapi sebenarnya tak minat pun ngn programming, masa kursus susah nak buat tugasan, habis jek kursus, buat menda lain yang takde kaitan. Tak salah, langsung tak salah, tapi rugilah setengah tahun meluangkan masa untuk perkara yang takde faedah.. kalau dia buat menda yang dia minat, dah banyak manfaat dia dapat, dengan izin Allah.

3. Kesabaran
Kena sabar..nasihat biasa kita dengar. Sabar dengan apa yek..
Khas untuk training ni, sabar dari segi godaan kewangan hehe..
Masa training INSEP ni, student akan dapat elaun. Secara relatifnye, nilai elaun tu kecik jek berbanding ngan gaji basic kalau Cik M terus dapat kerja sebagai engineer. Jadi, kena tahan sabar dengan elaun yang kecik ni untuk beberapa bulan demi mendapat ilmu yang mahal.
Mahal nak bayar kursus INSEP ni kalau kita nak bayar sendiri. Alhamdulillah ade orang nak sponsor..Elaun yang kecik ni jugak antara sebab tak ramai graduan nak ambik INSEP.

Kenapa saya masuk INSEP?
Saya tak terer, tapi saya minat ngan programming. Dari zaman U lagi, cuma dulu tak berapa faham sangat. Minat ada, ilmu kurang mantap. Yang penting, minat ada.
Masa saya mula kerja, saya langsung tak tau pasal ade training ni..training tajuk lain ade, tapi saya tak minat, jadi saya tak ambik.
Saya dah kerja beberapa tahun, baru saya jumpa training ni kat JobStreet. Mase tu saya kerja ada kaitan ngan programming tapi ilmu & praktis kurang, agak susah nak buat kerja. Umur dah 28 masa tu, had umur terakhir untuk daftar INSEP. Saya tengok detail untuk course ni, apa yang akan saya belajar.. wow!!! teruja!. jadi saya mohon untuk daftar, datang interview dan..hantar surat berhenti kerja. beberapa bulan dalam INSEP mmg kena control budget. Semangat²!. Thanks to my my husband =)

Lepas saya habis INSEP, kerja semula, tapi kat tempat lain, much more better. Alhamdulillah.. Lepas tu, hasben saya pulak ambik turn masuk INSEP kat SHRDC.
Husband saya pun pernah join INSEP (course : PCB Design), abang saya & kawan saya (course : Safety Officer - tak tau nama betul course dia) dan ramai lagi kenalan saya. Tapi course yang berlainan lah & kat tempat lain.


Tempat praktikal
Untuk tempat praktikal, haritu ada 2 pilihan, kita pilih sendirik atau SHRDC tolong cari kan. Kalau nak puas hati dengan kriteria yang kita nak, baik kita pilih sendiri. Tapi dorang akan keluarkan surat. Lagipun SHRDC ada board member yang terdiri daripada banyak companies. Selalunya OK jek.


Kesimpulannya
Kesimpulannya..erm..ape yek
Secara peribadi, bagi saya dan suami, INSEP @SHRDC memang bagus, sebab kami minat ngan kursus yang diambil dan berusaha untuk dapatkan tempat untuk masuk INSEP. Kebanyakan trainer bahagian teknikal dipinjam dari industri, yang memang banyak pengalaman hands-on, bukan ikut buku semata². Sangat berguna bila kerja. - Berguna jugak kalau nak buat freelance, bisnes sendiri.


Tapi saya tak menjanjikan pengalaman yang indah² untuk semua orang yang masuk INSEP, lain orang kan lain kaedahnya. Ada jek kawan² yang berhenti sekerat jalan..ada yang tiba² terus dapat tawaran kerja, ada yang tak minat, tak tahan, lari dari kursus.
Akhir kata, buatlah keputusan dengan cara yang terbaik.
Kita cuma merancang =)

saya harap entry ni berguna untuk Cik M, kalau tak banyak, sikit pun jadilah hehe..

16 comments:

  1. bagusnya.seronok baca pengalaman puan join insep

    ReplyDelete
  2. Salam. Nak tnya, kalau join INSEP ni tiba2 dapat tawaran kerja wlaupun baru sebulan je join INSEP, boleh ke nak berhenti?

    Program ni mmg free atau kena bayar balik ke PTPK?

    ReplyDelete
  3. Salam. Nak tnya, kalau join INSEP ni tiba2 dapat tawaran kerja wlaupun baru sebulan je join INSEP, boleh ke nak berhenti?

    Program ni mmg free atau kena bayar balik ke PTPK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm.. biasenye setudent yg ditawarkan program ni kena tandatangan perjanjian.
      Dalam perjanjian ni kalau tak silap, kena habiskan course ni, kalau lari, kena bayar balik. Kalau tak, penjamin kena bayar balik. (Tapi sy mmg tak sempat sign ape2)

      Tapi kalau in case mmg ade dapat tawaran kerja, yg terbaik, bincang ngn penyelia program tersebut. Sebenarnya ramai yg dpt offer kerja mase dlm program ni. Lagipun target akhir program ni pun kan mmg nak supaya org dapat kerja yg baik..boleh bawak bincang InsyaAllah..

      Good luck.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nota kaki ~ ape2 jawapan adalah berdasarkan kapasiti peribadi. Saya bukan stafff SHRDC atau wakil yg dilantik ~ hehe..

      Delete
  5. Penagalaman peribadi insep SAYA- sy mmg minat dgn course tu, tp sy jugak bodoh dan knowledge mmg basic je, company yg amek kitorg training tu jus nk lepas cukai je tujuannya, "we r not hiring" katanya pas tinggal 15 hr je nk complete insEp. in the end sy x dpt pon keje spt insep training, SHRDC pon x de tolong ape sgt pon.

    So kalau ade friends yg nk masuk prog SHRDC make sure minat+pandai tu ade. Minat saje x cukup. I apply keje selama 4 bulan bertalu2 hantar resume merata pon x dpt keje, in the end i jus jd customer service call centre je.

    Sia sia 8 bulan epf socso dpt, elaun je yg dpt

    -mohon terasa

    ReplyDelete
  6. Penagalaman peribadi insep SAYA- sy mmg minat dgn course tu, tp sy jugak bodoh dan knowledge mmg basic je, company yg amek kitorg training tu jus nk lepas cukai je tujuannya, "we r not hiring" katanya pas tinggal 15 hr je nk complete insEp. in the end sy x dpt pon keje spt insep training, SHRDC pon x de tolong ape sgt pon.

    So kalau ade friends yg nk masuk prog SHRDC make sure minat+pandai tu ade. Minat saje x cukup. I apply keje selama 4 bulan bertalu2 hantar resume merata pon x dpt keje, in the end i jus jd customer service call centre je.

    Sia sia 8 bulan epf socso dpt, elaun je yg dpt

    -mohon terasa

    ReplyDelete
  7. Yup, it's reality. Ramai juga kawan2 sy yg mengalami situasi mcm Cik Syera.
    Ade yg akhirnya bekerjadi bidang lain, ade yg terus tak dpt kerja..sambung master, smbg phd.

    The point is INSEP programme bukanlah jaminan utk dpt kerja hebat dan bergaji besar.. cuma peluang belajar dgn kos rendah ☺

    ReplyDelete
  8. as salam. selepas tamat pengajian INSEP memang wajib kerja untuk mereka ke macam mana? saya masih keliru dengan program ni. saya teringin join INSEP untuk tingkatkan kemahiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Yat,
      sy tak pasti siapakah "mereka" yg cik maksudkan..
      untuk keterangan lebih lanjut dan mengelakkan kekeliruan, sy cadangkan cik Yat berhubung terus dengan pihak SHRDC atau mana2 pusat latihan yang menawarkan program INSEP.
      Selain SHRDC, sebenarnya terdapat banyak pusat2 latihan lain juga yg menawarkan program mcm ni, cuma lain tempat, lain course yg ditawarkan.

      Delete
  9. Assalamualaikum...Saya Faizah dari Perak..Jika tidak keberatan, saya ingin bertanya apakah soalan2 yang diajukan oleh interviewer program ini? Terima Kasih saya ucapkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Faizah,
      Erm.. lain interviewer lain soalan rasenye, cuma secara umumnya interview tu diadakan untuk tau kita punye (related) background, pastu nak tanye kita betul² minat ke.. sbb dorang taknak lah tetiba berhenti/lari mase dlm program sbb kita dah tak minat. <-- ni yg sy dapat tau mase interview dulu lah..

      Setakat yg sy tau, takde soalan² teknikal..
      Ade panggilan interview ye? Wish u all the best! =)

      Delete