Business Presentation Skill adalah salah satu daripada modul²
softskill yang diajar dalam program INSEP di SHRDC. Modul ni pada pendapat saya lebih kepada menajamkan skill & menambahkan pengetahuan yang ada. Sebab saya kira tentu semua graduan pernah membuat pengucapan awam (
public speaking) tak kurang daripada 3 kali sepanjang hidup di Universiti. semasa perlaksanaan projek tahun akhir sahaja sekurang²nya 2 kali. selebihnya tentu ada
presentation semasa melaksanakan tugasan subjek. Mungkin kita tidak pernah diajar teknik yang tepat bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan. jadi, inilah masanya untuk mengaut dan cuba implementasikan ilmu dan teknik baru
Bagi menyempurnakan modul ni, kami perlu meyiapkan tugasan pada hari kedua (hari terkahir modul). 2 presentation perlu disampaikan.
pertama : presentation yang berbentuk fakta
kedua : presentation yang berbentuk pujukan @ motivasi
masa yang diberikan tak sampai 24 jam untuk membuat persediaan : slide show & report
saya hanya sempat mulakan kerja penyediaan tugasan selepas menyiapkan tempahan kuih muih. 11.45 malam, saya telah berjaya siapkan semua dokumen tugasan yang diperlukan. tiba², dalam keadaan separa mamai & mengantuk, saya pun tak tau ape yang ditekan, tiba² kesemua 6 mukasurat presentation report saya hilang sekelip mata. Ya Allah...
Saya bertambah blur..Aih..ape dah jadi nih..nak nagis pon takleh sebab ngantuk sangat, mata pon pedih lame sangat ngadap komputer. takyah nangis lah. tarik nafas, cuba relax kejap. minum air seteguk, maka saya terpaksa memulakan semula penyediaan report tersebut.
Jam menunjukkan 12.30 pagi..memandangkan saya bukanlah jenis yang boleh tidur lewat, kepala jadi berdenyut, pandangan mula kabur, nafas pun tak ketahuan. rase macam nak pitam pon ade. hampir² jatuh tergolek depan PC. Tapi kerja masih belum siap.
Pilihan yang kritikal, tidur sekarang atau pitam depan PC? saya takde pilihan sebenarnye, saya gi tidurlah, moga² Allah masih izinkan saya bangun awal esok pagi bagi menyiapkan tugasan.
4.00 pagi - Syukurlah doa sudah terkabul. dengan terhuyung hayang, saya basuh muka kemudian sambung siapkan kerja.
6.00 pagi - saya berjaya print semua tugasan. print jek, tak sempat nak review, apatah lagi nak sediakan & berlatih skrip. nampaknye saya tak sempat nak sediakan sarapan & bekal untuk harini. takpelah, suami pun kate kita makan kat luar jeklah harini. Perancangan awal, saya nak memandu ke kelas, sebab suami saya ada jamuan syarikat malam ni. Tapi kalau dah jalan pon tak berapa betul, macam mane nak memandu? Jadi, harini saya boleh jadi penumpang lagi (bahagian ni saya sangat suka (",) )
7.00 pagi - mula gerak keluar.
7.30 pagi - sarapan kat restoran dekat kelas
8.00 pagi - ade sedikit mase untuk tengok report sebelum kelas bermula pada 9.00pagi
9.00 pagi kelas pun bermula, tibalah masanya saya present hasil kerja saya.
Sebenarnya dalam kedua-dua projek yang saya buat, ia adalah adaptasi daripada kisah benar daripada apa yang pernah berlaku. Sedikit sebanyak saya ingin cuba kongsikan sedikit pengalaman dengan rakan² atau sebenarnye adik² sekelas. tapi memandangkan konsepnye cuma adaptasi, 50 % adalah kisah benar dan 50% lagi adalah unsur² rekaan semata². semuanya akan jadi lebih menarik sebenarnya kalau dorang tahu yang tu semua realiti sebuah alam pekerjaan. mungkin akan lebih bersedia.
"Learn from others experiences and try to adapt it, can reduce our own risks in future" (saya belajar ni semenjak zaman U, ternyata memang berkesan)
Fishbone Chart atau Carta Tulang Ikan memang digunakan sebagai salah satu kaedah berkesan dalam mencari punca sebenar sesuatu masalah. Saya belajar semasa Total Quality Management (TQM), 7 Tools training semasa mula² bekerja sebagai engineer di sebuah kilang Jepun dulu²kala. Banyak juga perkara yang diajar, tapi macam biaselah, bila ilmu simpan kat buku, tak berapa diamalkan, maka berhabuklah macam buku² tu jugak
Walaupun secara kosmetiknya, takde yang menarik sangat dengan "tulang ikan", melainkan anda suka memancing, atau seorang yang minat dengan forensik. Tapi kaedah ini jika digunakan bersama kaedah brain-storming, memang boleh memberi impak yang ketara. Tak percaya? boleh cuba!!!
Dalam modul ni jugak kami diminta untuk membuat penilaian terhadap presentation kengkawan. Tak mudah nak buat penilaian pasal orang lain, padahal dalam masa yang sama, kita sendiri pun banyak sangat kelemahan. Tapi, mengguna-pakai konsep "cari salah orang memang mudah", pekerjaan yang nampak negatif ni sebenarnya boleh dijadikan rujukan positif bagi memperbaiki kelemahan kita, asalkan kita sanggup terima kritikan dengan hati terbuka dan no heart feeling (kenapa bukan no liver feeling eh?)
Habis sudah 2 modul dalam minggu pertama saya kat SHRDC nih. Minggu depan ade lagi.. kena present lagi..?? why we have to talk too much?
ok²... ikut sajalah, mesti ade sesuatu yang menarik (mungkin?)