Pages

Sunday, January 12, 2014

2014: another counting up - variable value

Dah nak masuk pertengahan Januari 2014. Takpe, masih Januari. klise pulak ayat jenis macam tu.
Selamat datang 2014, semoga tahun ini lebih baik dari tahun² yang lepas.

Hmm.. apa plan untuk tahun ni yer.. Semestinya ada banyak. Antara yang paling penting adalah..

Percutian !!!.
Mesti mau plan and action ! Mesti 3x!!! Asyik tak jadik jek. Haritu hasben sy gi Jepun, sebab urusan kerja. Gi pun secara short-noticed. Tak dapatlah sy nak mengendeng² menumpang hehe..
8 hari di musim sejuk. Banyak jugak belajar kaedah² hidup orang sana katenye. Menarik²..
Tapi bila kira² bajet nak gi semula untuk vacation, tak jadilah.. macam tak berapa sesuai pulak.
Jadi, sila plan ke tempat lain ok!

Beli rumah
Hujung tahun 2013 yang lepas, kami ada booked satu rumah. Rumah 2nd-hand. Atau lebih tepat lagi, rumah lama. Saiznya kecil berbanding kebanyakan rumah² pattern  baru sekarang. Biliknya pun cuma ada 2. Alhamdulillah, cukuplah buat masa ni sebagai permulaan.

Mula² tu tak lah serius sangat nak beli, biaselah amalan tunda-menunda kan. Tapi mak ayah dah bagi sokongan padu, bersemangat lah cewah..

Tapi yang bermasalah sekarang ni bukan rumah tu, tapi proses jual beli nye yang saaaaaaaaangaaaat lembab. Lawyer tuan umah tu leceh sungguh. Kalau nak dibebelkan, memang panjang lah jadinye., Jadi, baik tak payah.
Tahun ni mesti seelesaikan, harap boleh cepat pindah umah, sebab tuan umah sewa skrg dah naikkan kadar sewa pulak. Tambah lagi RM100!

Kerja
Hmm.. pasal kerja ek..
kate bos : "u have good working attitude and initiative, bla..bla..bla.. but u need to be more aggresive" yelah tu..Cube bos kasik contoh sket =p
tengok tu..tengok tu..melawan bos pulak.
Tahun ni, kerja lebih efektif.

lain² hal
2013, banyak perkara yg berlaku. Secara umumnya ramai orang bodoh boleh jadi glemer dan ternama kat Malaysia nih. Penipu dan pencopet pun ramai. err... aman ke?

Harga barang naik, gaji tak naik <- biase="" br="" dengar="" nbsp="">

Lagi pasal isu kalimah Allah - ade doktor India cakap kat hasben saya : "Ini badan Tuhan Allah kasi mesti mau jaga, jangan ikut Sultan Lidah yang jahat, semua rakyatnya menderita" pastu uncle India depan umah kate "mintak lah sama Tuhan Allah kasik hujan turun, sejuk sikit"  Yup, ape pun niat dorang, saya rase, statement  dan penggunaan kalimah Allah dalam konteks ini adalah betul. Takkan kita nak kate, "hello brader, u tak layak guna itu kalimah Allah sebab u non-Muslim" - tentulah kita telah berdusta kerana sungguh benar Allah yang mencipta segalanya, termasuk tubuh badan kita, Dia yang menurunkan berbagai jenis rezeki, termasuk hujan.

Berbanding ade segolongan "pendaulat" kalimah Allah- katenye, berpakaian jeans ketat, mendedahkan aurat, membonceng motor laki-pompuan yang boleh diragui hubungannya ke sana-sini melaungkan hak eksklusif penggunaan kalimah Allah cuma untuk Muslim, pada saya itu lebih menghina  gayanya.
Tuhan itu Allah, sangat tepat, tiada Tuhan melainkan Allah. Tapi menyifatkan Allah dengan makhluk dan merpersekutukanNya dengan sesuatu itu salah & haram. Maka betulkanlah ape yang salah.
Kesucian nama Allah sangat penting, menurut perintah Allah pun sangat penting. Kalau kita ambik sebahagian, buang sebahagian yg lain, tak ke macam sama jek ngn dorang, guna nama Tuhan, nama Allah tapi tak mahu ikut arahan Allah, mengEsakan Allah, dan mengikut ajaran RasulNya.  huuh..


dan lagi fitnah yang berleluasa di TV, radio,media sosial, blog dan yang seangkatan dengannya. menjadi peringatan untuk sy supaya lebih berhati² bila berhadapan dengan apa jua berita dan cerita. Zaman fitnah..nampak macam betul tak semestinya benar. Semoga dengan rahmat Allah, kita sentiasa terlindung dari terjebak. Mungkin sebab tu rumah sy takde TV..? hehe alasan rasionalisasi

Jadi tahun ni, jaga hablumminAllah, supaya terpelihara hablumminannas.

Hmm.. tapi ni semua pengulangan dari resolusi tahun baru hijrah. Takpe².. tak ulang, tak ingat pulak kan. Berusaha!!













 

No comments:

Post a Comment