Pages

Saturday, March 26, 2011

Future Me?

Tamat sudah 2 minggu pertama di SHRDC. Mulai minggu depan, modul² pengajaran lebih kepada technical skill. Masuk lab!!! bunyi macam menarik.

Modul terkahir minggu lepas, komunikasi dalam bahasa inggeris. Tugasan terkahir, kapsul masa (lebih kurang). Kami diminta menulis / menyampaikan sesuatu mesej/soalan kepada diri sendiri 20 tahun akan datang. Ada beberapa kawan kelas menulis surat, saya pula menggunakan movie maker , mungkin sebab saya kurang mahir mengarang essei. Sebenarnya, pada pendapat saya, cara terbaik adalah menggunakan tulisan, surat @ model @ prototaip. Masukkan dalam plastik & simpan baik².

Saya cuba membayangkan 20 tahun ke belakang...
Kali pertama saya menggunakan komputer, saya belajar menaip dalam perisian Lotus, yang skrinnya warna biru muda. Membuat garisan jadual juga dengan kod arahan. Adakah saya dalam 20 tahun akan datang dari sekarang masih boleh menonton klip yang saya hasilkan sekarang? Saya tak pasti.

Dalam jangkamasa 20 tahun, terlalu banyak perubahan & kemajuan yang boleh dicapai dalam bidang teknologi. Disket (Floppy Disk) sudah tidak popular. Thumb Drive dengan kapasiti 128MB hampir tiada harga.

20 tahun akan datang.. siapa anda?


Monday, March 21, 2011

kenapa banyak presentation?

haa??? assigmnt lagi..? alahai.. baru nak tidor awal.. ngantuk betul gi kelas arini. hujung minggu yang memenatkan sangat² penat & ngantuk. operasi pindah umah. packing barang, angkut naik, hantar, angkut turun, unpack pulak fuhh.. tu pun tak siap semua lagi. barang 1 umah - 10 trips - semuanya naik myvi jek.

kenapa ade banyak presentation?..hmm... masuk lab lagi best kot?

Friday, March 18, 2011

pulau pandan jauh ke tengah, budi yang baik dikenang juga

Tuan² & Puan²,

Jika anda mencari barangan / produk / servis yang berikut, saya cadangkan anda semua supaya menghubungi personal² seperti dibawah. Mereka adalah dikalangan orang yang baik hati dan mudah memberikan kerjasama yang baik.



















ROCK WELL ENGINEERING


















EVENT, PRODUCTION & FOOD MANAGEMENT


















GIFT, SOUVENIR, CRYSTAL, GLASS, MIRROR, FRAME SERVICES, ISLAMMICS PRODUCTS, OIL PAINTING, BOOKS, TAPES, CD, VCD, MP3


















KEDAI PAKAIAN SUKAN

















KEDAI CERMIN MATA - FOCUS POINT


















KIA MOTORS

















HONDA

















PROTON

















HEALTHCARE EQUIPMENT PRODUCTS




Post kali ni khas untuk penyumbang² kad perniagaan. Merujuk kepada cerita saya sebelum ni, berkenaan tugasan mendapatkan kad perniaagaan, ni adalah 9 keping kad perniagaan yang saya berjaya kumpul.

Tujuan saya pamerkan di sini sebagai penghargaan yang tak terhingga kepada mereka / wakil mereka yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang saya menjalankan tugasan tersebut. Bukan semua orang/peniaga yang saya jumpa memberikan kerjasama yang baik. Jangankan nak hulurkan kad perniagaan, ada yang langsung terus tidak membenarkan saya (dan kawan² masuk ke premis mereka). Mungkin juga kerana sudah terlalu ramai yang meminta kad perniagaan mereka sebelum ni

Jasa baik penyumbang² ini, tak dapat saya balas, cuma ini sebagai salah satu cara penghargaan, saya tolong pamerkan bagi tujuan promosi.


Module : Business Presentation Skill

Business Presentation Skill adalah salah satu daripada modul² softskill yang diajar dalam program INSEP di SHRDC. Modul ni pada pendapat saya lebih kepada menajamkan skill & menambahkan pengetahuan yang ada. Sebab saya kira tentu semua graduan pernah membuat pengucapan awam (public speaking) tak kurang daripada 3 kali sepanjang hidup di Universiti. semasa perlaksanaan projek tahun akhir sahaja sekurang²nya 2 kali. selebihnya tentu ada presentation semasa melaksanakan tugasan subjek. Mungkin kita tidak pernah diajar teknik yang tepat bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan. jadi, inilah masanya untuk mengaut dan cuba implementasikan ilmu dan teknik baru

Bagi menyempurnakan modul ni, kami perlu meyiapkan tugasan pada hari kedua (hari terkahir modul). 2 presentation perlu disampaikan.

pertama : presentation yang berbentuk fakta
kedua : presentation yang berbentuk pujukan @ motivasi
masa yang diberikan tak sampai 24 jam untuk membuat persediaan : slide show & report

saya hanya sempat mulakan kerja penyediaan tugasan selepas menyiapkan tempahan kuih muih. 11.45 malam, saya telah berjaya siapkan semua dokumen tugasan yang diperlukan. tiba², dalam keadaan separa mamai & mengantuk, saya pun tak tau ape yang ditekan, tiba² kesemua 6 mukasurat presentation report saya hilang sekelip mata. Ya Allah...

Saya bertambah blur..Aih..ape dah jadi nih..nak nagis pon takleh sebab ngantuk sangat, mata pon pedih lame sangat ngadap komputer. takyah nangis lah. tarik nafas, cuba relax kejap. minum air seteguk, maka saya terpaksa memulakan semula penyediaan report tersebut.

Jam menunjukkan 12.30 pagi..memandangkan saya bukanlah jenis yang boleh tidur lewat, kepala jadi berdenyut, pandangan mula kabur, nafas pun tak ketahuan. rase macam nak pitam pon ade. hampir² jatuh tergolek depan PC. Tapi kerja masih belum siap.

Pilihan yang kritikal, tidur sekarang atau pitam depan PC? saya takde pilihan sebenarnye, saya gi tidurlah, moga² Allah masih izinkan saya bangun awal esok pagi bagi menyiapkan tugasan.

4.00 pagi - Syukurlah doa sudah terkabul. dengan terhuyung hayang, saya basuh muka kemudian sambung siapkan kerja.

6.00 pagi - saya berjaya print semua tugasan. print jek, tak sempat nak review, apatah lagi nak sediakan & berlatih skrip. nampaknye saya tak sempat nak sediakan sarapan & bekal untuk harini. takpelah, suami pun kate kita makan kat luar jeklah harini. Perancangan awal, saya nak memandu ke kelas, sebab suami saya ada jamuan syarikat malam ni. Tapi kalau dah jalan pon tak berapa betul, macam mane nak memandu? Jadi, harini saya boleh jadi penumpang lagi (bahagian ni saya sangat suka (",) )

7.00 pagi - mula gerak keluar.

7.30 pagi - sarapan kat restoran dekat kelas

8.00 pagi - ade sedikit mase untuk tengok report sebelum kelas bermula pada 9.00pagi

9.00 pagi kelas pun bermula, tibalah masanya saya present hasil kerja saya.

Sebenarnya dalam kedua-dua projek yang saya buat, ia adalah adaptasi daripada kisah benar daripada apa yang pernah berlaku. Sedikit sebanyak saya ingin cuba kongsikan sedikit pengalaman dengan rakan² atau sebenarnye adik² sekelas. tapi memandangkan konsepnye cuma adaptasi, 50 % adalah kisah benar dan 50% lagi adalah unsur² rekaan semata². semuanya akan jadi lebih menarik sebenarnya kalau dorang tahu yang tu semua realiti sebuah alam pekerjaan. mungkin akan lebih bersedia.

"Learn from others experiences and try to adapt it, can reduce our own risks in future" (saya belajar ni semenjak zaman U, ternyata memang berkesan)

Fishbone Chart atau Carta Tulang Ikan memang digunakan sebagai salah satu kaedah berkesan dalam mencari punca sebenar sesuatu masalah. Saya belajar semasa Total Quality Management (TQM), 7 Tools training semasa mula² bekerja sebagai engineer di sebuah kilang Jepun dulu²kala. Banyak juga perkara yang diajar, tapi macam biaselah, bila ilmu simpan kat buku, tak berapa diamalkan, maka berhabuklah macam buku² tu jugak

Walaupun secara kosmetiknya, takde yang menarik sangat dengan "tulang ikan", melainkan anda suka memancing, atau seorang yang minat dengan forensik. Tapi kaedah ini jika digunakan bersama kaedah brain-storming, memang boleh memberi impak yang ketara. Tak percaya? boleh cuba!!!

Dalam modul ni jugak kami diminta untuk membuat penilaian terhadap presentation kengkawan. Tak mudah nak buat penilaian pasal orang lain, padahal dalam masa yang sama, kita sendiri pun banyak sangat kelemahan. Tapi, mengguna-pakai konsep "cari salah orang memang mudah", pekerjaan yang nampak negatif ni sebenarnya boleh dijadikan rujukan positif bagi memperbaiki kelemahan kita, asalkan kita sanggup terima kritikan dengan hati terbuka dan no heart feeling (kenapa bukan no liver feeling eh?)

Habis sudah 2 modul dalam minggu pertama saya kat SHRDC nih. Minggu depan ade lagi.. kena present lagi..?? why we have to talk too much?

ok²... ikut sajalah, mesti ade sesuatu yang menarik (mungkin?)

Wednesday, March 16, 2011

SHRDC : My 1st 3 days

My 1st 3 days as a student of SHRDC
Nothing much about technical & engineering stuffs.
But I think more on technically how to work out your life as a human being maybe.

We asked to do a few tasks which are some sort of bit weird for me, but for sure gain up experience perhaps?

But as my personal view, top of everything & most valuable senses of all are not the "great-hand-clap-able" result but our reaction and action to make things happen and our feelings towards them.

As we got the task, I think we still have options either to make it real or just find a way to running out from the topic. But sorry to say that we don't have any option such these during our working life. All or nothing, do or die?

I still can remember a few scenes in my historic short working experiences, which is I can describe as "threatened, scared and almost die"

I would like to write it later in my next post perhaps.

Sunday, March 13, 2011

Operasi Printer Lama

Printer² lama ni dibeli daripada sebuah firma guaman di kuantan, tempat kami buat pemasangan network pejabat tahun lalu. semua sekali lebih kurang 10~15 buah printer, dengan harga RM10.00 tepat

Sempena kerja kemas mengemas bagi tujuan pindah rumah kali ni, kami cuba nak kurang kan barang² nak dibawa. memandangkan printer² ni semua dah tak boleh berfungsi dengan baik, kalau nak baiki pon tambah kos jek, kami telah buka semua dan ambik komponen² yang berguna jek.

Ade roller, gear, macam² ade lah, yang paling penting, step motor nye. sensor pon ade
mungkin boleh buat mini projek nanti. Engineering is fun


















simpan skru kecik² ni nanti banyak gunanya

















antara hasil



















buangan. ni kira barangan plastik ke eh? buleh kitar semula ke?
rasenye ade tempat untuk buang komponen elektronik kan

Friday, March 11, 2011

Roti Canai untuk suamiku

Suami saya suka kan roti canai (saya pun suka)

Jadi kali ni saya cuba buat roti canai.
Pertama kali saya buat roti canai sendiri nih, memang mendebarkan!!!

Dulu, selalu tolong arwah nenek saya buat roti canai tapi saya tak pernah bancuh sendiri.
Kali ni, giliran saya pula. Resepi ni saya dapatkan dari internet, senang nak cari.
Tapi saya dah ubah sedikit resepinya mengikut citarasa suka hati

Ni resepi paling asas untuk buat roti canai agaknye. macam² resepi boleh dicari

  • 500 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 biji telur gred A
  • *3 sudu teh susu pekat manis
  • *1 sudu teh garam
  • *1 sudu teh marjerin
resepi ni asal saya ambil dari sini, boleh rujuk kalau nak buat

ni lah hasilnya, saya bentuk² kan dapt 16 ketul doh menjadi 16 keping roti canai.
malam ni jek dah abes 6 keping. 10 lagi masuk freezer, jadik frozen food. esok pagi buleh buat sarapan bersama kari ikan tongkol. nyyummmm..


















adunan doh yang dah tak melekat kat tepi besen


















dibentuk², salut ngan marjerin pastu rehatkan


















sudah canai (aksi mencanai adalah 18SG, tidak dapat ditunjukkan hahaha)


















kasik naik atas kuali


















5 keping per peket, masuk freezer, sudah jadi instant frozen food