Pages

Sunday, December 11, 2011

Rumahku dilanda banjir

ahad minggu lepas, rumah saya telah dilanda banjir. Air naik dari dapur. Alhamdulillah banjir tak lama. tapi nak kena basuh rumah jugak lah nampaknya.

pagi isnin, saya terpaksa menagmbil cuti kecemasan separuh hari untuk membersihkan kawasan yand terlibat ngan banjir. maklum sajalah air banjir yang melimpah dari longkang. kalau tak dicuci segera.. memang sengaja mencari nahas lah.

sempena musim banjir nih, (sebenarnye takde kaitan pun!) saya telah mendaftar untuk menyertai kelas renang wanita UiTM Shah Alam. dah lama saya nak belajar berenang, dari zaman sekolah menengah. tapi dulu saya belum jumpa dengan kelas tertutup dah khas yang macam nih.

insyaAllah.. minggu depan kelas akan bermula. saya harap semuanya berjalan lancar. cepat mula, cepat habis hehe..


Tuesday, November 22, 2011

Linux driver : Awal bulan depan??

Sebelum balik petang tadi, bos rnd-software team ade tanye ngan saya, saya tau tak pasal "make file", "driver", "kernel", "image" dan beberapa perkataan yang sewaktu dengannya, mengingatkan saya pada kelas embedded system ngn mr.sam atau nama sebenarnye, shreyamsa. rasa teruja jek tiba².

katanya nak ajar & ajak sy join wat satu project ngn team dia. memandangkan saya daripada rnd-hardware, maka saya mintak dia tanye kan pada bos saya, bos rnd-hardware. nampak macam dia dah bagi lampu hijau. yes!!!

adakah ini bermakna sesuatu yang menarik sedang menanti pada awal bulan hadapan (yang tak lama lagi nak menjelang) cewah hehehe..

saya kata, saya tau sikit²..yelah kalau kate tau byk, tapi bila suruh buat tak reti kan carik nahas namenye??

tapi cuma macam mana dia tau saya macam minat nk buat menda² tu eh..? tetiba saya rasa seram.. adakah ..jeng ..jeng ..

Saturday, November 19, 2011

Yard Sales : the intro

Haa.. lame sungguh rase tak menaip kat sini..

mengemas2 barang kat rumah ni, banyak pulak rasanya barang elektronik/elektrik yang masih elok, boleh digunakan tapi terbiar jek. yelah, handphone dari zaman belajar kat U dulu pun masih elok tapi dah tak digunakan lagi dah. nak buang sayang, sebab masih elok, lagipun barang2 macam tu bukan boleh dibuang terus masuk tong sampah biasa macam sampah kat dapur tu..

terfikir nak jual, tapi ade ke orang nak beli barang yang dah dah masuk kategori outdated tu..? hmm.. bila ade orang bg cadangan buat YARD SALES, (credit to my cousin, Ijah) mungkin ade kebarangkalian orang nak beli kot? yelah, dah name pun YARD, dah tentu barang pun dari "yard" kan.

Mungkin ada keperluan kat situ. Contohnya saya sendiri, nak carik housing handphone model N82 yang murah, bukan semua kedai ada jual sekarang nih hahaha...

masih ada orang guna N82..? saya bukan anti-teknologi, cuma rasa belum sampai seru kot nak beli handphone trend terkini sekarang nih. kalau upgrade, sikit pun, saya nak N86.

mungkin minggu depan saya akan mula upload gambar barang2 lama yang nak dijual.. boleh lah tengok kalau2 menimbulkan minat, atau sekadar cuci mata & mengimbau nostalgia lame haha..

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua..

Ramadhan tahun ni di Shah Alam. Alhamdulillah..
Bulan puasa baru jek berlalu 2 hari, tapi kami dah merancang nak cuti raya seminggu hehe..

Baru² ni ada sorang kawan saya menghadiri interview (takde pulak di bagi tau tempatnye). Sempat lagi dia SMS saya tanye ape jawapan untuk soalan² (saya agak soalan bertulis),
minta maaf lah banyak², tak sempat nak jawab semua SMS, maklum lah kalau dah balik ke kampung tuh, memang sibuk sangat. harap dia memahami.

Baru² ni saya dah dapat pengesahan pendaftaran dengan BEM. Alhamdulillah, next step; macam mane pulak nak mendaftar ngan IEM ek..?

Saya ada email ke IEM nak tanya pasal pendaftaran tuh, macam lebih kurang macam BEM jugak rasenye. Cuma masalah sekarang nih, dalam organisasi saya tuh, takde pulak Ir.

Hmm... akan diusahakan.

Sebenarnye saya sedang mencari aktiviti sampingan yang lebih kurang sifatnya macam knowledge/skill-based, social/network-interaction/connection, freelance, side-income
ade ke eh...

rindu pulak zaman sibuk-menyibuk dulu² kala hehe...

Sunday, July 17, 2011

keyboard seorang programmer?

baru² ni saya setup satu set PC. macam biasa, ada monitor, ada CPU, ada mouse dan pasti ada keyboard. wah, lega dah siap pasang semuanya.

saya pun ON.. wah best²..

tapi masalah mula timbul bila saya mula menaip. aduhai..keyboard..huruf² nya banyak yang tersangkut. terutamanya space-bar. permukaannya pun dah licin berkilat. sepanjang hidup ni belum pernah saya jumpa keyboard yang macam tuh.

hebatnya programmer² kat sini.. hehehe..

moralnye..

kata orang, biarlah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

macam jugak pilih pakaian, biar kena dengan tujuan. Beberapa minggu yang lepas, saya ditugaskan untuk buat soldering pada beberapa keping PCB. Masa tu kebetulan pakai baju berlengan besar kat hujungnya.

sekali tersangkut pastu dengan baju-baju skali kena solder. hangit baunya. nasib baik takde sapa perasaan hahaa.. hmm.. bahaya betul lah. kalau bos tau teruk saya kena. semenjak tu saya sudah insaf hehe, saya takkan pakai lagi baju berlengan besar untuk pergi kerja. yela, bahaya, kang ade jek wayar termasuk dalam lengan baju ke..kan tragis tuh.

kesimpulannya, pilih pakaian yang sesuai mengikut aktiviti, selagi memenuhi tuntutan syarak.

by the way, we are engineers after all, who need high heels???

Thursday, June 30, 2011

kembali sekolah 2

3 minggu saya bercuti sambil belajar. kalau macam tu, bukanlah nama cuti kan?

Embedded Linux.

sebelum ni memang tak pernah guna Linux. Sekarang rasa macam 'best' pulak, walaupun nak jadi pakar tu lambat lagi lah.

Dapat pulak 'trainer' yang memang 'best'. Rugi kalau tertinggal kelas. Banyak yang nak kena belajar tapi masa sikit jek. Kalau jadik, fuhh!!!

Saturday, June 18, 2011

kerja di hujung minggu

lama dah rasanya tak bercuti di hujung minggu kat rumah. minggu ni, memang dapat dok rumah tapi ada kerja yang nak dibuat. takpe, nak tambah pendapatan sket..

minggu ni punya plan, siapkan tempahan burger ikan keli. target : dalam 10 bungkus untuk pemborong tetap + 1 bungkus untuk hari kantin sekolah abah. tadi dah mula proses nampak macam dapat lebih daripada target. Alhamdulillah.. kalau sempat siapkan semua, kami ingat nak hantar esok. malas pulak nak jalan jauh malam2 hari kerja..penat.

minggu depan pula, siapkan tempahan gubahan coklat untuk hantaran pertunangan kawan Anita. nak tema warna putih + pink. barang2 dah siap beli. harap dapat mimpi idea yang chantek!!! hahaha.. boleh ke camtuh. alah, kira boleh lah.

dalam bulan nih, semua tempahan edible image terpaksa ditolak memandangkan 'printer' nak maintenance. harap semua para pelanggan bersabar ye.. bulan depan, kami akan buat semula, insyaAllah..

kali ni, saya nak tulis satu quote yang menarik, (takde kaitan dengan post saya pun):

"TEAM WORK is to give and take
GIVE too much without TAKE, you can be exhausted
TAKE too much without GIVE, you should feel useless "

kembali ke sekolah!!!

Setelah masuk kerja 2 minggu, minggu depan saya akan kembali ke SHRDC untuk meghadiri kelas Friendly-ARM. Alhamdlillah pihak syarikat & SHRDC dah bagi kebenaran untuk saya masuk kelas.
Best!!!


Pengalaman kerja 2 minggu nih..
R&D Engineer
perlu berurusan dengan hardware & software. Memang menarik. Menulis source code ke uController. Harap kelas 3minggu nih akan memberi manfaat memandangkan saya telah diberi tugasan untuk menyertai projek baru yang menggunakan ARM.
Oh yeah!!

Tuesday, June 14, 2011

kerja

Sehari selepas kelas Power Interview, saya telah hadir ke satu interview di Shah Alam. Niat saya nak cari tempat untuk OJT nanti.

Interview tu ada 2 sesi. yang pertama dengan technical team dan yang kedua dengan pihak pengurusan.

Sebelum interview, saya perlu menjawab soalan-soalan berkaitan hardware design dan C Programming. semua sekali ada 11 soalan, dalam masa 1 jam. Terima kasih pada instructor2 C Programming!!!

interview masa 1st round tu ok jek, terus sambung ke 2nd round, pun macam ok. Tiba2 interviewer tu tanya bila boleh mula kerja? o'o...

saya terangkan kepada beliau, saya masih menjalani kursus di SHRDC, dan masih ade main project yang belum saya buat. saya tunjukkan jadual kelas. saya sayang nak tinggalkan program INSEP sekerat jalan, sebab dulu pun saya sanggup resign sebab nak masuk INSEP. Tapi dalam masa yang sama, saya minat juga dengan offer nih. R&D Engineer.. post yang dah lama saya nak. Tapi macam yang Mdm Christine bagi tau, entry level mungkin susah nak masuk. Sekarang tawaran depan mata.

Saya dalam dilema...

Interviewer gi bincang dengan MD, dan keputusannya, mereka benarkan saya hadir ke kelas dengan syarat saya mesti lapor diri pada 6/6. Kalaulah saya ada jadual kelas sampai habis INSEP, mungkin kah akan dapat hadir lebih banyak kelas..? saya tak pasti..

mereka bagi saya masa untuk fikir dan buat keputusan. saya duduk dalam bilik inteview tu dan fikir.. nak terima ke tak..

banyak menda nak difikir dalam masa yang singkat..
tapi bila teringat kelas power interview, masa interview ngan kawan2,...
bukan senang juga orang nak terima marital status : married macam saya. pernah jugak kena reject!!
lagipun bidang kerja yang ditawarkan memang minat saya.
maka saya terima tawaran kerja nih..
dan surat tawaran kerja terus diserahkan pada saya.

keluar dari interview, saya terus ke SHRDC untuk selesaikan hal ni. saya nak minta jadual penuh dari penyelia program. tapi tak dapat lagi.. saya datang lagi esoknya tapi person incharge ada mesyuarat di luar kawasan. hari Jumaat, saya datang ke kelas dan jumpa terus dengan pengurus, Alhamdulillah dia benarkan saya hadir semula ke kelas.. terima kasih Ms.Soo Lan!! (fact : she said : you get the job? good!!)

sekarang masuk minggu kedua saya bekerja. HOD saya, datang dari China. baik & supportive. mengingatkan saya pada manager saya masa di kilang Jepun dulu. setiap Jumaat kami akan ada kelas / perbincangan. best!!!
kadang2 kita tak tau nak tanya apa walaupun kita tau yang kita tak berapa tau sangat, tapi kalau kita boleh tanya satu soalan yang mudah, jawapan & penerangan yang kita dapat.. memang banyak. macam cotoh, saya tanya kenapa ada lubang kecil kat bawah chip, penerangannya sehingga menguji litar dengan multimeter!!!

jumaat minggu ni, dorang2 akan ke Tioman, company's annual trip untuk tahun ni. saya tak pergi lah sebab baru masuk..

so far so good..

Thursday, June 2, 2011

Power Interview Module

Power Interview - a very useful & nice module conducted by Christine Vaz, who is the person with passion in what she's doing. I like the module, I like the instructor, and for additional - i like her voice!. I'm strongly recommend her for effective and wonderful soft-skill trainings experiences.

This 3 days module conducted both in theoretical and practical approaches. How to build the power resume, how to handle interview session, groom for interview and so on. Final day activity was mock-interview. Of course it is literally a "mock" because we did it among classmate, but the feeling and experience can help us a lot in the real interview, with condition : if we really took part and made it with full-heart.

The next day after completed this module, I managed to arrange an interview. Power interview really burst the power after all.

I emailed her to inform the result and to encourage her passion further more.

here some personal profile about the instructor that i found on internet.

http://www.aimtsb.com/speakers.htm#Christine%20Vaz

Thursday, May 12, 2011

Job Vacancy @ VComm

Vacant Jobs

- Technical Sales Executive
- Account Executive
- Application Engineer
- Production Operators


For those who are hunting job, kindly please refer to this link :

http://www.vcomm.com.my/career.html

Wednesday, May 11, 2011

how to arrange decimal number?

This program will:
1. get 10 inputs from user (in decimal)
2. compare side-by-side
3. swap the number if required
4. arrange numbers in count-up sequence
5. display result

p/s: Sorry, I have to paste it like this, because cannot type it directly- code mess up




















yang hangat, yang hangit

sekarang ni musim panas. panas sungguh. siang terik, malam pulak berbahang. kalau mandi pun, 10 minit jek dah kering. pasang kipas pun, dapat udara panas. air paip pun jadi suam!!!

2 hari lepas, blackout, lame jugaklah. fuh.. memang dugaan melanda. betul² cobaan nih. blackout, semua rumah kat kawasan nih bergelap. ape lagi, jiran² & anak semua keluar. riang ria betul suasana. ape taknye, budak² jumpa ngan lilin, main bayang². kitorg jenguk dari tingkap jeklah, nak keluar pun takde tempat nak duduk. bukan tanak melepak ngan jiran², tapi jiran umah depan ade pelihara anjing. dorang semua keluar dari umah nak sejukkan badan, mesti bawak skali peliharaan.

ade sekor anjing nih, kitorang gelarkan namanya shiro (bukan name sebenar). anjing yang jinak. pernah dia ikut kereta kitorang, pernah duduk menunggu depan pagar rumah.. mengikut kate tuan nye (auntie tu), mungkin sebab kereta kitorang same ngn kereta anak dia, jadi anjing tu ingat tuan dia, dia nak ikut naik kereta. fuh.. atau mungkingkah kitorg ni macam friendly sangat kot..? tapi wahai anjing, janganlah datang dekat.. tak mau tak mau...

Thursday, April 28, 2011

Kerjaya : mana satu pilihan anda?

Baru2 ni ada Job Fair, PC Fair, tapi saya tak sempat nak menjenguk. Selalunya kami rajin ke macam-macam jenis "fair", saje nak tengok realiti kat Malaysia. Bukan nonton program realiti TV jek.

Semalam saya survey jobstreet.com, saje nak tengok apa yang menarik. Nak tengok permintaan pasaran & tempat untuk buat OJT September nanti. Nak cari area dekat sini jek. Saya terjumpa beberapa iklan yang memerlukan Embedded System Engineer. Macam menarik, syarat2 permohonan pun macam sesuai dengan modul2 yang kami belajar. Kalau sampai tamat kursus mungkin lebih banyak yang kami belajar & lebih fasih dalam banyak "bahasa" yang digunakan.

Embedded System memang luas aplikasinya, banyak bidang yang terlibat. Persoalannya, selain memilih bidang, persekitaran mana yang anda suka?

Manufacturing - Based atau Project @ Service Based?

2-2 pun ada kelebihan & kekurangan terpulang kepada individu untuk memilih.
2-2 pun saya suka, tapi ada bahagian yang saya tak suka jugak pada 2-2

Kalau ada peluang untuk memilih, kita boleh pilih, tapi kalau takde pilihan, jangan memilih hehehe..

nanti sambung.. nak siap ke kelas pulak

Monday, April 18, 2011

Count On Me ( my english class ~ let's sing)

My friend shared this song in her Facebook, it's nice to share with my friends.

this lyric copied from this site:
http://www.elyricsworld.com/count_on_me_lyrics_bruno_mars.html



Count On Me Lyrics

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

Wednesday, April 13, 2011

Cuti 3 hari

Dapat jugak cuti 3 hari. Esok dah mula kelas semula. Belajar MPLab pulak, seronok jek bunyi.

Cuti 3 hari, ape yang dibuat?

hari pertama : gi pejabat pos hantar barang, pastu gi servis kereta. Mahalnye!!! pastu duit dah kekeringan, macam2 pulak yang rosak.jangan nak kelentong ye!!! pastu balik umah nonton dragon ball kai.

hari kedua: buat coklat , makan coklat& nonton dragon ball kai lagi. Sambung ngait tak siap2 lagi.

hari ketiga: keluar jumpa kawan : miss khafizah, jalan2 window shopping, bincang2, dan sambung nonton dragon ball lagi. ingat nak buat & makan kek tapi tak sempat pulak.

tamat sudah cuti 3 hari. macam tu jek? biar singkat, tapi berkualiti hahaha!!!

Nota:
cik khafizah: kawan saya sejak dari skolah menengah.. baik dan.... ermmm....klakar!!! penuh dengan unsur2 humor luar jangka. masih single & available. sedang sedang mencari kerja, dalam bidang HR. sementara waktu nih dia jadi guru tadika. ermm... selamat mengajar, berusaha!!!

Friday, April 8, 2011

Leading Bold Change : Our Iceberg Is Melting

















kulit buku cerita
















model penguin

salah satu modul yang terkandung dalam kursus ni adalah : Leading Bold Change.
material utama pengajaran adalah satu novel yang bertajuk : Our Iceberg Is Melting .

Kisah yang berkisar tentang perjalanan hidup satu koloni penguin di Cape Washington yang cuba membuat perubahan dalam hidup mereka.

Penguin yang menjadi simbolik kepada realiti hidup manusia. Kisah yang sangat menarik untuk dijadikan teladan.

Modul ini juga menerangkan 8 langkah bagi memastikan kejayaan sesuatu perubahan yang ingin dilaksanakan.

Dan.. model penguin ni pulak adalah sebagai hadiah kepada kumpulan kami yang telah berjaya mendapat markah tertinggi semasa modul ini dijalankan. Setiap peserta diberi seekor penguin mungkin sebagai simbolik dan peringatan pengajaran modul ini. Tapi kami dapat 2 ekor!!!! sebagai juara. Terima kasih untuk ahli kumpulan saya.

Semua kawan sekelas sebenarnya telah memberikan yang terbaik dan termampu, tapi pertandingan sentiasa inginkan seseorang sebagai pemenang. Mungkin kali ni rezeki kami.

Tapi saya suka itu penguin!!! yeeeha!!!

untuk maklumat lanjut boleh rujuk ke:
http://www.kotterinternational.com/kotterprinciples/OurIceberg.aspx

Thursday, April 7, 2011

UMPS: 7 segmen display - countdown

; sample program using UMPS assembler
; count down on 7 - segments display
; type: command cathode

; start
org 00h

mov dptr,#data
again: movc a,@a+dptr ; assume value a=00, concanate
jz stop
mov p1,a
inc dptr
clr a
acall delay
sjmp again

stop: sjmp stop


; look up table
; db-define byte (assembler instruction)
data: db 0efh, 0ffh, 87h, 0fdh, 0edh, 0e6h, 0cfh, 0dbh, 086h, 0bfh, 00


delay: mov r2,#2

count: mov r1,#0ffh ; maximum value into r0 register (8 bits)

rcoun: mov r0,#0ffh

; use delay to make it visible on target hardware.
; if run it on simulator, it'll take longer time

repeat: djnz r0, repeat ; compare for 255 times
djnz r1, rcoun ; to add more times loop
djnz r2, count

ret

end

assembler language

minggu ke 3: belajar assembler language <-- betul ke ni ntah?

7 hari - modul yang menarik, menyeronokkan dan tak ketinggalan agak memeningkan kepala.

seronok bila ape yang kita buat menjadi.

erm.. nanti lain kali mungkin boleh isikan contoh programming code kat sini?

Saturday, March 26, 2011

Future Me?

Tamat sudah 2 minggu pertama di SHRDC. Mulai minggu depan, modul² pengajaran lebih kepada technical skill. Masuk lab!!! bunyi macam menarik.

Modul terkahir minggu lepas, komunikasi dalam bahasa inggeris. Tugasan terkahir, kapsul masa (lebih kurang). Kami diminta menulis / menyampaikan sesuatu mesej/soalan kepada diri sendiri 20 tahun akan datang. Ada beberapa kawan kelas menulis surat, saya pula menggunakan movie maker , mungkin sebab saya kurang mahir mengarang essei. Sebenarnya, pada pendapat saya, cara terbaik adalah menggunakan tulisan, surat @ model @ prototaip. Masukkan dalam plastik & simpan baik².

Saya cuba membayangkan 20 tahun ke belakang...
Kali pertama saya menggunakan komputer, saya belajar menaip dalam perisian Lotus, yang skrinnya warna biru muda. Membuat garisan jadual juga dengan kod arahan. Adakah saya dalam 20 tahun akan datang dari sekarang masih boleh menonton klip yang saya hasilkan sekarang? Saya tak pasti.

Dalam jangkamasa 20 tahun, terlalu banyak perubahan & kemajuan yang boleh dicapai dalam bidang teknologi. Disket (Floppy Disk) sudah tidak popular. Thumb Drive dengan kapasiti 128MB hampir tiada harga.

20 tahun akan datang.. siapa anda?


Monday, March 21, 2011

kenapa banyak presentation?

haa??? assigmnt lagi..? alahai.. baru nak tidor awal.. ngantuk betul gi kelas arini. hujung minggu yang memenatkan sangat² penat & ngantuk. operasi pindah umah. packing barang, angkut naik, hantar, angkut turun, unpack pulak fuhh.. tu pun tak siap semua lagi. barang 1 umah - 10 trips - semuanya naik myvi jek.

kenapa ade banyak presentation?..hmm... masuk lab lagi best kot?

Friday, March 18, 2011

pulau pandan jauh ke tengah, budi yang baik dikenang juga

Tuan² & Puan²,

Jika anda mencari barangan / produk / servis yang berikut, saya cadangkan anda semua supaya menghubungi personal² seperti dibawah. Mereka adalah dikalangan orang yang baik hati dan mudah memberikan kerjasama yang baik.



















ROCK WELL ENGINEERING


















EVENT, PRODUCTION & FOOD MANAGEMENT


















GIFT, SOUVENIR, CRYSTAL, GLASS, MIRROR, FRAME SERVICES, ISLAMMICS PRODUCTS, OIL PAINTING, BOOKS, TAPES, CD, VCD, MP3


















KEDAI PAKAIAN SUKAN

















KEDAI CERMIN MATA - FOCUS POINT


















KIA MOTORS

















HONDA

















PROTON

















HEALTHCARE EQUIPMENT PRODUCTS




Post kali ni khas untuk penyumbang² kad perniagaan. Merujuk kepada cerita saya sebelum ni, berkenaan tugasan mendapatkan kad perniaagaan, ni adalah 9 keping kad perniagaan yang saya berjaya kumpul.

Tujuan saya pamerkan di sini sebagai penghargaan yang tak terhingga kepada mereka / wakil mereka yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang saya menjalankan tugasan tersebut. Bukan semua orang/peniaga yang saya jumpa memberikan kerjasama yang baik. Jangankan nak hulurkan kad perniagaan, ada yang langsung terus tidak membenarkan saya (dan kawan² masuk ke premis mereka). Mungkin juga kerana sudah terlalu ramai yang meminta kad perniagaan mereka sebelum ni

Jasa baik penyumbang² ini, tak dapat saya balas, cuma ini sebagai salah satu cara penghargaan, saya tolong pamerkan bagi tujuan promosi.


Module : Business Presentation Skill

Business Presentation Skill adalah salah satu daripada modul² softskill yang diajar dalam program INSEP di SHRDC. Modul ni pada pendapat saya lebih kepada menajamkan skill & menambahkan pengetahuan yang ada. Sebab saya kira tentu semua graduan pernah membuat pengucapan awam (public speaking) tak kurang daripada 3 kali sepanjang hidup di Universiti. semasa perlaksanaan projek tahun akhir sahaja sekurang²nya 2 kali. selebihnya tentu ada presentation semasa melaksanakan tugasan subjek. Mungkin kita tidak pernah diajar teknik yang tepat bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan. jadi, inilah masanya untuk mengaut dan cuba implementasikan ilmu dan teknik baru

Bagi menyempurnakan modul ni, kami perlu meyiapkan tugasan pada hari kedua (hari terkahir modul). 2 presentation perlu disampaikan.

pertama : presentation yang berbentuk fakta
kedua : presentation yang berbentuk pujukan @ motivasi
masa yang diberikan tak sampai 24 jam untuk membuat persediaan : slide show & report

saya hanya sempat mulakan kerja penyediaan tugasan selepas menyiapkan tempahan kuih muih. 11.45 malam, saya telah berjaya siapkan semua dokumen tugasan yang diperlukan. tiba², dalam keadaan separa mamai & mengantuk, saya pun tak tau ape yang ditekan, tiba² kesemua 6 mukasurat presentation report saya hilang sekelip mata. Ya Allah...

Saya bertambah blur..Aih..ape dah jadi nih..nak nagis pon takleh sebab ngantuk sangat, mata pon pedih lame sangat ngadap komputer. takyah nangis lah. tarik nafas, cuba relax kejap. minum air seteguk, maka saya terpaksa memulakan semula penyediaan report tersebut.

Jam menunjukkan 12.30 pagi..memandangkan saya bukanlah jenis yang boleh tidur lewat, kepala jadi berdenyut, pandangan mula kabur, nafas pun tak ketahuan. rase macam nak pitam pon ade. hampir² jatuh tergolek depan PC. Tapi kerja masih belum siap.

Pilihan yang kritikal, tidur sekarang atau pitam depan PC? saya takde pilihan sebenarnye, saya gi tidurlah, moga² Allah masih izinkan saya bangun awal esok pagi bagi menyiapkan tugasan.

4.00 pagi - Syukurlah doa sudah terkabul. dengan terhuyung hayang, saya basuh muka kemudian sambung siapkan kerja.

6.00 pagi - saya berjaya print semua tugasan. print jek, tak sempat nak review, apatah lagi nak sediakan & berlatih skrip. nampaknye saya tak sempat nak sediakan sarapan & bekal untuk harini. takpelah, suami pun kate kita makan kat luar jeklah harini. Perancangan awal, saya nak memandu ke kelas, sebab suami saya ada jamuan syarikat malam ni. Tapi kalau dah jalan pon tak berapa betul, macam mane nak memandu? Jadi, harini saya boleh jadi penumpang lagi (bahagian ni saya sangat suka (",) )

7.00 pagi - mula gerak keluar.

7.30 pagi - sarapan kat restoran dekat kelas

8.00 pagi - ade sedikit mase untuk tengok report sebelum kelas bermula pada 9.00pagi

9.00 pagi kelas pun bermula, tibalah masanya saya present hasil kerja saya.

Sebenarnya dalam kedua-dua projek yang saya buat, ia adalah adaptasi daripada kisah benar daripada apa yang pernah berlaku. Sedikit sebanyak saya ingin cuba kongsikan sedikit pengalaman dengan rakan² atau sebenarnye adik² sekelas. tapi memandangkan konsepnye cuma adaptasi, 50 % adalah kisah benar dan 50% lagi adalah unsur² rekaan semata². semuanya akan jadi lebih menarik sebenarnya kalau dorang tahu yang tu semua realiti sebuah alam pekerjaan. mungkin akan lebih bersedia.

"Learn from others experiences and try to adapt it, can reduce our own risks in future" (saya belajar ni semenjak zaman U, ternyata memang berkesan)

Fishbone Chart atau Carta Tulang Ikan memang digunakan sebagai salah satu kaedah berkesan dalam mencari punca sebenar sesuatu masalah. Saya belajar semasa Total Quality Management (TQM), 7 Tools training semasa mula² bekerja sebagai engineer di sebuah kilang Jepun dulu²kala. Banyak juga perkara yang diajar, tapi macam biaselah, bila ilmu simpan kat buku, tak berapa diamalkan, maka berhabuklah macam buku² tu jugak

Walaupun secara kosmetiknya, takde yang menarik sangat dengan "tulang ikan", melainkan anda suka memancing, atau seorang yang minat dengan forensik. Tapi kaedah ini jika digunakan bersama kaedah brain-storming, memang boleh memberi impak yang ketara. Tak percaya? boleh cuba!!!

Dalam modul ni jugak kami diminta untuk membuat penilaian terhadap presentation kengkawan. Tak mudah nak buat penilaian pasal orang lain, padahal dalam masa yang sama, kita sendiri pun banyak sangat kelemahan. Tapi, mengguna-pakai konsep "cari salah orang memang mudah", pekerjaan yang nampak negatif ni sebenarnya boleh dijadikan rujukan positif bagi memperbaiki kelemahan kita, asalkan kita sanggup terima kritikan dengan hati terbuka dan no heart feeling (kenapa bukan no liver feeling eh?)

Habis sudah 2 modul dalam minggu pertama saya kat SHRDC nih. Minggu depan ade lagi.. kena present lagi..?? why we have to talk too much?

ok²... ikut sajalah, mesti ade sesuatu yang menarik (mungkin?)

Wednesday, March 16, 2011

SHRDC : My 1st 3 days

My 1st 3 days as a student of SHRDC
Nothing much about technical & engineering stuffs.
But I think more on technically how to work out your life as a human being maybe.

We asked to do a few tasks which are some sort of bit weird for me, but for sure gain up experience perhaps?

But as my personal view, top of everything & most valuable senses of all are not the "great-hand-clap-able" result but our reaction and action to make things happen and our feelings towards them.

As we got the task, I think we still have options either to make it real or just find a way to running out from the topic. But sorry to say that we don't have any option such these during our working life. All or nothing, do or die?

I still can remember a few scenes in my historic short working experiences, which is I can describe as "threatened, scared and almost die"

I would like to write it later in my next post perhaps.

Sunday, March 13, 2011

Operasi Printer Lama

Printer² lama ni dibeli daripada sebuah firma guaman di kuantan, tempat kami buat pemasangan network pejabat tahun lalu. semua sekali lebih kurang 10~15 buah printer, dengan harga RM10.00 tepat

Sempena kerja kemas mengemas bagi tujuan pindah rumah kali ni, kami cuba nak kurang kan barang² nak dibawa. memandangkan printer² ni semua dah tak boleh berfungsi dengan baik, kalau nak baiki pon tambah kos jek, kami telah buka semua dan ambik komponen² yang berguna jek.

Ade roller, gear, macam² ade lah, yang paling penting, step motor nye. sensor pon ade
mungkin boleh buat mini projek nanti. Engineering is fun


















simpan skru kecik² ni nanti banyak gunanya

















antara hasil



















buangan. ni kira barangan plastik ke eh? buleh kitar semula ke?
rasenye ade tempat untuk buang komponen elektronik kan

Friday, March 11, 2011

Roti Canai untuk suamiku

Suami saya suka kan roti canai (saya pun suka)

Jadi kali ni saya cuba buat roti canai.
Pertama kali saya buat roti canai sendiri nih, memang mendebarkan!!!

Dulu, selalu tolong arwah nenek saya buat roti canai tapi saya tak pernah bancuh sendiri.
Kali ni, giliran saya pula. Resepi ni saya dapatkan dari internet, senang nak cari.
Tapi saya dah ubah sedikit resepinya mengikut citarasa suka hati

Ni resepi paling asas untuk buat roti canai agaknye. macam² resepi boleh dicari

  • 500 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 biji telur gred A
  • *3 sudu teh susu pekat manis
  • *1 sudu teh garam
  • *1 sudu teh marjerin
resepi ni asal saya ambil dari sini, boleh rujuk kalau nak buat

ni lah hasilnya, saya bentuk² kan dapt 16 ketul doh menjadi 16 keping roti canai.
malam ni jek dah abes 6 keping. 10 lagi masuk freezer, jadik frozen food. esok pagi buleh buat sarapan bersama kari ikan tongkol. nyyummmm..


















adunan doh yang dah tak melekat kat tepi besen


















dibentuk², salut ngan marjerin pastu rehatkan


















sudah canai (aksi mencanai adalah 18SG, tidak dapat ditunjukkan hahaha)


















kasik naik atas kuali


















5 keping per peket, masuk freezer, sudah jadi instant frozen food

minggu yang memenatkan

minggu ni kitorg sangat sibuk dengan macam² memang memberi cabaran mental & fizikal.

Isnin ~ Rabu siapkan 5 design & print edible image, hantar, beli barang untuk tempahan kuih

Rabu siang siapkan 150 biji apam cantik manis

Rabu malam gi ambik kunci rumah sewa baru

Khamis siang beli barang, siapkan 300 biji apam cantik manis

Khamis malam packing

Jumaat siang sediakan bahan² buat burger

Jumaat malam buat burger & packing

Sabtu pagi basuh rumah sewa baru

Sabtu malam hantar burger

ahad kemas barang² nak pindah


Perniagaan memang 9/10 daripada sumber rezeki, berkadaran dengan daya usaha kita!!!

Jadi, ini ucapan untuk diri sendiri :

Berusaha!!!

Friday, March 4, 2011

ceriter kalakar : wardah & lif

pasni nak terus ke uitm ke?

a'ah, nak potostet sijil² ni dulu.

ok, gud luck

tenkiu²

.....

bang, boleh potostet?

takdelah kak, orang jaga potostet tu kluar tadi, kejap lagi kot..

takpelah saya tunggu

...

kak, ni pototstetkan 1 salinan ye

ok, RM 1.90

kak, boleh tak saya guna stepler?

gunalah

time kasih kak
......

erm.. macam mane eh nak gi engineering complex nih?
encik, camane nak gi engineering complex?

erm.. bangunan S&T ke?

ntahler, agaknyelah kot

ok, awak straight pastu masuk kiri kat bas tu pastu nanti ke depan lagi masuk kiri

ok, terima kasih

encik, tumpang tanye, mane bangunan engineering complex?

tu, yang tinggi tu. tapi situ takleh parking. tapi kalau palang rosak, boleh lah awak masuk.

owh yeke.. takpe, terima kasih

...

uih.. palang rosak lah!!
eh ade pulak tempat kosong, alhamdulillah
betul lah nih, bangunan tinggi, prof tu duk tingkat 17..
...
naik lif..naik lif.. eh..pelik pulak lif nh.. cemane nak naik lif nih?
erm.. tunggu lah sesape nak naik jugak
...
eh tengok mamat ni buat..
owh.. tekan nombor tingkat yang kita nak gi rupenye..
hehe..17
...
haaa... sampai jugak tingkat 17. arm.. carik bilik nombar 10..
nombor 10..nombor 10...

Assalamualaikum Prof, saya Wardah yang email nak datang harini tuh

Waalaikumslaam, masuklah. kejap ye.

Ok, boleh saya duduk?

duduklah.

bla...bla..
bla...bla..

Ok Prof, teima kasih banyak² ye, Assalamualaikum
Waalaikumsalam

...

turun lif pulak.. hmm.. tekan 0
eh..apesal keluar "??" pulak. skali lagi, 1 pulak.. 1
"??" jugak? mungkin nak 2 digit kot? tekan 01
eh "??" jugak? tekan 2 pulak.. same jugak. alamak, macam mane nak turun nih??? takkan tangga kot, ni tingkat 17!!!

erm, cuba turun sket² lah.. tekan tingkat 11. eh, buleh lah..
ha.. berjaya sampai ke 11. syukur alhamdulillah. cuak gak haku nih.
turun lagi.. tekan 9 pulak..hmm.. lambat pulak pintu nih bukak

haaa!!! ape pulak prof nih buat dalam lif nih??? aduyai!! malu plak

hmm.. dah siap ke dokumen kamu?

aa,, dah..dah prof.. tinggal wang pos tu jek,

ha, jangan lupa wang pos tu

baik

.......fuh, nasib baik prof turun tingkat 10

kite sudah sampai tgkt 9, sila kluar untuk tekan² nombor
sekarang nak turun sampai 3 pulak..

tekan 3
eh boleh lah!!! yes, masuk dan kita akan sampai ke bawah
pintu lif nak terbuka dah, pasni nak turun berapa pulak eh?

eh???? ni tempat haku masuk tadi ni? maksudnye.. ni bukan tingkat 0 @ 1???

kompius... nasib baik tak turun ngan tangga

Tuesday, March 1, 2011

kisah apam tak naik

anda pernah makan apam? tak kira ape jenis apam pun, identitinya mesti sesuatu yang lembut dah sedap. ye, lembut!!! faktor penting untuk jadikan apam lembut adalah faktor "naik"

dalam sesuatu resepi apam, banyak kaedah dan bahan yang berbeza tapi mempunyai tujuan yang same, iaitu, supaya apam yang kita buat tu naik. bagi saya, apam juga jenis kuih yang agak sensitif, sesuai dengan kelembutan hasilnya. silap sukatan, bahkan berubah jenama bahan pun kadangkala boleh menyebabkan "tak menjadi"

kisah kali ini baru terjadi 2 hari lepas. seorang makcik dari kawasan kejiranan saya, atau lebih tepat lagi, makcik dari belakang rumah, telah menempah 2 jenis apam, yang setiap satu jenis 50 biji. apam cantik manis 50 biji, apam gula hangus 50 biji. di antara kedua-duanya, bagi saya, apam gula hangus lebih "manja" sifatnya.

saya mula membancuh apam cantik manis terlebih dahulu. kemudian suami saya akan menguruskan bahagian acuan dan mengukus. sementara tu, saya terus membancuh apam gula hangus.

apam cantik manis setakat ini, bukan masalah besar untuk kami. pengalaman kami selama 2 tahun lebih dalam membekalkan kuih muih ke sebuah resort percutian banyak membantu. bahkan suami saya cekap membancuh dan menguruskan si cantik manis ini seorang diri.

berbeza pula dengan apam gula hangus yang kaedah pembuatannya bermula beberapa jam sebelum membuat bancuhan yang sebenar. beberapa jam sebelum itulah cabaran mengekalkan kualitinya bermula. setiap kali penghasilan apam ini, jika tidak tahu apa trick nya, kebarangkalian "tak menjadi" atau pun rasa dan warna hasil akhir nya boleh berubah-ubah. selain faktor "naik", ciri² penting apam gula hangus atau pun bahasa modennye orang panggil karamel, adalah karamel @ gula hangus itu sendiri. rasa & warna amat bergantung pada hasil karamel yang kita buat, mungkin tak keterlaluan jika saya katakan perlu sedikit skill. tapi itu bukan cerita hari ini.

setelah berjaya membancuh adunan apam gula hangus, debaran mula terasa saat menuggu keputusan apam yang pertama. klakar kan, setiap kali mengukus apam gula hangus, setiap kali itulah saya rasa berdebar. mungkin juga kerana saya belum cukup expert. itu memang saya akui.

betapa kecewanya saya.. apam kukus 1st batch tak naik!!! oh tidaaaak!!!! .. saya terus call ummi kesayangan untuk merujuk. setiap langkah diperiksa. begitu juga bahan & kualitinya. semuanya OK, kecuali 1 perkara... KUANTITI!!??!!.

memandangkan kami baru berpindah ke selangor, operasi apam ini tidak dilakukan di Bengkel Pemprosesan Makanan Aflah Kitchen di pahang. alat penimbang digital tidak pula kami bawak, kononnya untuk kemudahan operasi di sana. jadi di sini, kami cuma menggunakan analog scale atau bahasa peliknya, saya gelarkan penimbang jarum². bagi bahan yang banyak, masalah ini kurang ketara. bagi bahan yang sedikit tapi penting seperti bahan penaik, saya sudah lihat apa kesannya dalam kes ini. nyata bahan penaik tidak cukup. saya menambahkan sedikit lagi bahan penaik, dan keputusannya, alhamdulillah!! sudah naik.

tapi harus diingat, bahan penaik adalah bahan yang dianggap sedikit tapi penting, kuantiti nya mestilah tepat. jangan dikurang, jangan pula terlebih, kerana jika berlaku kedua-duanya, nahas yang menanti hehehe. saya sudah faham yang ini. dan yang lebih penting dan kritikal, adunan yang sudah caca marba @ rosak, memang hampir @ tidak dapat diselamatkan langsung dan seterusnya akan mengunjurkan acara buang-bazir-rugi.

pengajaran yang penting kali ini, gunakanlah alat yang sesuai & untuk test, lain kali jagan kukus banyak, cukup buat 3-4 bijik jek. aduyai..

memandangkan adunan tak cukup, dan tak cukup masa nak beli bahan, kami gantikan kuantiti apam yang kurang dengan apam cantik manis. mintak maaf ye makcik aminah.. terima di atas sokongan anda!!

p/s : balik nanti ke pahang, saya akan berkursus set nasi minyak sedap & pelbagai jenis tart pula. persediaan musim kenduri dan raya. raya? hish.. hehe

Friday, February 18, 2011

INSEP Program

Mungkin pada pandangan sesetengah pihak, sudah agak terlambat untuk orang seperti saya masuk ke program INSEP. Mungkin ada benarnya. Tapi pandangan saya secara peribadi, semuanya terpulang kepada perkiraan yang perancangan masing² dan apa yang kita nak di akhirnya nanti. Bidang ini adalah impian saya sejak dulu. Cuma dulu saya tak tau kewujudannya. Kesian. Minat yang akhirnya diharapkan boleh jadi sumber pendapatan dalam perniagaan.

Tak dinafikan, persoalan kewangan memang menjadi topik utama & kritikal saat ini. Biarlah dianggap sebagai satu pelaburan yang berharga. Kita selalu merancang apa yang nampak terbaik di mata kita. Tapi Allah lah yang Maha Merancang & Menentukan. Takkan pernah pudar impian untuk membangunkan AFLAH. Atas dasar misi dan visi inilah segala perancangan kami laksanakan. Simpan dulu bab yang ini, kita cerita pasal program INSEP.

Dek kerana keinginan yang terlampau untuk mengikuti kursus ini, saya telah datang interview 2 kali di tempat yang berbeza. Yang pertama di sebuah syarikat glemer dalam bidang semiconductor.Konsepnya, jika terpilih akan dihantar berkursus ke SHRDC kemudian akan diserap masuk ke syarikat berdasarkan pencapaian & kekosongan jawatan. Tanpa menunggu keputusan interview yang pertama, saya terus memohon secara langsung ke SHRDC bagi interview yang kedua. Yang ini pula, konsepnya kursus, kalau ada syarikat yang panggil, boleh keluar. Rezeki saya pada interview yang kedua. Tiada siapa yang menjamin pekerjaan selepas tamat kursus. Saya tahu dan faham dan inilah risiko yang akan saya ambil. Biarpun ada tawaran kerja yang dibuka oleh rakan², saya ucapkan terima kasih, mungkin saya memerlukannya di masa hadapan. Saya tetap mahukan yang ini. Terima kasih kepada suami yang sangat memahami dan menyokong. Kami sedar risiko² nya, dan kami berdoa semoga dimudahkan segala urusan yang mendatang.

EMBEDDED SYSTEM DESIGN - begitulah tajuk kursus yang akan saya ambil. Jika tiada halangan, kelasnya akan bermula pada 14 Mac 2011 nanti. Melihatkan kemudahan di SHRDC, saya tambah yakin.


Sinopsisnye lebih kurang begini:

Students enrolled in this course will be educated and mentored with in-depth details on requirements of being a highly skilled specialist. The following subjects are being covered: Embedded Linux, C and Advanced C programming for Embedded Systems, Embedded Software Testing and the ARM 11 Microcontroller. Two practical hands-on projects include a mini ASRS systems with a 8-bit microcontroller (basic application) and a comprehensive development of a Touch Screen Driver for Mobile Applications on ARM 11 Processor (intermediate to advance level). In addition, students will undergo a PCB Design Technology process to introduce the hardware implementation phase. The latest PCB Allegro 16.3 will be included for demonstrating a PCB design process from schematic, layout, in-house fabrication and assembly to final testing of the build printed circuit board.

Jika ada yang bertanya: apa perlunya saya mengambil kursus ini dengan elaun seperti kurang mencukupi, risiko pekerjaan dan macam² sebab yang tak ketahuan,

saya yakin untuk mejawab: saya pasti ada gunanya nanti. (",) , kan kande?!!


Monday, February 14, 2011

Catatan perjalanan : Cameron Highland

Percutian bajet ciput ke Cameron Highland.

Perjalanan bermula pada hari Jumaat, 11 Februari 2011. Jam 8.30 malam kami bergerak ke Gombak untuk menghantar stok ikan keli salai kepada pemborong tetap.
Kemas barang² , macam² bawak. Maklumlah percutian bajet..

Ade dapur, periuk, beras, telur..macam² lagilah.. tapi yang paling special, siap bawak coklat untuk slot "strawberry & chocolate!!!" nanti.
















Memandangkan kami dah sampai ke Gombak, rasa macam rugi pulak kalau nak patah balik ke rumah. Tambahan pulak MR BOSS a.k.a driver pon dah penat & ngantuk, kami pon tido jek lah dalam kereta kat parking area kat Genting Sempah. Survival. Gaya hidup bakal jutawan yang tengah sengkek??

Esok paginye, 12 Februari.. siap² mandi & solat, kami pun memulakan perjalanan ke Cameron Highland, jam 6.30 pagi. Sejuk & gelap. Dari Genting Sempah, melalui lebuhraya Utara-Selatan, keluar ke susur BENTONG, RAUB, KUALA LIPIS.

Sampai ke RAUB, perut pon dah berdondang sayang, sarapan roti canai dan berehat setengah jam.
















Kemudian perjalanan diteruskan lagi. Secara umumnya, perjalanan mendaki ke Cameron Highland kali ni akan menggunakan laluan negeri Pahang : BENTONG-RAUB-KUALA LIPIS-CAMERON HIGHLAND. Bukan mendaki dari Tapah, Perak.
Jimat tol. (TOL: Tol Gombak : RM 5.00, Tol Karak : RM 3.00 )

Walaubagaimanapun, sepanjang perjalanan ini memang tak kelihatan sebarang papantanda bertulis CAMERON HIGHLAND. Mungkin catatan perjalanan ini berguna kepada traveller seperti kami.
















Anda akan menemui papantanda Bukit Fraser (promosi-lain kali boleh ke sini pula!). Perjalanan perlu diteruskan melepasi simpang ini. Jangan masuk!! Apabila memasuki Bandar Raub, boleh ikut papantanda ke arah SUNGAI KOYAN a.k.a FELDA SUNGAI KOYAN. Untuk makluman, Felda Sungai Koyan terletak dalam daerah Kuala Lipis (kalau tak silap lah). tapi jangan ikut papantanda kuala lipis secara terus sebab sungai koyan tu kat sempadan raub-kuala lipis jek.

















Setelah memasuki kawasan Felda Sungai Koyan, anda akan jumpa satu simpang ke kiri dengan papantanda POS BETAU. Ini bukan pejabat pos tapi satu kawasan perkampungan orang asli.

Untuk ke Cameron Highland, sila masuk ke simpang nih, dalam masa lebih kurang 1-2 jam (bergantung kepada kelajuan), anda akan sampai ke kawasan ULU RINGLET!!. Sepanjang perjalanan dari simpang ini ke ringlet, nanti jangan masuk mane² simpang, terus jek. kalau tak nanti bercuti di kampung "origin". Tapi menarik juga tuh.

Tips: Perjalanan mendaki bukit tentunya memerlukan bahan api yang agak banyak. Nasihat saya, lebih baik jika anda mengisi tangki minyak sebelum mula mendaki, kerana sepanjang perjalanan dari POS BETAU ke ULU RINGLET, memang tak jumpa stesen minyak. Untuk ke stesen minyak PETRONAS SG KOYAN, terus ke depan sket lepas jumpa simpang pos betau tu. Nanti patah balik masuk simpang tuh.
















Sampai ke ULU RINGLET, nanti ada simpang 3 & papan tanda, ikut ke arah BRINCHANG & TANAH RATA. Maka anda telah sampai ke CAMERON HIGHLAND!!. Kat simpang 3 ni pon ada stesen minyak, kalau tak silap BHP Petrol.

Keseluruhan perjalanan daripada Tol Gombak ke RINGLET mengambil masa lebih kurang 3-4 jam.

Jangan memandu terlalu laju, rugi!! & bahaya.

























<: TIPS & NOTA :>

1. Anda akan melalui kawasan Felda Lurah Bilut (penempatan FELDA pertama di MALAYSIA- juga telah difilemkan, pelakon utama : Rosyam Noor)

2. Isi minyak sebelum masuk simpang sg.koyan-pos betau

3. Jika ini kali pertama anda melalui jalan ni, elakkan perjalanan waktu malam / gelap sebab kebanyakan kawasan tiada lampu jalan.

4. Tanda Laluan : TOL GOMBAK - GENTING SEMPAH - BENTONG - RAUB - SUNGAI KOYAN - POS BETAU - RINGLET - TANAH RATA - BRINCHANG

5. Bagi kakitangan/pesara kerajaan, boleh menempah penginapan yang murah di