Pages

Tuesday, February 16, 2010

Cik Roti

Teringat pada nickname tu, Cik Roti. Saya memang suka makan roti, (..dan kek dan coklat). Tapi tak sangka pulak sampai ade yang bagi gelaran Cik Roti tu pada saya. Oiitt Cik Dayang!!! Terima kasih ye untuk nama tu hehehe....

Tu cerita mase belajar kat Johor dulu lah. Dek kerana slalu beli roti + buat stok, lantas dianugerahkan name tuh. Saya memang akan memilih roti berbanding makan mi segera di musim² gawat dulu². Sampai sekarang pun masih suka. Kek pun suka, cuma kos nye yang lebih tinggi, skali skala buleh lah...

Cerita sekarang pulak, nak wat stok roti dah tak gi kedai lagi dah.... kecuali nak beli bahan mentah. Nanti stok kek pulak..
















Thursday, February 11, 2010

< : Little step of the remarkable journey : >

Pembinaan bengkel pemprosesan dan mencapai tahap 85%-90%. Alhamdulillah. Walaupun dari aspek rekabentuknya pada saya masih banyak ruang untuk diperbaiki, namun setakat inilah dulu kemampuan yang ada. "Tunggu nanti kaya sket" <--- ayat klise saya bila masalah bajet menyekat sebarang pergerakan dan keputusan. Kata orang dari dulu sampai sekarang, ukur baju di badan sendiri ye tak?.

From here onward, our team and me have to prepare all the setup steps. No matter how small or big the workshop@factory is, we have to make it right from the very beginning so then later on, we have something to refer to, to standing on and to make it uniformly presented. That's what we people call Standard of Procedure (SOP). I believe that majority of us kind of familiar with this SOP. For me personally, yes I'd familiar with SOPs but which are properly printed and ready to be ran by respective people. But in this particular case, yo!!! I'm running out of my head.To put everything in the lines of understandable phrases. To arrange the words which can be understandable for me still can be targeted as real coup, but to make it obediently done with no cost by various human being...herm...? you know it by yourself for sure haaa..

Fill up the worker vacancies is another issue of the steps. What's the policies we want to take in, how to pick up the right candidates and how to be a good employer as well. But thanks to our short working experiences, perhaps what we went through in old days might help us a lot. Amiiin..

Sementara menunggu suntikan modal tambahan yang di dalam progress, aktiviti mengarang SOP telah dimulakan. Agak lama juga rasanya semenjak kali terakhir saya mengarang sebarang dokumen rasmi. Bukan mudah jugak kot nak menimbulkan idea dan mood. Harapannya semoga semuanya berjalan dengan lancar. Mengusahakan rezeki untuk menjadi rezeki insan lain jugak.

Tuesday, February 9, 2010

Kursus Anjuran DPMM & Kolej Komuniti (Mac 2010)

Kursus anjuran bersama Dewanita & Kolej Komuniti Kuantan

Pelbagai kursus akan diadakan oleh pihak penganjur pada Mac 2010 ini.

1. Kursus Ukiran Buah

2. Kursus Membuat Roti

3. Kursus Cup Cake

4. Kursus Kek Keju

5. Kursus Membuat Gelang Kristal

6. Kursus Membuat Baju Kurung

7. Kursus Membuat Langsir

8. Kursus Membuat Tart Buah

9. Kursus Asas Gunting Rambut

10. Bengkel Rahsia Tarikh Lahir

Walaubagaimanapun, tarikh masih belum ditentukan, bagi sesiapa yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkenaan YURAN dan seterusnya mendaftar di talian 09-5142112 (Nani)

Friday, January 22, 2010

Kursus Pemprosesan di IPM


Makluman, tarikh² kursus² kelolaan Intitut Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu dah dikeluarkan.

Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan IPM @ Jabatan Perikanan Darah masing-masing.

Kursus adalah percuma. walaubagaimanapun tempat agak terhad.
















































Antara kursus² yang ditawarkan adalah :

1. Kursus Asas Pemprosesan Ikan
2. Kursus Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP)
3. Kursus Asas HACCP
4. Kursus Pembungkusan & Pelabelan
5. Kursus Pemprosesan Produk Ikan Ternakan
6. Kursus Pemprosesan Produk Awet

chocolate case

rasenye kes ni dah kecoh satu mase dulu... pasal ade ulat siap ade benang² nye lagi kat situ. tapi bebaru ni, terbeli itu punya brand.. MASYAALLAH.... rupe² kes dulu tu dorang tak ambik ape² tindakan yang sewajarnye ke..?

kepada kawan² yang suka makan coklat tu berhati² lah... tak pon mungkin ade yang berniat agak² nak bagi gelpren coklat bajet² nak amik hati kang jadi kes lain pulak huhuhuu... haru²

Monday, December 14, 2009

memancing di tasik


seminggu bercuti kat lenggeng (business trip sebenarnye hehe) sempat lah jugak gi memancing..

ni baru tunjuk sekor ikan.. ade 3 lagi yang tidak disiarkan.

cantik jugak kawasan tu, tasik pon luas, kalau agak² nak berkayak pon sesuai rasenye.

tertulis pasalkayak ni, bebaru ni, adik saya baru habis "misi" 4 tahun kat UMP, kira²nya pas ni g praktikal pastu konvolah..ape lagi, habis dia angkut penuh 1 kereta barang², dan termasuklah ade 3 pasang life jacket + padle kayak.

Saje jek..mintak 1 lifejacket sebab nampak mcm best jek.. dia tanye nak wat ape? kata saya nak bawak gi mandi sungai, dia kata mane ade orang gi mandi sungai pakai life jacket hahahaha...
eleh..kudukutlah tu huhuhu.. yelah mane tau nak gi tioman ke..karambunai ke..pulau sipadan ke kan hahaha.. jauhnye berangan, eh tu impian.

takpe², nanti kita beli siap ngan kaki itik skali baru tau heeeeee.........

Sunday, December 6, 2009

Melayu ; Tolong-menolong?

"Kalau Melayu tak tolong Melayu, siapa lagi nak tolong..?" itulah antara ayat klise bila berurusan dengan "orang² yang berkenaan". Sekali dengar mungkin memang semacam ada kebenarannya, tapi kalau 2-3-4 dan berkali² diulang² saya mula berasa tak senang hati, kerana pada pendapat saya, ramai juga rasanya Melayu yang tak harus bahkan tak layak ditolong.

Mungkin akan ada yang mula berasa curiga dan menuduh saya tidak patriotik. Itu memang logik akal pada pandangan pertama.

Saya bukan menuduh atau sombong jauh sekali lupa daratan, cuma saya kurang setuju, mengapakah ayat ini sering digunakan oleh pihak² tertentu, ambil kesempatan pada budi pekerti Melayu semata-mata untuk meraih simpati dan menutup kelemahan (dan kemalasan untuk usaha keras) dalam menjaga kualiti kerja dan mencari jalan pintas. Tak salah bantu membantu, memang seharusnya begitu, tapi biarlah yang dibantu itu layak dengan usaha murni dan komitmen yang diberikan dan yang membantu pula biarlah secara telus tanpa ada sebarang agenda tersembunyi.

Apatah lagi bukan lagi rahsia bila ramai menceritakan kisah benar realiti di mana tahap kesanggupan tolong menolong dikalangan kita. Yang tolong menambahbaik (dengan ikhlas) tu jarang², tapi yang tolong meranapkan orang tu, bersepah².

berapakah harga secebis pertolongan..?