Dalam post saya yang lepas, saya katakan yang kami tidak berjaya mendapatkan projek tersebut. Tapi nampak gayanya ianya telah berubah!. Rezeki Allah nak bagi..
Pihak pejabat betul² memerlukan khidmat kami. nampak gayanya , "BERUSAHA!!"
hmm.. buat programming dengan monitor laptop yg tak berapa besar memang tak menarik & kurang menyeronokkan. jadi saya minta hasben belikan monitor lagi satu. Tambahan 1 monitor untuk dia, dan 1 monitor untuk saya. Wow! rasa macam kat lab tempat saya kerja pulak. Hmm... monitor dah ade, tapi kena setup dulu baru boleh gunakan 2² monitor tu dalam mode EXTENDED DISPLAY.
Setting punye setting..punye setting.. upgrade driver..bla..bla..bla...
Incik abang baik hati ni lah yg sambung setup kan sbb saye dah lelap. esok pagi nye,
Cis!!! rupe² OS saya, Windows 7 Starter, memang tak support feature extend display..
Kuciwa betul..grrrr!
Jeling menjeling jelah kat "member" belakang saya ni.. ala.. hasben sy guna Window XP. jeles pulak nengok dia drag Apps dia jap ke kiri, jap ke kanan. eleh.. eksyen pulak dia hahahaha..
oleh kerana saye memang kena buat kerja harini jugak, saya tukar mode SINGLE DISPLAY jeklah..
at least tengok kat monitor besar lebih baik daripada kat monitor laptop tu..
nak sedapkan hati jek ni hehe..
*p/s : pernah tak tengok drama bersiri Jepun, Rich man, Poor Woman, memang best! inspirasi.
tapi part paling best, saya nak set monitor macam tulah sebenarnye... mane tau kot cik abe nak sponsor ; ) hehe
Sunday, June 30, 2013
Sunday, May 19, 2013
Belajar bawak motor
saya takde lesen motor. saya tak pandai bawak motor..
baru2 ni saya mula belajar bawak motor. skuter, takde gear, saya suka hehe
baju ngn tudung tak sepadan? memang biase macam tu, takde hal hahaha
baru2 ni saya mula belajar bawak motor. skuter, takde gear, saya suka hehe
baju ngn tudung tak sepadan? memang biase macam tu, takde hal hahaha
Projek sekerat jalan
Satu hari, hasben saya kate:
Ada satu jabatan kerajaan mintak kita present satu demo sistem mudah untuk menguruskan dokumen mereka. (Agak lumayan harganya. Yes, good enough for us to pay our monthly commitmentsss)
Hasil daripada perbincangan dengan pihak jabatan tersebut, kami memutuskan bahawa kami perlu membangunkan satu sistem mudah menggunakan Database.
Jadi saya pun mula membangunkan sistem tersebut. Bermula dengan rekabentuk dan layout. Target pertama kami adalah untuk sesi Demo. Kami cuma ada 1 minggu untuk siapkan Demo Version!.
Lepas maghrib setiap malam saya akan mula menghadap komputer lagi..
Seminggu kemudian hasben saya ke pajabat tersebut untuk present.
We're not single candidate for that job. OK, takde masalah.
Alhamdulillah, demo tu cukup bagus untuk ke pusingan seterusnya..
Kali ni kami perlu siapkan semua keperluan sistem tersebut untuk present kepada ketuanya pulak.
Tapi, untuk siapkan, kami memerlukan sesuatu daripada jabatan tersebut.
Pertama kali mintak.. ok, nanti petang kami emailkan.
minggu seterusnya..nanti kami emailkan, sibuk dengan program sukan sekarang ni..
dan kali2 yang seterusnya...dan lagi..dan lagi..
dan akhirnye, senyap jek
memang bukan rezeki kitorg.. =)

Ucapan Pasca PRU-13
Barisan menteri dah dilantik.Alhamdulillah, saya dah berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia, mengundi!
Harapan saya semoga semua yang telah dilantik akan menunaikan janji & menjalankan urusan pentadbiran dengan penuh tanggungjawab. Anda adalah pemimpin & wakil rakyat di tempat anda, keseluruhannya. Ya, keseluruhannya, walaupun mereka bukan penyokong parti politik anda, bahkan kalaupun mereka tidak mengundi anda tempoh hari. Jangan sampai mengeluarkan kata2 atau tindakan yang menunjukkan anda tidak cerdik. Inilah masanya menunjukkan nilai diri anda, mana tau mereka boleh jadi penyokong tegar anda di masa hadapan =)
Sunday, November 4, 2012
2012 yang merangkak pergi
Sedar tak sedar, kita dah masuk ke bulan November, 2012. Lepas November, Disember pulak, maka akan berakhir lah tahun 2012. Awal Muharram pun dah tak lama lagi. Amacam azam tahun ni, berapa % yang dah tercapai agak²nya?
Sunday, February 19, 2012
pelangi selepas hujan
Lama jugak dah tak melawat ke sini. Sekali sekala teringat jugak tapi tak sempat nampaknya. Hari ni hari ahad, esok isnin, kerja!!!
Sewaktu mula2 melaporkan diri kat syarikat ni, saya memang berniat untuk menjadikan inilah tempat terakhir saya menjadi "employee". Tak mudah untuk saya melompat2 kerja. Susah nak maju. Lagipun saya suka jadi R&D Engineer.
Tapi bak kata pepatah, harapkan panas hingga ke petang.. Atas sebab2 yang tak dapat diselesaikan, atau dielakkan, saya memaksa diri untuk mengintai2 peluang ke tempat lain.
Melalui pengalaman2 yang lalu, saya menjadi lebih "pemilih" untuk mencari kerja baru. Tak semudah 1 "klik" di jobstreet.
Dipendekkan cerita, Alhamdulillah saya mendapat tawaran kerja dari satu syarikat multinasional yang selalu saya nampak dari tepi jalan. Terima kasih saya ucapkan pada seorang kawan sekelas masa training kat SHRDC dulu. Ada juga "saham" dia dalam kejayaan saya kali ini.
Selepas ini, saya akan menjadi Firmware Engineer, atau bahasa mudah faham, hardware programmer. Target saya sejak menyertai training program di SHRDC. Hardware & Software, what more can I ask for?

Sunday, December 11, 2011
Rumahku dilanda banjir
ahad minggu lepas, rumah saya telah dilanda banjir. Air naik dari dapur. Alhamdulillah banjir tak lama. tapi nak kena basuh rumah jugak lah nampaknya.
pagi isnin, saya terpaksa menagmbil cuti kecemasan separuh hari untuk membersihkan kawasan yand terlibat ngan banjir. maklum sajalah air banjir yang melimpah dari longkang. kalau tak dicuci segera.. memang sengaja mencari nahas lah.
sempena musim banjir nih, (sebenarnye takde kaitan pun!) saya telah mendaftar untuk menyertai kelas renang wanita UiTM Shah Alam. dah lama saya nak belajar berenang, dari zaman sekolah menengah. tapi dulu saya belum jumpa dengan kelas tertutup dah khas yang macam nih.
insyaAllah.. minggu depan kelas akan bermula. saya harap semuanya berjalan lancar. cepat mula, cepat habis hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)